Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Friday, June 3, 2011

MELAYU MISKIN - SIAPA HARUS DI PERSALAHKAN




KUALA LUMPUR – “Ini bermotifkan politik, ini bukan lagi agenda UMNO… saya juga ahli UMNO, ini bukan pembangkang yang serang kita, tapi ahli UMNO sendiri,” kata Pengerusi UDA Holdings Bhd. (UDA), Datuk Nur Jazlan Mohamed ( gambar ) mengulas mengenai isu projek Bukit Bintang City Centre (BBCC).

Semalam, beberapa pihak melemparkan dakwaan ke atas entiti GLC itu berhubung projek Bukit Bintang City Centre (BBCC) yang kononnya diberikan kepada usahawan Cina, sedangkan UDA seharusnya membangunkan usahawan Melayu terutama dalam bidang hartanah di kawasan bandar.
Nur Jazlan mempersoalkan mengapa pemimpin Perkasa dan Umno menuduh UDA Holdings mengetepikan keperluan syarikat Bumiputera dalam membangunkan projek bernilai RM6.7 bilion itu walaupun keputusan rasmi masih belum dibuat.

“Ini telah menjadi serangan peribadi kepada saya, lembaga pengarah… mereka yang tidak peka melakukan perkara ini untuk mempengaruhi keputusan ahli lembaga pengarah,” demikian menurut laporan Malaysian Insider.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Pulai berkata, ahli lembaga pengarah “masih dalam proses” membuat keputusan berhubung perkara itu dan Kementerian Kewangan akan mencapai kata putus akhir.

“Kontrak belum ditawarkan lagi. Ia masih dalam proses, ahli lembaga pengarah akan memilih beberapa syarikat dan kita akan serahkan kepada Kementerian Kewangan untuk diluluskan,” katanya. BBCC dibangunkan di tapak Penjara Pudu di ibu negara. Sebelum ini Nur Jazlan berkata, projek BBCC dijangka siap dalam tempoh empat atau lima tahun dan ia dibangunkan tanpa mendapat pembiayaan daripada Putrajaya dan akan dibiayai sepenuhnya syarikat strategik UDA Holdings.

Katanya, syarikat-syarikat yang menawarkan khidmat itu harus memastikan ia mempunyai kedudukan kewangan kukuh selain dapat memastikan projek itu disiapkan mengikut jadual.
“Agenda Bumi ada kosnya dan UDA tidak boleh lagi untuk menanggung kos-kos ini dan sepatutnya syarikat ini dapat mengurangkan risiko kewangan kepada UDA Holdings,” kata beliau. Nur Jazlan telah dituduh Timbalan Pengerusi Umno Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir bahawa GLC itu telah membelakangkan Bumiputera dalam projek pembangunan BBCC.

Tambah Nur Jazlan, beliau bersedia mengemukakan senarai syarikat yang telah menawarkan diri untuk terlibat dalam pembangunan projek BBCC.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin juga telah meminta UDA Holdings menyediakan satu laporan mengenai status pembangunan projek itu dan Kabinet akan menilainya. “Apa yang penting ialah kita kena tahu apakah sistem dan cara pemilihan syarikat itu dianggap mengikut peraturan, tidak bertentangan (dengan dasar) dan syarikat (Bumiputera) telah diberi peluang yang seluas-luasnya untuk bida secara yang ditetapkan oleh peraturan,” kata beliau. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga akan memantau projek itu.


Presiden Perkasa (Perkasa maknanya Umno),
Datuk Ibrahim Ali menyifatkan UDA kencing Melayu.
"Harapkan jaga kepentingan Melayu tapi Melayu 'dikencing'," katanya.



Felda- diuruskan Oleh Isa Samad, pernah di arahkan untuk tidak bertanding di peringkat pucuk pimpinan UMNO keraja rasuah, tapi kemampuan beliau menyakinakan Najib untuk menguruskan Felda.











Dato' Tajuddin Abd Rahman

Tajuddin di Felcra - juga pernah di gantung keahlian dalam UMNO kerana juga terlibat dengan politik Wang, beliau sengsara selama 6 tahun tidak dibenarkan aktif. Kini menerajui Felcra juga dengan persetujuan Najib.


Risda pula di uruskan oleh Rahim Tamby Chik, juga perlu meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteria Melaka kerana salah laku sex. Beliau juga diberikan kepercayaan oleh Najib untuk uruskan Risda.

Kalau kita perhatikan ketiga-tiga pengerusi GLC ini apakah benar, dengan tingkah laku mereka, dapat menyelamatkan orang Melayu? pekerti mereka juga sudah memperlihatkan betapa hodohnya sikap dan buruk perangai mereka.

Berbalik kepada isu UDA, yang dikatakan " mengencing " orang Melayu, bukankah UDA adalah agensi kerajaan bawah kerajaan Umno. KSU pun berkerja di bawah arahan menteri Umno atau Barisan Nasional dan Perdana Menterinya pula adalah dari kalangan orang yang melantik ketiga-tiga tokoh politik yang bermaalah seperti di atas tadi. Lihat sendiri apa yang terjadi dengan isu wang PPRT di bawah Annuar Musa dari Kelantan. Atas dasar tugas KSU kementerian yang perlu meletakkan jawatan? Anuuar Musa sebagai menteri ketika itu bebas dengan wang suapan yang diterima nya.

Apa yang terjadi dengan peristiwa Annuar Musa itu jelas memperlihatkan kepada kita bahawa pegawai-pegawai di semua agensi kerajaan tidak berani nak " mengencing " orang Melayu tanpa kehendak dan melayan nafsu yang tak puas-puas kepala-kepala Umno yang menguasai mereka?

Penyalah gunaan kausa oleh kepimpinan UMNO bukan di peringkat tertinggi tapi hinggalah ke akat umbi, kita boleh lihat bagaimana pihak " Melayu " inginkan tapak berniaga pasar Ramadhan, persoalah yang perlu di jawab ialah adakah " anda " orang UMNO kalau setidak pun kena pakai kabel Umno. Sebagai rujukan eloknya kita tatapi dan baca tulisan dalam Malaysiakini bertajuk "FMM: Consumers shouldn't pay for inefficiency" dan "Gov't a monster at times, a mouse at others".

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA