Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Friday, May 27, 2011

KHUTTAB JUMAAT 27 MEI 2011 BAH. 1

Allah berfirman ayar 124 - 126 surah Toha:

Dan sesiapa yang berpaling engkar daripada peringatanku maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan kami akan himpunkannya pada hari qiamat dalam keadaan buta. dia berkata " wahai Tuhan ku, mengapa Engkau himpunkan daku dalam keadaan buta, padahal aku dahulu celik?" Allah befirman: " Demikianlah keadannya di mana telah datang ayat-ayat keterangan kami kepadamu lalu engkau melupakan serta meninggalknya. Dan demikian engkau pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan"

Umat yang inginkan kejayaan dan ketenangan di dunia dan akhirat ialah umat yang sentiasa mengambil berat dengan peringatan dan petunjuk daripada Allah, semada masa senang mau pun susah. Sakit atau sihat, miskin atau kaya. Tapi mereka yang menjadikan diri hampa kepada hawa nafsu dan syaitan sentiasa penghidupan dalam keadaan keluh kesah dan jauh daripada ketengangan yang di idamkan walaupun harta banyak bertimbun.

Zaman sudah berubah, kini manusia baik miskin, kaya, pengikut, pemimpin, pekerja sama ada swasta mau pun awam semua sudah memikirkan untuk mendapatkan harta yang " lumayan ". Manusia sudah menjadi hamba kepada harta dan sudah tidak lagi mengingati siapa yang menganugerahkan harta dan kemewahan tersebut. Untuk mendapatkah harta pula manusia sudah lupa peringatan Allah tentang halal haram, dosa pahala, syurga neraka yang penting kocek penoh.

Dari mereka golongan yang sedar meletakkan harta dunia adalah rezeki dari Allah, dan jika diperolehi dengan cara yang halal dan dilaburkan kepada perkara yang halal, maka ia boleh menghasilkan pahala tetapi jika sebaliknya maka harta boleh menambahkan dosa. Kita perlu memperakui kelemahan harta di mana harta bukan segala-galanya walau pun banyak perkara memerlukan kepada harta.

Ingatlah:

Dengan harta kita mampu membeli banyak kitab atau buku tetapi dengan harta kita
tidak mampu membeli akal yang mampu memahami
isi kandungan kitab atau buku tersebut.

Dengan harta kita mampu membeli makanan
tetapi dengan harta kita tidak mampu
membeli selera makan untuk menhabgiskan makan itu.

Dengan harta kita mampu membeli barang kemas dan perhiasan
tetapi dengan harta kita tidak mampu membeli kecantikan.

Dengan harta kita mampu membeli ubat
tetapi dengan harta kita tidak mampu membeli kesihatan.

Dengan harta kita mampu membeli keseronokan
tetapi dengan harta kita tidak mampu membeli ketenangan.

insyaallah : apakah maksud Zikri / peringatanku
edisi akan datang.
Sedutan Khutbah Jumaat 27 Mei 2011

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA