Pemberian " subsidi " atau bantuan kerajaan memang termaktub dalam perlembangaan, seperti juga pemberian biasiswas pelajaran kepada pelajar-pelajar sekolah. Kalau dulu kita masih ingat semua pelajar di tingkatan 6 akan menerima biasiswa, pelajar ke U dapat biasiswa, ke kadangan ada juga yayasan tajaan kerajaan yang memberi biasiswa, ada biasiswa kerajaan negeri dan juga kerajaan pusat. Hinggakah biasiswa juga terdapat di sekolah rendah.
Malahan GLC - Govenment Link Company juga menikmati " biasiswa " ini, seperti Bernas, Petrolium, Pos dan lain-lain, jika syarikat ini kerugian kerajaan akan memberikan bantuan, lihat sahaja kepada IPP( pengeluar tenaga bebas ), menerima berbilion sumbangan " subsidi " kerajaan. Siapa di belakang mereka?, Mengapa agaknya subsidi kepada gula boleh ditarik? dan kepada IPP tidak ditarik?, kemana perginya keuntungan dari Felcra, Felda, Risda - ini semua ada GLC yang di terajui oleh kerajaan.

Sub Station - pengeluar kuasa elektrik.
Kini isu subsidi menjadi hangat di perkatakan sekarang baik dari pihak media mahu rakyat marhaen. Untuk itu sudah tentu akhbar pencacai akan memainkan isu ini untuk menyokong hasrat kerajaan untuk mengurangkannya. Kerajaan cuba menghapuskan sedikit demi sedikit pertolongan ini kepada rakyat, rakyat marhaen pula kurang arif dengan subsidi tapi ianya bagitu sinonim dengan syarikat besar yang mana syarikat mereka terapung di Bursa Sham. Bagi rakyat, kenaikan harga petrol sudah tentu meninggalkan kesan kepada harga barangan keperluan yang lain.
Kerajaan mula meraih simpati rakyat untuk mengurangkan ketakat yang paling maksima agar pemberian subsidi ini dapat di kurangkan, dimaklumkan serata alam, dan disetiau ucapan di tahun lepas kerajaan memberi subsidi sejumlah berbilion-bilion dan kini mohon di kurangkan. Apakah benar apa yang dikatakan bahawa rakyat sudah ketagih subsidi atau mereka cuba melindungi para kroni-kroninya. Hampir 20RM billion di belanjakan untuk tujuan tersebut.
Tapi rakyat cuma tahu nak beli gula, beras, minyak masak dan keperluan lain, apakah keperluan ini juga menikmati subsidi dari kerajaan, kalau ada berapa jumlah yang diterima sedangkan keperluan ini naik saban hari. Sebaliknya rakyat tidak tahun bagaimana dan siapa IPP, juga dimaklumkan IPP ini menerima sebanyak 22RM bilion setahun yang pada anggapan setengah pihak satu urus niaga berat sebelah dengan TNB. TNB terpaksa membeli tenaga yang dikeluarkan oleh IPP dengan harga yang tinggi walau pun tenaga yang dimiliki sendiri pun sudah berlebihan. Mahu tak mahu TNB terpaksa membayarnya apa keadaannya sekali pun.
Ini waktu siang,Bangunan UMNO di PWTC
Indah sungguh PWTC - dimana terletaknya ibupejabat UMNO,
tidakkah ianya satu pembaziran, dan apabila disebut pembaziran
siapakan yang menanggung kewangnnya?
Kaitan dengan candu subsidi, kenapa rakyat yang dituduh, kenapa tidak di halakan pertuduhan tersebut kepada IPP itu sendiri, lihat siapakah di belakang IPP, pengurusan mereka adalah terdiri dari orang-orang kenamaan dan syarikat mereka tersenarai di papan-papan bursa saham. Petronas terpaksa memberi subsidi gas yang dibeli dengan harga mahal dan menjual dengan harga murah kepada syarikat milik bilioner-bilioner ini. Kesudahannya rakyat disalahkan kerana dikatakan terlalu bergantung pada kerajaan. Jadi siapakah sebenarnya yang ketagih subsidi? Rakyat atau kronies.
Rakyat terus tersiksa untuk melayari bahtera penghidupan harian, kos sara hidup kini sudah meningkah sebanyak 33% ianya berlaku sejak 3 tahun kebelakangan ini. Kini di uar-uarkan pula harga minyak, gas dan elektrik akan dinaikkan, beban rakyat marhaen semakin bertambah. Inilah jasa Umno/BN untuk rakyat kerana membantu memberi bebanan yang berganda dengan menjurangkan lagi antara yang kaya dan yang miskin. Tanyalah berapa gaji para menteri dan timbalan menteri yang segala keperluan ditanggung setiap bulan dan masih bergaji RM 50-52 ribu sebulan.
Kalau kita perhatikan bagaimana pula pemimpin berbelanja, lihat sahaja rumah penginapan mereka, bagaimana Rosmah boleh bermalan cuma semalan dengan RM100k, pemimpin terus berlumba-lumba mengejar kemewahan dalam penghidupan dengan membina istana-istana yang besar sehingga ada yang mencecah puluhan juta. Dari mana sumber yang mereka dapat untuk membina istana-istana besar-besar itu.

Oleh itu kepada rakyat marhaen, perlu sedar dengan tindakan dan perbuatan para pemimpin ini, sejak era Mahathir menjadi Perdana Menteri sehingga ke era Najib, berbilion duit rakyat lesap disamun oleh para pemimpin Umno/BN dan kroni-kroni mereka. Apakah rakyat masih tidur atau masih mamai dek kerana RM 50 yang dimasukkan ke dalam poket oleh penyamun-penyamun ini setiap kali pilihan raya. Kerana RM 50, segala kutukan dan makian yang di laungkan kepada Adun dan MP Umno/BN yang menghilang diri selepas menang pilihan raya pun hilang sama dek tepukan dibahu menagih undi.
Sedarlah wahai rakyat Malaysia, jika kebajikan anda sudah diabaikan dengan alasan mengurangkan ketagihan candu (subsidi), maka sudah tiba masanya untuk mereka direhatkan kerana mereka sudah tidak lagi pandai mengurus negara. Gunakan kuasa anda untuk menolak kerajaan yang korup dan hadapkan mereka semua ke muka pengadilan untuk mengembalikan harta yang telah mereka samun.
No comments:
Post a Comment