Allah berfirman ayar 124 - 126 surah Toha:
Dan sesiapa yang berpaling engkar daripada peringatanku maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan kami akan himpunkannya pada hari qiamat dalam keadaan buta. dia berkata " wahai Tuhan ku, mengapa Engkau himpunkan daku dalam keadaan buta, padahal aku dahulu celik?" Allah befirman: " Demikianlah keadannya di mana telah datang ayat-ayat keterangan kami kepadamu lalu engkau melupakan serta meninggalknya. Dan demikian engkau pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan"
apakah maksud peringatanku atau zikri dalam ayat diatas?
1- Peringatan ( zikri ) Kaitan dengan Alquran
4 katogeri Manusia
Ramai umat Islam kini buta al-Quran dan mereka juga tidak berasalah bersalah atas " kebutaan " tersebut.
Ada juga kalangan yang pandai membaca Alquran tapi tidak menjadikan ianya bahan bacaan seperti membaca akhar harian.
Ada yang boleh baca tapi tak faham maksud, tidak mengamalkan dalam penghidupan harian kerana di belengu dan memandang setiap perintah dipandang sebelah mata.
Yang akhirnya dari kalangan umat Islam di mana faham akan maksud tapi mereka gagal melaksanakan hukum hakam kerana terbuai dengan hasutan nafsu dan terpukau dengan sistem ciptaan manusia.
Untuk itu bagaimana dan bila agaknya kemuliaan Umat Islam dapat di capai? mereka menjauhkan diri dari Alquran, sedang Alquran adalah ubat penawar yang paling mujarab untuk menangani pelbagai masalah sejagat. Yang lagi mendukacitakan ada kalangan umat Islam sendiri bangun menentang pelaksanaan sistem yang diajar oleh Alquaran.
2 - Peringatan ( zikri ) kaitan Ilmu Agama
Umat Islam yang jahil dengan agama sendiri,
mudah terlibat dengan perkara mungkar dan jenayah.
Terdapat juga golongan yang anti ulama dan pusat pengajian Islam akan terlibat dengan aktiviti yang merbahaya dan merosakan. Golongan yang melaungkan bahawa kita mesti mengutamakan fadhu kifayah akhirnya menemui kegagalan bila umat Islam semakin jahil tentang fadhu ain sedangkah ilmu fadhu kifayah yang dicanangkan tidak sehebat mana.
Pembelajaran Pendidikan Agama di sekolah-sekolah dan pusat pengajian tinggi, sukatan pelajarannya semakin sedikit yang di dedahkan kepada para murid dan pelajar dan ianya hanya untuk lulus peperiksaan sahaja. Akhirnya pelajar semakin teruk. Ilmu agama di anak tirikan dan ianya menyebabkan keruntuhan aqidah dan kerosakan moral semakin mengerunkan.
Program pengajian di surau, masjid di kawal sedangkan pusat hiburan dan maksiat di biarkan berleluasa, dan peranan ulama hanya untuk baca doa dan bukan sebagai pemimpin atau penasihat yang perlu dihormati. Akhirnya kejahilan terus membarah dan jenayah semakin bertambah.
3 - Peringatan ( zikri ) kaitan menunaikan solat
Solat sudah tidak lagi menjadi aktiviti utama dalam penghidupan harian, solat sering di abaikan terutama solat Jumaat, ramai kalangan " orang Islam " langsung tidak mengindahkan seruan untuk Jumaat, mereka meneruskan " lepak " dan menikmati juadah yang terhidang. Maka menjadi sia-sia Jumaat pada hari tu malah akan berdosalah bagi mereka yant tidak mendengar khutbah, apatah lagi tidak menunaikan solat Jumaat di samping pemilik warung juga turut berdosa kerana membuka kedai ketika dan setelah azan Jumaat di kemunadangkan. Perkara ini berlaku keraa kejahilan ilmu dan nafsu pula ambil kesempatan menguasai jiwa
4 - Peringatan ( Zikri ) kaitan zikrullah
Ayat 41 surah al-Ahzab.
Akibat hati dipenuhi dengan lagu-lagu syaitan dan lidah basah memuja nafsu telah menyebabkan hati menjadi mati dan jauh daripada petunjuk Allah, lantas kita sentiasa perlu menginati dan menyebut Allah sebanyak yang mungkin.
5 - Peringatan ( Zikri ), peringatan atau nasihat
Ayat 55 surah az-zaariyat
Kegagalan memperkasakan budaya nasihat menmyuebabkan yang roasaktrerus rosak dan yang baik terus di rosakkan. sekat seblumm melarat, bubat sebelum merebak. dan perlu di ingat
ayat 117 surat Hud.
Dan Tuhan mu tidak sekali-kali mahu membinakan mana-mana negeri dengan sebab kezaliman penduduknya selagi mana mereka sentiasa memperbaiki keadaan sesama sendiri.
Sedutan Khutbah Jumaat 27 Mei 2011
No comments:
Post a Comment