Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Monday, August 1, 2011

RAJA PERLU BERKECUALI DALAM ISU POLITIK


Raja Dr Nazrin Shah secara sinis mengingatkan bahawa raja-raja Melayu jangan hanya dicari apabila sesuatu pihak berada dalam keadaan terdesak atau tiada pilihan lain.”Raja jangan sama sekali ditiriskan, jangan hanya dicari bila panas terlalu terik atau hujan sudah pun turun.

Shah Alam 25 Julai. “Payung negara ini adalah lambang kedaulatan warga, lambang kedaulatan negara, memberi teduh di hari panas, menangkis air di hari hujan,” tegas Raja Muda Perak itu ketika menyampaikan Titah Diraja pada Majlis Wacana Ilmu bertajuk ‘Peranan Institusi Raja Melayu Dalam Memupuk Perpaduan Negara’ di Dewan Agong Tuanku Canselor UiTM di sini pada Isnin.

Baginda bertitah, institusi raja wajib memberi naungan yang saksama kepada setiap warga tanpa mengira kaum seperti yang tersurat dalam salah satu daripada Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu. Raja Nazrin menegaskan bahawa raja bukan monumen hiasan yang kaku tanpa nyawa atau sekadar hadir memenuhi acara dan istiadat sebaliknya apa yang berlaku akan diikuti oleh istana secara dekat, diteliti dan dihalusi.

“Dalam setiap perbalahan, tidak mungkin satu pihak yang betul semua dan tidak mungkin satu pihak salah semua; tetapi kaedah mencari kemenangan mutlak dan kaedah mahu menjatuhkan lawan telah mengetepikan elemen adab, adat, moral dan agama.
“Jika suhu politik semakin panas, dikhuatirkan impian untuk membina perpaduan mungkin menemui mimpi ngeri yang sangat menakutkan,” titah baginda. Raja Nazrin turut mengingatkan rakyat dan pemimpin di negara ini bahawa perpaduan tidak akan berjaya dipupuk dalam situasi politik yang tidak stabil dan tidak matang.

“Perlu ada penerimaan kepada realiti, perlu ada fahaman bahawa tuntutan untuk melakukan perubahan kepada yang lebih baik adalah lumrah alam. Perlu ada kematangan dalam menyampaikan teguran, perlu ada etika ketika menyuarakan kritikan. “Teguran dan kritikan untuk penambahbaikan positif nadanya akan berikan kesan yang positif; tetapi teguran dan kritikan dengan tujuan mendatangkan keaiban peribadi dan merendahkan lawan politik, akan memberikan hasil yang negatif,” titah baginda.

Menurut Raja Nazrin, perpaduan memerlukan kesediaan untuk melakukan pengorbanan dan semua pihak perlu menerima hakikat menang atau kalah dalam konsep demokrasi adalah lumrah. Dalam pada, titah baginda, institusi diraja perlu terus berkecuali yang berupaya menurunkan suhu politik negara yang semakin panas selepas Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12).

Titah baginda, untuk itu raja perlu kekal dalam disiplin yang berada di atas segala polemik politik. “Raja juga ada amanah, ada tanggungjawab untuk memastikan negara aman dan warga hidup scara rukun damai. “Raja perlu menggunakan kebijaksanaan akal bicara, memilih sebaik ketika dalam ruang kuasa yang diperuntukkan untuk menenangkan situasi.

“Namun raja tidak ada ‘lampu ajaib’ yang mengupayakan raja memupuk perpaduan sekelip mata,” titah baginda.



Ulas balas titah tuanku Raja Muda Perak - satu pandangan.

Seluruh rakyat memang telah memahami keperluan adanya Institusi raja, kerana keujudan institusi ini juga melambangkan kekuatan dan ketuanan Melayu itu sendiri. Kalau kita perhatikan di United Kingdon yang negeranya berpuluh kali ganda besarnya dan dengan rakyat juga berpuluh kali ganda ramai dari dari Malaysia sebaliknya UK hanya ada seorang sahaja Raja. Sebaliknya negara kita setiap negeri ada raja atau Yang dipetuan Besar ( juga berstatus Sultan ). Lagi unik kalau kita lihat pula di bekas negeri-negeri Selat, jawatan tersebut pula di lantik oleh UMNO sendiri.

Tapi apakah benar titih baginda kaitan dengan " naungan yang saksama setiap warga " salah satu dari wasiat institusi raja-raja, selama ini sejauh mana " kesaksamaan " yang diguna pakai oleh institusi ini. Sebagai contoh, pemberian pingat dan kebesaran negeri dan negara. Kepimpinan pembangkang ( yang juga rakyat negeri dan negara ) amat jarang sekali di dengari menerima apa-apa anugerah sebaliknya mereka dari satu gulongan lain berkali-kali diberikan.

Peristiwa rampasan kuasa di Perak, di manakah letaknya kesaksamaan yang di guna pakai oleh institusi ini, kanak[-kanak kecil pun tahu ianya ada pilih kasih dalam pengurusan dan pentadbiran tersebut. Kalau benar ujudnya wasiat ini, sudah tentu pihak istana dapat menerima setiap rakyat yang ingin mengadap. Tapi sebaliknya. Kecohlah seketika keadaan negeri.

PM dalam kes BERSIH di mana DYMM Agong berkenan untuk mengizin dan menasihatkan kepimpinan agar bertolak ansur dalam isu ini tapi PM dengan angkuh memaklumkan kepada rakyat khususnya pembangkang " pm adalah penasihat utama kepada Agong " dengan kata lain memang institusi raja bukan monumen hiasan tapi ianya masih tertaklok kepada " nasihat " pihak pemerintah. Dengan itu sudah pasti institusi ini tidak dapat mengamalkan pengecualian dalam pentadbiran. Kesannya wasiat Tujuk juga terhakis.

Dalam isu Perpaduan - jelas dan nyata pandangan Baginda memberikan satu kekuatan kepada semua pemimpin, hampir 60 tahun negera merdeka, isu ini masih belum selesai, kerana ianya banyak sangat " politicak thingking ", sudah ada Rukun Negara, kini ada pula 1M tapi pokoknya A kata untuk semua kaum B kata utamakan ketuanan Melayu, Mana yang perlu di ikuti?

Memang sepatutnya Institusi Raja berkecuali dalam isu pentadbiran, cadangan dan padangan ini cukup releven tapi kalaulah peristiwa di Perak istana tidak campur atau mendengar pandangan semua pihak sudah tentu rakyat tidak sekalut seperti sekarang. Juga tidak memberikan pandangan kepada isu BERSIH oleh sultan sudah tentu rakyat lebih menjunjung kebawah duli. Tapi sekarang nasi sudah jadi bubur. Kepercayaan mula terhakis.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA