Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Wednesday, July 13, 2011

BERSIH - UMNO / BN PORAKPERANDA


BERSIH 2 yang mengadakan "demonstrasi " aman pada 9 Julai yang lepas telah meninggalkan ribuan kenangan pahit maung dalam penghidupan seorang pejuang. Selain dari yang " tertangkap " oleh pihak PDRM mereka juga di " layan " cukup istemewa di beberapa buah " lockup " sekitar Bandaraya.

Kepada PDRM memang jelas tindakan mereka langsung tidak mengenal siapa yang ditangkap, tua, muda, anak kecil, lelaki dan perempuan semuanmya, semasa dalam tangkapan mereka, mereka boleh melakukan apa saja, sepak, terajang, pukul dan sebagainya ikut suka aku aja ( ISA )

Kesan langsung BERSIH 2.0 jelas menampakkan rakyat mula sedar kerajaan semasa lebih mementingkan diri sendiri, rakan dan keluarga. Ramai kalangan tertentu mula menidakkan apa yang dilakukan oleh kerajaan pimpinan Najib. Istana Negara juga jelas memberikan kerjasama dalam hal ini, malahan ada kalangan NGO lain yang ingin mengadap pihak istana tidak dapat memberikan lampu hijau untuk mereka.



Apa kata Marina Mahatihir kaitan dengan BERSIH 2.0

"Saya telah mengatakan bahawa sebelum ini saya rasa ragu-ragu, terutama selepas membaca tentang tentera melakukan latihan dengan FRU. Mungkinkah kerajaan serius akan mempertimbangkan untuk menembak rakyatnya sendiri? Siapa tahu? Banyak yang saya fikirkan. Memikirkan ramai anak muda yang saya tahu mempunyai niat berterusan untuk pergi, termasuk anak perempuan saya. Adakah saya dapat memaafkan diri saya jika sesuatu berlaku kepada mereka?"

Bukan sekadar itu, kini ramai pula penyokong BN sendiri mulai menyerang pemimpin mereka dan menyalahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Najib, gagal melaksanakan cadangannya sendiri agar perhimpunan dijalankan di stadium dan disifatkan pemimpin 'flip-flop' atau 'kluk-klek'.

Bekas Setiausaha Politik Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamed), Matthias Chang (gambar) dalam tulisannya memberikan masa sekurang-kurangnya 10 bulan kepada BN untuk boleh membetulkan balik kesilapan cara BN mengendalikan perhimpunan Bersih 2.0 ini.

Antara beberapa syor dan cadangan yang harus diberikan perhatian oleh Najib seperti berikut:

1) Arahkan para penasihat politik beliau menonton siri TV “The Three Kingdoms” dan belajar asas-asas strategi politik.

2) Hantar sepupu beliau, Datuk Seri Hishamudin Husein iaitu Menteri Dalam Negeri untuk dianalisa jiwanya untuk “Enlarged Ego Syndrome” (EES) dan menyusun semula semua pegawai kanan Polis Diraja Malaysia.

3) Masukkan ke dalam peti sejuk semua pimpinan Pemuda Umno pimpinan Khairy Jamaludin. Ini kerana masalah sebenar Najib bukannya pembangkang tetapi dalaman BN sendiri.

Perhimpunan BERSIH 2.0 juga jelas memperlihatkan kekuatan UMNO sudah mula terhakis, BN sudah hilang sokongan, di mana MCA, MIC, GERAKAN dan lain, juga kalangan PEMUDA juga sudah tidak bertaring kerana ini jelas peranan di mainkan oleh badang lain, dengan itu persoalan berikut perlu di jawab oleh Najib.


1) Mengapa para pakar "Strategi lautan biru" gagal menjangkakan dengan tepat apa akan berlaku dalam Bersih 2.0 dan membuat langkah awal?

2) Kenapa pasukan keselamatan kebangsaan gagal menjangka apa berlaku dalam Bersih 2.0 dan bila PM dan menteri kabinet ditaklimatkan tentang demonstrasi itu?

3) Kenapa kerajaan BN membenarkan agen provokasi Perkasa mengambilalih tugasnya dalam mengendalikan Bersih dan diikuti oleh Pemuda Umno yang tidak matang?

4) Mengapa Najib flip-flop dalam keputusannya membenarkan perhimpunan di stadium dan memberikan kebenaran kepada polis untuk bertindak sepenuhnya?

5) Apa yang menyebabkan agen propaganda BN merasa dengan menyekat seluruh ibu negara akan menyebabkan rakyat marah kepada pembangkang bukannya kerajaan BN?

6) Adakah penilaian dibuat terhadap kesan dari tindakan keras terhadap demonstrasi Bersih 2.0. Adakah ia berjaya mengekalkan penyokongnya atau menghalau keseluruhan 40 peratus pengundi atas pagar dari BN?

7) Adakah dikenalpasti objektif yang hendak dicapai dengan pendekatan kasar menghadapi Bersih dan bagaimana ia boleh menambahkan lagi sokongan kepada BN dalam pilihan raya umum akan datang?
bersih rally 090711 police kick protestor story image

Rakaman vidoe ini jelas menunjukkan bagaimana kasar dan tidak bersopannya anggota PDRM dalam melayani kehendak pelanggannya. Tapi apa yang di nafikan oleh semua pihak KPN, Menteri dan pihak-pihak yang berkepentingan amat jijik sekali.

Kenapa pula menteri kesihatan boleh menyalahkan angin yang meniupkan asap " beracun " ke hospital Tong Sin? Apakah ini daya fikir menteri di Malaysia? Arah tembakkan ke hospital sudah tentu asapnya ke udara di ruang hospital dan angin sepoi-sepoi bahasa sudah tentu meniup dan membawa asap kemana sahaja.





penang bersih 3.0 rally mat sabu and anwar ibrahim



Sdr. Mat Sabu dan YB Anwar juga adalah mangsa kekejaman polis, apakah hampir 100% polis Malaysia orang Melayu dan beragama Islam tidak ada pedoman ke Islaman untuk melayani pentang mereka, apakah cara ini yang di nasihatkan oleh APCO? Kecederaan di terima semasa bersama di perhimpunan BERSIH 2.0

Pelajar di England juga turut sama dengan BERSIH


No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA