Kini Malaysia di huni oleh hampir 41.5% dari gulungan belia - hampir 12 juta dan sudah pasti " belia " adalah mereka berusia antara 15 - 40tahun. Untuk itu sebagai generasi penganti kepimpinan mendatang maka satu indakator pembentukan generasi belia berkualiti amat penting di usahakan khususnya kepada belia Islam dan sudah perlu mereka di didik kearah generasi Belia Ulul-Albab di mana mereka beraqwa, berfikiran sempurna, berilmu, kreatif serta bebas dari pengaruh maksiat serta menjadi pemangkin kepada perubahan untuk individu generasi belia yang lain.
Sejarah membuktikan di usia " belia " berusia 40 tahun Nabi Muhammad di anggat menjadi Rasul para sahabat beliau juga ramai dari kalangan belia antaranya Jaafar bin Abi Thalib 18th, Qudaamah bin ABi maz'un 19 tahun. Malahan Usamah bin Zaid di lantik sebagai ketua perang pada usia 18 tahun dan berjaya memasuki wilayah Sham. Kecemerlangan generasi Ulul Albab ini amat menyerlah sekali di zaman Kerajaan Bani Umaiyah, Abasiah dan kepimpinan awal Kerajaan othmaniah Turki. Nama seperti Sultan mohmmad Al-Fatih dalam usia 21 tahun berjaya menawan Kota konstantinople. Kata-kata peransang beliau untuk pengikut " Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah, sesiapa yang mahu syahid, maka ikutlah Aku " Kekuatan Sultan Mohammad Al-fatih adalah pada tidak meninggalkan solat fardhu, solat sunat rawatib dan solah tahajjud sejak usia baligh lagi.
Apakah gerakan generasi belia khususnya Melayu beragama Islam kini di landasan yang benar? para belia diberikan kebebasan yang keterlaluan, ruang maksiat dan kemungkaran terdedah seluas-luasnya, penghidupan harian di penuhi dengan aktiviti hiburan dan ianya melebih penekanan kepada pembentukan insan yang kamil, berilmu pengetahuan, pemupukan dan penguasaan kemahiran. Apakah generasi belia masa kini, mampu meletakan diri sebagai pembela kepada bangsa dan agama serta tanah air, juga mampukah mereka menerima seruan jihad, apakah kesanggupan mereka ini di sahut sebagaimana mereka menyaksikan konsert-konserta hiburan. Sanggupkah mereka mempertahankan dan memilih kehidupan beragama dan mempertahankan aqidah penghidupan. Sekali imbas program dari KBS tidak langsung mentarbiahkan dengan akhlak mulia, memelihara kesempurnaan akal fikiran serta menjadi hampa kepada Allah, cuma yang jelas ialah menjaga kesihatan . akhirnya mereka tidak ada jati diri, lahir sebagai gulongan yang tidak amanah dan tidak bertanggongjawab kepada agama, bangsa dan tanah air.
7 gulongan manusia yang di lindungi oleh allah:
1- pemimpin yang adil
2- pemuda yang hidup sentiasa beribadah kepada Allah
3- sentiasa mengingati allah sendirian dengan lenangan air mata
4- mereka yang bergantung kepada masjid
5- berkasih sayang kerana Allah
6- berjaya mengelakkan diri dari godaan wanita
7- bersedekah dengan menyembunyai perbuatannya.
Kemana arah tuju belia negera kita masa kini?
No comments:
Post a Comment