Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Wednesday, July 13, 2011

BERSIH 2.0 - KINI KE BERSIH 3.0


NONE

" Perayaan " BERSIH 2.0 telah berjaya menampakkan semangat juang dan kekitaan di kalangan rakyat, tidak kira bangsa, agama dan adat, semua mereka sanggup menghadapi setiap rintangan yang di rancang untuk menghalang oleh pihak pemerintah. Kehadiran mereka dari segenap pelusuk Malaysia juga memberikan satu kekuatan kepada PR untuk memastikan PRU13 nanti menjadi kenyataan. Dolak dalik PM dengan sepupunya telah menyerlahkan bahawa Malaysia kini di pimpin oleh mereka yang langsung tidak bermoral.


Dato Ambiga - penyelaras BERSIH 2.0


photo

Tim. Presiden PAS Abang Mat Sabu

Atas kejayaan dan kecemerlangan demo BERSIH 2.0 itu kalungan tahniah kepada semua para peserta, penyokong dan pendokongnya. Permuafakatan, rasa kekitaan, rasa sepunya, rasa inginkan pembaharuan kini terbukti BERSIH 2.0 berjaya membuktikan bahawasanya satu solidarity dapat dibentuk dalam membawa agenda kenegaraan tanpa membezakan bangsa, agama dan budaya. Anda juga telah berjaya membuktikan bahawa semangat kenegaraan yang mantap memang ada dalam diri kebanyakan golongan muda pasca Facebook.

Walau pun Memorendum Tuntutan 8 Perkara BERSIH 2.0 kepada Agong di halang dan tidak kesampaian untuk melihat kejayaan tapi apa yang penting ialah keberjayaan BERSIH 2.0 sebenarnya terletak kepada sampainya maklumat yang dikehendaki kepada segenap lapisan masyarakat terutamanya golongan muda dibawah umur 35 tahun yang biasanya kurang melibatkan diri dengan agenda kenegaraan. Tahniah sekali lagi kepada BERSIH 2.0 yang di anggotai oleh 62 gabungan NGOs.

Selepasa " kejayaan " menghiruk pikukkan Bandar Raya KL, apakah BERSIH 2.0 akan menyepi selepas ini, adalah diharapkan agar momentum sedia ada dapat kita gemblengkan untuk meneruskan agenda BERSIH 2.0 kepada BERSIH 3.0. Untuk itu juga di sarankan agar jadikan Sabtu setiap minggu adalah hari " KUNING " di mana sahaja, semasa mesyuarat parti, semasa perhimpunan, ceramah. BERSIH 2.0 sudah pasti akan di ikuti dengan BERSIH 3.0 untuk itu satu penjanaan khusus kaitan dengan BERSIH perlu di gerakan, di promosikan secara konsisten, bentuk satu " task force " di setiap parlimen mau pun DUN. Malah sebagai satu usaha terancang, kita wajar menjadikan setiap hari Sabtu sebagai hari BERSIH 3.0 dimana semua penyokong dan pendokong BERSIH 3.0 memakai baju atau apa-apa yang berwarna kuning sepanjang hari.

Akhirnya, sekali lagi sekalungan tahniah kepada BERSIH 2.0 yang berjaya untuk pemupukan saliturahim antara bangsa dan yang lebih penting memastikan kerajaan yang ada pada masa kini berfikir di mana rakyat sudah sedar dan rasa kekitaan sudah ada di kalangan rakyat. Kerajaan yang ada boleh tumbang bila-bila masa saja.

Kini selepas warna hijau pimpinan Najib mula mengigaui warna kuning, untuk itu warna " kuning " perlu diteruskan. Lakukan dengan lebih terancang dan berkesan bagi meningkatkan momentum BERSIH 2.0 ke BERSIH 3.0 sehingga berjaya membuka mata semua para pengundi pada Pilihanraya Umum Ke 13 yang dijangkakan akan dibuat sebelum hujung tahun ini..

1 comment:

  1. Tolong beri tarikh baru untuk Bersih 3.0. Seelok-eloknya t-shirt bertema BERSIH berwarna Putih pula. Dicadangkan seminggu selepas Aidil Fitri.

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA