Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, July 14, 2011

PULAPOL - SATU SEJARAH TERCATAT KINI

Jam di tangan menunjukkan sudah hampir 1, ini bermakna hanya tinggal hampir 30 minit lagi masuh waktu dzohor. memulakan perjalanan untuk ke Masjid Negara dengan mengambil jalan pintas dari Jalan Tuanku Abdul Rahman dan terus menujuk ke Dataran Merdeka, dan dijangkakan boleh sampai jika tidak ada apa-apa yang menghalang.
Keadaan sepanjang jalan dari hotel, amat mengejutkan sekali , ianya cukup sunyi semua kedai tutup, semua gerai yang selama ini riuh rendah dengan pekekan juru jual membisu, kenderaaan tidak ada lansung yang melintas, kenapa ya?


jalan TAR dan pasar Chow Kit, sunyi sepi.

Berdepan dengan Hotel City Plaza kelihatan lori polis dan anggota polis bersedia untuk mengempor para " perusuah " kini baru lah dapat jawapan kenapa jalan ini sunyi, ianya sudah di kepong dan laluannya di tutup untuk semua lalu lintas. Untuk itu juga niat untuk ke Masjid Negara berkubur sebaliknya, himpunan " perusuh " telah diberikan amaran untuk bersurai, loceng di bunyaikan, pukulan perisai turut sama dan selang beberapa minit tembakan pemedih mata di " sempurkan " dan ketika ini " perusuh " lari lintang pukang. GM ikut sama dalam larian tersebut tapi nasib kurang baik, di pegang oleh S B, dan mengarahkan semua gambar yang sudah dirakam di " deletekan ". nasib baik SB suruh beredar dari kawasan tersebut. Lega rasanya. dalam kelegaan itu mengeletar juga ketika itu, walau bagiamana pun maki hamun di terima dan ditelan bulat-bulat. Akhirnya sembahyang dzohor di Masjid Pakistan.

Lepas solat zohor dan dijamakkan dengan asar bersama ra kan GM, menyertai himpunan " perusuh " di Jalan TAR di ketua oleh Puteri AMK, manuasia memang ramai, entah dari mana datangnya, setiap bangsa ada, ada juga " penyokong " yang memberi jalur gemilangan.

Pergerakan kali ini tidak menyebelahi GM, sedang asyik mengambil gambar, leka punya leka dan tidak sedar loceng amaran dan pukulan perisai langsung tidak kedengaran. Sedar-sedar polis datang dan memaksa duduk dan menggunakan " cable tied " mengikat tangan kebelakang di arah untuk menaik " black maria ". Tamat sudah peristiwa di jalan TAR dan kini GM di sambut oleh sepasukan polis di PULAPOL.

Sesampai di PULAPOL, " cable tied " di gunting dan terus mel aporkan diri dengan Polis yang telah disediakan, agak terkejut juga melihat di padang kawad, ramainya OKT, dari mana mereka datang? satelah selesai " melapor diri " GM juga diarahkan bersama-sama dengan OKT yang lain. Memang tidak dinafikan kemudahan asas di sediakan. Tandas Bergerak ada 8 unit untuk lelaki dan perempuan, ada khemas untuk solat, ada khemah untuk rawatan segera, ada khemah khas untuk OKT yang keuzoran. GM mengambil kesempatan untuk memeriksa tekanan darah, terkejut bacaann ya meningkat 154/102. Ianya sungguh luar jangkaan.

Sebagaimana biasa, tugas " blogger " diteruskan, gambar dalam PULAPOL di ambil tapi terkawal, di satu khemah GM terkejut dengan suara,

" cikgu.. cikgu... cikgu pun ada di sini ke? Suara dari khemah wanita. Dari rasa sedih akhirnya gembira apabila rupanya ramai lagi rakan dari Pasir Salak berada di PULAPOL

GM bergambar dengan rakan yang lain.
Yang baju hitam rakan OKT dari Johor

Sekeliling khemah OKT di kelilingi oleh anggota polis dan di pagar dengan kawat berduri. Apakah agaknya polis beranggapan OKT BERSIH ingin melarikan diri? tak cukup dengan duri berkawat, dua lapis barisan polis yang berkawal.


Lihat urutan gambar di rakamkan
1- surau ada juga kalangan OKT yang berjemaah dan kemudian membaca yassin dengan niat keadaan OKT sentiasa selamat.
2- makanan " buffet " dengan kadar RM25 seorang di sediakan, dan di fahamkan makanan ini lebih baik dari makanan untuk Polis itu sendiri, tapi mengapa pihak berkuasa polis melaporkan bayaran tersebut? adakah dengan pelaporan tersebut ianya boleh melupakan " buruk perangai " semasa berdepan dengan pihak demonstrator? Sejumlah Rm42,425 gtelah disediakan khusus untuk bufet tersebut.
3- Ruang rawat untuk OKT yang di timba bencana.
4- Sebilangan OKT menikmati juadah yang disediakan.

Sepanjang dari jam 5.30petgang hinggalah ke jam 8.20 malam, apa yang menyedihkan ialah sebilangan besar anggota polis yang bertugas " meninggalkan " solat maghrib, azan di laungkan mereka masih terpajak mengawal, yang memanggil OKT meneruskan tugas, ada juga dari kalangan mereka yang berkawat, tak kira lelaki mau pun perempuan. Timbul satu persoalan, apakah polis memang di larang sembahyang jika masih berunifom di laungan waktu. Merka buat tak tau aje. Sedangkan ramai OKT mengambil kesempatan untuk berjemaah maghrib.



Bersama rakan dalam " Black maria "

Jam 8.20 malam, nama di panggil untuk mengambil KP dan terus berbaris semula dan diarahkan menaiki " Black maria " semula untuk di hantar pulang. masa ini semua OKT diberikan peluang untuk memilih distinasi yang ingin di tujuai, GM memilih perhentian bas Jalan Pekelilling. Tapi semasa sampai di gate PULAPOL. Sambutan cukup meriah masih ramai kalangan OKT dan rakan lain menunggu dan melaungkan Takbir & Reformasi untuk " pembebasan " OKT yang baru.

Sampai di hotel jam 9.00 malam dan rakan menunggu dan selesai makan malam meneruskan perjalanan pulang, KL ditinggalkan dengan satu " tragedi " yang sudah berusia hampir 60 tahun baru merasa tangan di " gari "

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA