Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, June 2, 2011

BENARKAH 1M RAKYAT DI DAHULUKAN




BN - BARANG NAIK

Kini apa saja tindakan dan perancangan yang dikemukan oleh pihak kerajaan sudah melambangkan rakyat perlu di jadikan " mangsa " Setiap kali di laporkan keperluan barangan komunit di naikkan, sudah tentu setiap menteri akan melaporkan ianya yang termurah di seluruh dunia, dan sudah pasti setiap kenaiikan tidak membebankan rakyat.?

Benarkah setiap kenaikan, rakyat tidak terbeban?
Minyak naik rakyat beli juga minyak
Gula naik rakyat beli juga gula
beras naik rakyat beli juga beras
jadi pada kesimpulannya, benarlah apa yang di katakan oleh pemimpin.

Pengumuman oleh Peter Chin, Menteri Teknologi Hijau dan Air pada 1 Jun jelas akan membebankan 4.4 juta pengguna domestik dan Persatuan Rangkaian Peruncit ( MRCA ) juga mengakui mungkin memindahkos tambahan kepada pengguna jika kenaikan tarif lelcrrik memberi kesan kepada kos pengeluaran.

Spekulasi yang menghebohkah RON95 akan naik tidak menjadi dan ia terus kekal di harga yang sediakan ada, rakyat " gembira " seketika, tapi akhirnya rakyat juga dikejutkan dengan kenaikan harga tenaga eletrik. kadar tarif elektrik yang baru di naikan sebanyak tujuh peratus atau 2.23 sen/kwj berkuatkuasa 1 Jun depan. Di mana kadar tarif elektrik baru nanti ialah 33.54 sen/kwj berbanding 31.31 sen/kwj yang dinikmati ketika ini.

Rakyat makin tertanya-tanya kenapa agaknya kerajaan Malaysia dibawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak tak puas-puas dengan " menyiksa " rakyat, dari barangan keperluan harian, gula, tepong, beras, minyak masak, petrol tak ada yang turun sebaliknya naik, naik dan naik. Kini kadar kadar tarif elektrik pula naik, kenaikannya di masa keadaan kos sara hidup semakin meningkat. Kehidupan rakyat yang berpendapatan rendah terhimpit sekaligus menyaksikan bebanan demi bebanan dihempap atas bahu rakyat Malaysia.

Adakah kerajaan Malaysia kini sudah mula menganggap rakyat Malaysia sebagai beban? Tidak cukup dengan beberapa siri kenaikan sebelum ini, jangkaan kadar tarif elektrik juga bakal dinaikkan menepati ramalan.

Kenaikan barangan ini juga ada kaitan dengan peruntukan subsidi yang diberikan selama ini untuk membantu rakyat akan dihapuskan sedikit demi sedikit dalam program rasionalisasi kerajaan. PM juga sanggup melebalkan rakyat yang menerima subsidi sebagai orang yang kegihan candu, kini rakyat cukup ketagih dengan candu-candu tersebut. Tapi baliknya pula apakah subsidi pada kroni Independent Power Produce (IPP) harus dilebalkan, rakyat " ketagihan candu " apa pula yang diketagoprikan kepada GLC ini? Apakah mereka ketagih heroin?ganja?.

Kepada rakyat melalui media cetak dan eletronik rakyat di suapkan dengan propaganda berita mengatakan bahawa ekonomi Malaysia semakin maju dan berkemanbang di tahap yang membanggakan iaitu pada kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 5.5%-6%.

Apakah rakyat sentiasa perlu diperbodohkan?
Atau
Kepimpinan kini memang suka memperbodoh rakyat?



TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, tertarik dengan keunikan replika bangunan berlian Suruhanjaya Tenaga selepas merasmikan bangunan itu di sini, hari ini. - BERNAMA

Apakah projek ini juga memerlukan sumber kewangan yang banyak
lantaran itu, rakyatlah sumber kewangannya.


No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA