Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, April 28, 2011

VIDOE DSAI - SAKSI DAN BEZAKAN.




KUALA LUMPUR, 27 April – Satu lagi rakaman klip video hitam putih aksi seks yang dikatakan membabitkan seorang pemimpin tertinggi pembangkang telah dimuat naik dalam laman Internet.


Sedutan klip video dengan durasi satu minit 47 saat itu menampilkan seorang lelaki dan wanita dalam keadaan bertuala dan kemudian berbogel sebelum lelaki itu memakai seluar.

Klip video tersebut dimuat naik pada Rabu di dalam laman ‘Youtube’ dan laman web blogger Papagomo, www.papagomo.com kira-kira 1.30 tengah hari ini, lapor Bernama Online.

Sebelum ini pada 4 April lalu, satu klip video berdurasi yang sama tersebar luas di Internet.

Pada 21 Mac lalu, tiga individu yang menggelarkan diri mereka “Datuk T” telah mendedahkan kewujudan video seks yang didakwa mereka membabitkan seorang pemimpin kanan pembangkang.

Terdahulu, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, yang mendedahkan video seks yang pelakunya didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini memberi sampel DNA beliau kepada pihak polis.

Eskay berkata beliau telah diminta datang ke Bukit Aman untuk memberikan sampel DNA itu dan juga untuk memberi keterangan tambahan untuk membantu siasatan kes video seks itu.

“Saya secara sukarela telah memberi sampel DNA kepada pihak polis untuk membantu siasatan kes video seks,” katanya kepada pemberita di luar pintu masuk Bukit Aman.

Katanya, beliau berada di Bukit Aman dari pukul 10 pagi hingga 1 tengah hari dan turut ditanya beberapa soalan oleh pihak polis.

Eskay berkata beliau akan mengadakan satu sidang akhbar esok untuk memberikan situasi terkini mengenai video itu.

2 comments:

  1. Drama bersiri datuk T terus diputarkan untuk meyakinkan rakyat Malaysia bahawa DSAI memang manusia paling jahat....Tapi Allah maha kuasa pasti akan menunjukkan kebenaranNya...Setan yg bernama eskay akan buat apa juga lakonan kerana skrip yg dibaca pasti akan dapat bayaran yg mahal....dua ekor lagi setan juga dapat upah sebagai tukang angguk...tengok muka pun org dah tahu.....

    ReplyDelete
  2. kes pun belum selesai siasat dah nak bersumpah. yang peleknya depa yang tuduh depa pula sumpah. Bukti kukuh tiada seperti saksi yang baik.Lepas tu ajak yang kena tuduh sumpah sama. bukti tiada .
    Sumpah tak selesai masaalah depa

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA