Sejak merdeka 1957 dari kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan kini pada 1963 ujud pula kerajaan Malaysia dengan kemasukan Sarawak dan Sabah ianya juga dari kerajaan Perikatan hingga ke Barisan Nasional, pemerintah negera hanya di kuasai oleh kerajaan yang ditunjangai oleh UMNO, UMNO memerintah dengan majoriti yang cukup meyakinkan, hanya pada 1969 ianya terganggu dengan berlakunya 13 Mei. Peperangan Kaum.
Kini usia kerajaan UMNO / BN memang sudah cukup dewasa, sudah di hinggapi berbagai-bagai penyakit. Kalau di ibaratkan seorang tua, sudah ada 3 serangkai, kecing manis, darah tinggi, lemah jantung. Penyakit kronik ini hanya menunggu untuk di kapankan sahaja, bagitulah andaian yang patut di buat untuk kerajaan UMNO / BN ini.
Walaubagaiman pun Kerajaan UMNO/BN masih dan terus mendabik dada bahawa Malaysia adalah sebuah negera yang hebat dan sentiasa mendapat pujian sebagai antara negara termaju di Asia Tenggara kerana prasarananya yang hebat dan canggih. Penghidupan berbilang kaumnya, proses pembangunannya, memang di akui kehebatan tersebut dan diakui kemudahan yang ada setanding dengan negara maju yang lain.
Kehebatan sesuatu tamadun bangsa dan negara itu bukanlah semata-mata dinilai daripada aspek kemampuan penyediakan kemudahan fizikal sahaja, pembangunan emosi, pemupukan kesejahteraan penghidupan, sistem bermasyarakat pendek kata pembangunan pendidikan perlu di seiringkan dengan pembangunan fisikal, apakah kita cukup hebat jika pembangunan itu di ukur dan dibandingkan dengan kerajaan zaman pemerintahan Fir’aun, dengan kehebatan pembinaan piramidnya yang masih tertegak sehingga hari ini merupakan dan ianya adalah antara mercu tanda ajaib dunia yang tidak ada tolok bandingnya.
Senerio kehebatan pemerintahan Fir’aun lebih dikenali sebagai pemerintah yang zalim dan jahat, yang berterusan mengabdi dan menindas rakyat demi memuaskan kehendak nafsunya. Apakah setiap kehebatan pembangunan itu, rakyat perlu di jadikan mangsanya? dan apakah keadaan zaman Fir'aun itu juga di ambil contoh oleh UMNO / BN masa kini? Kepimpinan masa kini juga seolah-olah menjadikan ikutan dengan cara apa yang dibuat oleh Fir'aun, sudah tidak lagi mengindahkan arahan dan ajaran yang diperturunkan oleh allah, cuma kepimpinan kini tidak meletakan diri seperti keangkuhan Fir'aun sehingga ke tahap mengaku sebagai tuhan.
Sepatutnya dengan kurniaan Allah kepada negara, negara ada minyak di lubuk buminya, tanaman pertanian menjadi-jadi seperti sawit, padi, getah. Ini adalah sumber kewangan negara dan septutnya rakyat negara ini sudah cukup senang. Lihat bagaimana anggkuhnya UMNO semasa Terengganu di ambil oleh PAS, royaliti minyak ditarik, lihat di perairan Kelantan, saluran minyak hak Kelantan dinfikan sebalinya naik ikut Thailand dan rakyat Kelantan " putih mata ". Kenapa UMNO bagitu angguh?
Usia lanjut UMNO / BN kini hanya menuggu hukuman dari rakyat, rakyat telah muak dan kecewa cara mereka memerintah, pemerintahan mereka untuk mengauk laba untuk mengisi perut sanak saudara dan para kroni sahaja. Kepimpinan UMNO sudah hilang akal dan arah tuju dalam pemerintahan. Meraka akan lakukan apa sahaja untuk memastikan pucuk pemerintahan terus berada dalam genggaman mereka. Pembangunan yang ada ini pun dibangunkan atas korupsi dan penyelewengan pimpinan UMNO dan BN. Skandal demi skandal yang telah dan akan didedahkan dari masa ke semasa yang jelas terang lagi bersuluh membuktikan bagaimana mereka menyeleweng ratusan ribu juta duit negara.
Isu DSAI - rakyat dan negara luar sudah melafazkan rasa " benci ", mengapa Malaysia yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi sanggup dan berterusan dengan idea memfitnah, apakah untuk membunuh karieer politik sesorang itu hanya dengan fitnah, dimana letaknya intergriti kepimpinan? Mereka cukup merisaui DSAI lepas Liwat 1 ada Liwat 2 dan kini terbit pula video seks, perilaku yang tidak bermoralnya DSAI.
Mengapa mereka perlu angkoh dan sombong dengan pembangunan yang di adakan? bukankah segala pembangunan yang di wujudkan adalah merupakan tanggungjawab mana-mana kerajaan yang memerintah tak kira UMNO atau PR atau sesiapa saja. Jika UMNO saja yang pandai membuat pembangunan maka tentulah negara lain tidak membangun seperti Singapura tak ada jalan dan elektrik, Thailand tak ada bekalan air dan Amerika tak ada lapangan terbang sebab negara-negara ini tidak diperintah oleh kerajaan UMNO dan BN.
Rakyat mula sedar, rakyat sudah tahu, rakyat sudah membentuk revolusi daya fikir kearah pembaharuan, contohnya Rakyat Timur Tengah dan Utara Afrika, negara mereka rakyatnya sudah bangun untuk memastikan perubahan dalam kepimpinan. Perubahan ini sedang bertiup kencang melanda Timur Tengah dan Utara Afrika dan tsunaminya berjaya menenggelamkan diktator Mesir, Tunisia dan tidak lama lagi Yaman dan Libya dan banyak lagi. UMNO dah mula panik kerana ciri yang ada pada ledakan rakyat dan diktator ini mirip kepada suasana yang ada di Malaysia.
UMNO semakin resah kerana kuasa mereka semakin terhakis. Cara jijik dan kotor mereka gunakan demi menjamin kesinambungan hayat mereka. DSAI adalah individu yang dilihat sebagai satu-satunya individu yang bolah dan mampu memporak perandakan kepimpinan mereka, beliau juga mampu membawa kebangkitan rakyat dan menyatukan parti-parti pembangkang. Untuk itu Anwar perlu dihancurkan atas apa cara sekali pun. Tak cukup dengan ugutan dan kecaman, beliau diaibkan dengan kes liwat I dan II dan kini pula dengan skandal seks! UMNO tidak percaya kepada Allah swt. Jika mereka percaya tentu mereka tak akan buat apa yang sedang mereka buat.
Bagi UMNO yang penting mereka terus berkuasa, cara dan kaedahnya tidak penting. Negara dan rakyat akan terdedah kepada bahaya jika terus memberi sokongan kepada UMNO. Mereka akan lakukan APA SAJA demi kelangsungan kuasa mereka. Rakyat perlu bertindak segera dengan menurunkan mereka.
No comments:
Post a Comment