Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, April 28, 2011

UTUSAN - TALIBARUT UMNO

Kini cara rasmi memang dah diketahui Utusan Malaysia adalah lidah rassmi UMNO dan akhbar ini di wajibkan untuk menyuarakan apa saja yang boleh memberikan kekuatan kepada UMNO, Najib dengan 1M tapi Utusan pula 1Melayu 1bumi. Ini jelas memperlihtkan kepada kita Utusan Malaysia lebih sudu dari kuah, lebih mementingkan UMNO dari perpaduan kaum di Malaysia.

NONE
YB Dato Seri Zahid Hamidi Naib presiden Umno yang juga menteri Pertahanan ( gambar ) berkata akhbar Utusan Malaysia perlu terus menyuarakan denyut nadi dan pemikiran orang Melayu kerana sebuah pergerakan politik yang diharapkan, tidak berani lagi untuk berbuat demikian. "Mereka yang dulunya cukup lantang kini sudah bertukar menjadi liberal,"

Badan ini ( mungkin ) Pergerakan Pemuda UMNO, "Jadi, untuk mengharapkan mereka terus bersuara bagi mempertahankan kepentingan orang Melayu, saya tidak fikir mereka akan berani lagi bertindak demikian," kata Zahid yang pernah menjadi ketua pergerakan Pemuda Umno dalam tahun 1990-an. Pemuda Umno ketika itu menjadi kumpulan pendesak dalam melindungi hak keistimewaan Orang Melayu. Bagaimanapun, pergerakan itu kini dilihat lebih berpendirian sederhana dan liberal. "Oleh kerana banyak agenda nasional yang diteraskan oleh kerajaan untuk membangunkan orang Melayu masih belum mencapai sasaran, Utusan tidak seharusnya berada di persimpangan hanya kerana serangan pihak yang tidak senang dengan suara-suara orang Melayu.

Kalau di tanya kepada Ketua Pemuda Sdr. Khairi, apakah beliau merasakan ada kepuasan dalam mengendali uruskan Pemuda baik Pemuda UMNO mau pun Pemuda BN, sudah tentu beliau akan menyatakan KP UMNO zaman ini hanya sebagai budak suruhan saja, dan penyandang jawatan sudah tidak diterima oleh kepimpinan yang ada, kepimpimpinan tidak di percayaai, tidak diyakinan malahan hidup seperti melukuk di tepi gantang. Penganggor.

Sebenarnya peranan akhbar di salah gunakan oleh UMNO itu sendiri, akhbar hanya " batu lonjatan " untuk kepentingan propaganda. Lihat sejak zaman Tun Mahathir, akhbar perdana lesu tidak bermaya, seolah-olah hilang fokus, bukan lagi menjadi pengedar maklumat tapi menyediakan pelaporan apa yang pemimpin buat, ia tidak kritikal, tidak dinamik, tidak mencabar daya fikir rakyat.

Kes liwat DSAI 1, 2 dan video lucah telah menjadi bahan utama kepada akhbar ini, apakah berita ini cukup sensasi, apakah budaya Orang Melayu yang beragama islam kini sudah di asuh untuk " memfitnah " sesama bangsa dan agama, mengapa akhbar ini terjerat dengan situasi ini, mengapa akhbar tidak mengambil jalan untuk menasihat rakyat, menasihatkan pemimpin untuk " balik ke pangkal jalan ", mengapa akhbar tidak meletakkan ajaran yang terbaik ialah dengan berpandukan Alquaran dan sunnah. Tapi sebaliknya akhbar perdana seolah-olah hilang pertimbangan dan yang perlu di jaga ialah pemimpinan UMNO itu sendiri.

Ambil contoh tajuk berita akhbar harian yang diterbitkan pada hari Selasa 26hb April 2011, akhbar - akhbar seperti New Straits Times memaparkan tajuk berita “ Akhbar Nasi lemak twice a week”.The Star pula memaparkan berita “Deadly illegal – Growing trade in illicit cigaretts costing Govt billion”. Akhbar bebahasa Manderin seperti China Press dan Sin Chew pula memaparkan berita risiko suntikan menguruskan badan. Akhbar berbahasa tamil pula menceritakan tokoh agama yang cukup berpengaruh meninggal dunia. Tapi dukacita akhbar perdana tajaan UMNO semua menceritakan isu Video Lucah DSAI. Bila agaknya otak orang Melayu boleh berkembang?

Apakata rakan FB dalam isu Akhbar perdana ini - sebahagian darinya
Ini pula adalah pandangan Tun M, Media arus perdana dalam negara harus sesekali menjadi pengkritik kerajaan, Beliau berkata ramai yang tidak bersedia untuk mengkritik kerajaan kerana mereka beranggapan mesti menyokong kerajaan sentiasa. Media arus perdana juga mengamalkan tapisan berita sendiri dan ini memberi persepsi salah, seolah-olah berita mereka ditapis oleh kerajaan. "Jadi kerajaan kadang-kadang mendapat pandangan yang berat sebelah tentang apa yang dimahukan oleh rakyat. Mereka (media) berpendapat harus lakukan tapisan sendiri. "Dan ini sudah pasti memberi tanggapan bahawa kerajaan yang menyekat mereka," katanya pada Persidangan Penulis-penulis Blog Rantau Malaysia-Asean Pertama yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di ibunegara hari ini, lapor Bernama. Dr Mahathir yang juga penaung kepada Blog House Malaysia, penganjur persidangan itu berkata kritikan membina harus diberi demi kebaikan negara.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA