Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, June 12, 2011

BERSIH - SIAPA UNTUNG


Dunia luar kini sudah di hujung jari, " clik " saya sudah dapat maklumat luar, tukar " clik " sudah dapat info yang lain, "clik " lagi, berpindah dari Malaysia ke England, " clik " lagi dapat maklumat berkaitan dengan salah laku para hakim di Malaysia, " clik " lagi dapat pula cerita dan info berkaitan dengan bagaimana negara di dunia mengadakan pilihanrayanya dan sudah tentu sistem luar di bandingkan dengan sistem yang ada di Malaysia.

Oleh kerana SPR - Suruhanjaya Pilihanraya di Malaysia adalah sebuah badan yang mengendalikan piliharan sama PRU atau PRK bertindak tidak " bebas ", sebaliknya ia menyebelahi parti kerajaan yang sedang memerintah jadi parti " alternatif " mengambil inisiatif untuk melihat sendiri bagaimana sebuah negera Turki melaksanakan PRUnya.

Oleh kerana masyarakat Malaysia " seperti katak di bawah tempurung " khusus dalam pengendalikan PRU, kita bersyukur kerana Pakatan Rakyat telah mengambil peluang untuk menjadi pemantau pilihanraya di Turki yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Apakah YB Saifuddin Nasution dalam 'tweet' nya berkaitan dengan PRU di negara tersebut.
Lihat, baca dan bandingkan keadaan di Turki dengan Malaysia, ada beza tak?

Perkara pertama; Kebebasan Media.
"Pru turki-capaian media kpd semua parti,election board benarkn semua rapat umum,pemerhati a'bangsa diizinkn ...tiada FRU berlegar! Malaysia?"
Perkara kedua; Kerjasama Pihak Polis.
"Rapat umum pru turki cuma perlu maklum kat polis, polis hadir dan kawal lalulintas,tak payah permit! Rapat umum AK Parti hadir ratusan ribu"
Perkara ketiga; Tiada Penyalahgunaan Jentera Kerajaan.
"Tiada penggunaan jentera dan media kerajaan utk kempen, election board akan batal kemenangan jika blku pelanggaranTiada u help me i help u!"
Perkara keempat; Projek Mee Segera Tidak Dibenarkan
"Election board tak benarkn umum projek kjaan sepjg tempoh kempen!"
Perkara kelima; Semua Parti Berhak Untuk Berkempen di TV.
"Sempat ikuti kempen parti2 pembangkng, parti Has, parti Saadet dan parti chp melalui siaran tv ...terangkn manifesto masing2 ...RTM,TV3 ???"
Kesimpulannya;

Kita tidak perlu mengikuti jejak rakyat Mesir, jika masih ada lagi jalan untuk pilihanraya yang adil, untuk menjadikan ia sebegitu hendaklah kita menuntut Kerajaan Barisan Nasional memberikan hak keadilan tersebut kepada kita melalui BERSIH 2.0 nanti.

Bagaimana?

Hendaklah kita turun ke perhimpunan BERSIH nanti pada 9 Julai 2011, di sana adalah satu-satunya jalan untuk kita mendapat suatu pilihanraya yang BERSIH dan ADIL. Kita bukan merusuh, akan tetapi kita menuntut secara aman.


No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA