Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, July 28, 2011

ISTANA KINI BERUBAH CORAK



Zaman mula menunjukkan perubahan kepada institusi istana, sudah nampak kalangan sultan dan kerabat mereka mula memperlihatkan betapa perlu rakyat yang di perintah di dampingi, disayangi, dan ditunjukkan semangat sebagai insan yang diperintah oleh Allah. Kita semua hambanya, manusia di jadikan sama, darjat dan gulongan hanya kita " manusia " yang menciptanya. Allah yang maha besar.




Sultan kelantan - Sultan Muhammad V
sedang membersihkan kawasan pantai Sri Tujuh, dalam daerah Tumpat


Apakah tindakan baginda ini memperlihatkan satu contoh penambah baikan atau baginda merasa kakitangan yang di berikan amanah untuk berbuat demikian gagal untuk melaksanakan amanah masing-masing. Dalam titihnya baginda juga memaklumkan masih terdapat masjid tidak dibersihkan, tandas tidak dicuci, ini tidak sepatutnya berlaku sebab kebersihan adalah sebahagian daripada iman, keadaan masjid sebagai tempat beribadat sepatutnya sentiasa bersih dan ianya memang menjadi tuntutan.

judges conference 090408 raja nazrinBagi Raja Muda Perak - Raja Nazrin ( gambar ) Raja / Sultan sendiri hendaklah bersedia menerima hakikat dan kenyataan, betapa pahit dan berat sekalipun, kerana keadilan tidak mungkin dapat ditegakkan tanpa kebenaran.

Baginda juga bertitah bahawa Raja tidak dapat berperanan secara bermakna sekiranya Raja sentiasa dilukiskan dengan sebaik-baik gambaran. "Ia bukan sahaja melukiskan gambaran palsu tetapi telah tidak bersifat adil kepada Raja, menidakkan hak Raja menyempurnakan tanggungjawab secara saksama untuk membolehkan peranan Raja diterima baik oleh warga," titah baginda.

Nasihat bagini kalau dari dulu sudah ada dalam pemikiran pihak istana khususnya di Perak sudah tragedi rampasan kuasa tidak belaku, pihak istana mungkin akan berlaku adil dan tidak memihak kepada pihak tentu sahaja. Tapi malang tragedi tersebut telah sedikit sebanyak telah mencalarkan institusi di raja.

Kita doakan moga-moga istana dapat beperanan dan tidak memihat seperti apa yang berlaku dengan sultan Pahang dalam kes 9 Julai tempoh hari. Sultan atau Institusi istana adalah hak milik semua rakyat tak kira mereka dari keturunan mana dan rakyat pula sentiasa memberikan taat setia kepada sultan juga tidak berbelah bagi.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA