Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, May 24, 2011

ISU DSAI - LAHIR 4 GOLONGAN MANUSIA

Tragedi Liwat DSAI yang di reka cipta oleh Tun Mahathir untuk menyingkirkan & membunuh " kerier politik " beliau dan di ikuti pula oleh anak didiknya DS Najib dengan liwat 2 dan kemudian dengan terbitan vidoe lucah telah melahirkan beberapa golongan manusia di Malaysia. Kelahiran 4 jenis manusia ini kebetulan dengan terlaksanka sistem perundangan yang " berpilih " ada golongan buat salah dan sebaliknya.
Tragedi 1998 juga telah meninggalkan kesan politik yang kini cukup mencemaskan kepimpinan UMNO / BN, juga menyebabkan Tun Mahathir di arah berhenti, di gantikan dengan Pak Lah, menambil alih dengan PRU11 2004 UMNO / BN menang bergaya, kekuasaan yang ada Pak Lah memberi laluan kepada DSAI untuk kembali ke arena politik dan PRU12 2008 ujudlah tsunama politik di mana pertama kali dalam sejarah UMNO / BN gagal mendapat 2/3 majoriti di parlimen dan 5 negeri termasuk Kelantan tumbang di kuasai oleh pembangkan dan akhirnya atas dasar permuafatan ujudkan Pakatan Rakyat, ( PKR, PAS dan DAP )

Kekalahan ini amat terasa bagi UMNO dan akhirnya dengan desakan demi desakan Pak Lah berhenti dan di gantikan oleh DS Najib. PR pula bertambah kuat, dan dengan kerelaan DSWA, beliau melepaskan Permatang Pauh untuk memberikan laluan kepada DSAI, akhir dengan majoriti yang bertambah DSAI kembali ke Parlimen dan terus diberikan kepercayaan untuk mengetuai kumpulan PR - sebagai Ketua Pembangkang.

Najib UMNO dan BN terus pening kepala, buat apa saja untuk memburukkan DSAI, dan parti gabungan PR semuanya tak menjadi. Malahan PR terus mendapat sokongan yang jitu, ini dibuktikan dengan kemenangan 8 dari 16 PRK yang diadakan.

13 tahun DSAI di jatuhkan daripada kerajaan apa saja yang dilakukan oleh kerajaan, sama ada ia benar-benar berlakau atau konspirisi. DSAI gagal di jatuh kan dengan isu moral, malahan dengan melakukan sumpah laknat sekali untuk mengiakan kejadian rendah moral DSAI, sokongan rakyat tersu padu dan mantap. Contohnya di PRK Permatang Pauh.

Bagi orang Muslim menuduh berzina ini adalah satu pertuduhan yang berat, sipenuduh lebih keras hukuman dari yang dituduh. Untuk mengelakkan pertudahan yang tanpa bukti sipenuduh boleh di kaitkan dengan hukuman qazaf. ( Qazaf pula adalah dosa besar yang jika tidak diampukan Allah maka pelaku akan dihumban ke neraka, harus difahami qazaf berlaku kerana kegagalan penuduh membawa sakti bukan kerana peritiwa zina tidak berlaku )

Untuk ada kalangan rakyat Malaysia yang memahami hukum Islam dan menolak cara yang dibuat oleh kerajaan kepada DSAI, mereka menolak bahan bukti seperti jam omega, raut wajah, ujian poligraf dan sumpah laknat - golongan ini ada terdiri dari rakan-rakan dari parti Islam Semalaysia ( PAS )

Kepada mereka yang yakin dan " confident " pelaku adalah DSAI, dan manusia seperti ini akhlak dan moralnya cukup rendah tidak layak di jadikan pemimpin, mereka pula sering menganggap diri mereka cukup prihati dengan dosa pahala, membenci penzina dan serta mempercayai apa yang dilakukan dengan nama Allah seperti ( bersumpah ) adalah dari ajaran Islam, hakikatnya mereka adalah dari golongan ghurur tertipu kerana kejahilan diri sendiri dalam memahami ajaran Islam. Meraka ini adalah dari golongan " dulu, kini dan selama-lamannya "

Bagi yang bukan Muslim - perlakuan yang dilakukan adalah tidak menjadi masalah kepada mereka, kerana perbuatan seperti itu adalah hak personal masing-masing dan tidak ada kene mengena dengan kepimpinan atau politik. Bagi mereka kenapa harga barangan mahal, kenapa minyak naik harga..

Satu pihak lagi ialah mereka yang sudah muak dan lali dengan isu kaitan dengan DSAI, tak habis-habis dengan Anwar. Siang, malam, pagi dan petang aysik-asyik Anwar hinggakan kepimpinan negara terlupa kepada tanggongjawab mentadbir dan menguruskan negara. hinggakan isu kenaikan harga gula, minyak, tol, kos sara hidup, rasuah, penyelewangan, pengkhianata UMNO terhadap orang Melayu/Islam dan sebaginya dilupakan.

Untuk itu, tidak perlulah memberikan laluan kepada cerita-cerita memburukkan orang lain dan diwaktu yang sama kita menutup perkara yang lebih penting untuk diuruskan. kadang kala rakyat dah tahu apakah hukuman yang akan diterima oleh DSAI itu sendiri. kerana kini DSAI adalah musuh nombor 1 yang boleh menghancurkan kepimpinan UMNO / BN.

1 comment:

  1. GM> pemimpin umNO ingat semua rakyat Malaysia ni bingung spt pengikut setianya di kampung. hari ni org dah dapat berfikir bukan hanya jadi pak turut setelah dapat nasi bungkus, kain batik/ pelikat dan duit rasuah....Sebab tu umNO lebih suka rakyat hidup susah dan bingung supaya mudah utk dicucuk hidungnya utk ditarik mcm lembu...

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA