Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Friday, April 29, 2011

AKBAR PERDANA - TERUS MEMPERBODOHKAN MELAYU

Kini masyarakat Malaysia, walau pun sudah melebihi setangah abad merdeka tapi hati kecil mereka masih di jajah, sering tertipu dengan keadaan semasa, buat kata pepatah " si bodoh makan si cerdik " Kempen demi kempen di adakan untuk galakan membaca, akhirnya DBP juga berhutang berjuta-juta, bahan terbitan tidak laku di jual. Akhbar pula sering tidak memainkan peranan untuk memaklumkan yang benar, malahan ianya sering melaporkan apa yang penting untuk UMNO. Kredibitliti Ketua Pengarangnya adalah seperti orang suruhan UMNO. Mereka lebih " sudu dari kuah "

Cuba kita lihat pada akhbar harian yang diterbitkan pada hari Selasa 26hb April 2011, akhbar - akhbar seperti New Straits Times memaparkan tajuk berita “ Akhbar Nasi lemak twice a week”.The Star pula memaparkan berita “Deadly illegal – Growing trade in illicit cigaretts costing Govt billion”. Akhbar bebahasa Manderin seperti China Press dan Sin Chew pula memaparkan berita risiko suntikan menguruskan badan. Akhbar berbahasa tamil pula menceritakan tokoh agama yang cukup berpengaruh meninggal dunia.

Tapi semua orang sudah menjangkakan tajuk utama untuk berita kongkongan UMNO. ianya ada kaitan dengan pendedahan di mahkamah kaitan dengan isu sama ada Kes Liwat 2 atau kes video lucah. Pendakwa mengesahkan lelaki Y itu adalah Anwar. Utusan Malaysia memaparkan tajuk utama “Anwar Lelaki Y”, Berita Harian “Lelaki Y Anwar” dan Sinar Harian “Anwar Lelaki Y”. Akhbar bahasa Melayu mejoritinya mengambil kes liwat 2 Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai tajuk utama. Apakah yang menjadi keutamaan kepada berita ini? Bukankah ia menceritakan keaiban orang Islam yang cukup meloyakan? Bukankah cerita seumpama itu sangat tidak sesuai dengan anak-anak sekolah? Bukankah cerita tersebut belum lagi diputuskan oleh mahkamah tetapi hanya dakwaan pihak pendakwa sahaja? Soalnya mengapa ia menjadi tajuk utama? Apakah agenda disebalik isu tersebut ?

Tapi agaknya Ketua Pengarah akhbar lain, sudah tuli dan muak dengan tingkah laku kepimpinan UMNO, mereka semuanya sudah hilang pertimbangan, sudah menjadikan isu sex untuk kepentingan politik mereka. Sejak Tun Mahathir mencipla Liwat 1, kini diikuti pula DS Najib. Tak cukup isu Liwat 2 di tambahkan pula dengan video lucah.

Dalam akhbar keluaran hari tersebut bagi The New Strait Time hanyalah berita kecil dan perlu dimuatkan dalam muka surat 6 dan The Star dalam muka surat 10 sahaja. Tetapi apabila tajuk liwat diletakkan berkali-kali sebagai tajuk utama maka sebenarnya media berbahasa Melayu seolah-olah mendoktrinisasi minda orang-orang Melayu dengan isu seks. Sebahagian besar pembaca media Utusan Melayu, Berita Harian dan Sinar Harian adalah kelompok orang Melayu berpendidikan rendah dan tinggal di pinggir dan luar bandar. Sesetengah daripada mereka tidak berpeluang mendapat pendedahan terhadap media baru.

Hanya satu syor untuk dipertimbangkan oleh pihak ketua pengarang kepada akhbar harian keluaran UMNO inik, apa salahnya isu pendidikan di war warkan, " kenapa perlu 10k guru luar untuk pengajaran BI di Malaysia " atau " apa perlunya e-mail percuma untuk rakyat " atau " Bagaimana Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) pengganti kepada Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris(PPSMI). atau untuk politik " kenapa Orang Melayu Kampong Baru KL, menolak pembinaan semula " atau banyak lagi isu-isu yang boleh di utarakan untuk tatapan dan bacaan rakyat. Masalah sosial khususnya anak muda yang terlibat dengan masalah seks bebas, dadah, arak, anak luar nikah, sumbang mahram, VCD lucah dan lain-lain lagi.

Akhbar berbahasa Melayu seolah-olah kurang sensitif terhadap isu sosial yang sedang dihadapi oleh orang Melayu sekarang. Atau apakah pihak Ketua pengarang terus ingin memperbodohkan pembaca Melayu? memang tidak dinafikan akhbar perdana keluaran UMNO ini larisnya hanyalah diluar bandar. Sebab itu pengundi luar bandar masih " setia " dengan UMNO.

Secara umumnya media berbahasa Inggeris, Mandarin dan Tamil yang pembacanya terdiri daripada kelompok Melayu kelas menengah ke atas, masyarakat Cina dan masyarakat India tidak dihidangkan dengan cerita aib dan meloyakan seperti media berbahasa Melayu. Secara perbandingannya seolah-olah mereka dihidangkan dengan isu-isu yang lebih bertamadun daripada kelompok masyarakat Melayu berpendidikan rendah. Andaian ini jelas dimana dapat dipertontonkan dengan hasil PRU12 di mana UMNO masih dapat menguasai kawasan luar bandar dan pengundi di pinggir dan bandar sudah mula merubah langkah untuk meninggalkan UMNO, kepada akhbar perdana ini hentikanlah agenda membodohkan minda orang-orang Melayu ini. Sudah cukuplah penjajah membodohkan orang Melayu lebih 400 tahun. Hidangkanlah minda semua rakyat Malaysia dengan perkara yang segar dan bermanfaat untuk agama, bangsa dan negara.

1 comment:

  1. Org Melayu akan terus diperbodohkan selagi umnongok berkuasa....sikap umnongok semakin melampau hingga sanggup menayangkan video lucah melalui tv dan akhbar....polis pula buat tak tahu sebab dah jadi polis mcm filem tamil....bila agama dipermainkan tunggu saja balasan drp Allah...

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA