Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Friday, April 1, 2011

MTD DUN KG GAJAH, MENGORAK LANGKAH KE PRU13

Rakaman tahniah dan syabas kepada MTD Kg. Gajah yang kini sedang giat dan berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan DUN Kg. Gajah di menangai semasa PRU13 nanti, sudah tentu sumber kewangan yang mantap diperlukan walau " wang bukan segala-galanya, tapi segala-galanya memerlukan wang "

Malam td 31.3.2011 , tetamu undangan Dr. Najihatus binti solehah dari Parit dan Penampilan khas dari Negeri Pahang Ust Fadhil Noor b. Abdul Latif (Ketua Pemuda PAS Temerloh, ajk Dewan Pemuda Pas Pahang). telah memberikan daya tarikan kepada hampir seribu peminat, pengundi dan penyokong tegar menjamu selera secara " nasi kandar " sambil mendengar .ceramah berkaitan dengan isu-isu semasa untuk pengetahuan berama.

Disamping mendengar ceramah, dengan sumbangan RM10 mereka menyumbang untuk tabung MTD Kg. Gajah. syukur alhamdulillah, moga-moga sumbangan ini di berkati oleh Allah hendaknya.

Majlis di mulakan dengan persembahan nasyid dari kumpulan Sautul Iman, Sekolah Rendah Islam Nurul Iman SRINI, Kampung Gajah.

Ust Fadhil Noor b. Abdul Latif
(Ketua Pemuda PAS Temerloh, ajk Dewan Pemuda Pas Pahang).

Suasana atas pentas di mana YDP Pas Pasir Salak, ustaz Mustaffa Shaari, bersama dengan Ustaz Fadhil Abdul Latif sedang mendengar ucapan dari Dr. Najiahtun binti Solehan ( yang juga bekas calon PAS, parlimen Parit )

Khemah muslimat, mereka sudah menikmati jamuan makan

Khemah muslimin asyik mendengar ceramah dari penceramah

Kehadiran penderma mengamit rasa syukur dikalangan penganjur dan seterusnya dapat menambahkan dana PRU13. Kehadiran mereka juga melambangkan betapa bersungguhnya mereka inginkan perubahan dan mengambil alih tampoh pemerintahan di DUN Kg. Gajah khasnya dan Parlimen Pasir Salak secara khususnya.

Di doakan moga-moga cita-cita dan hasrat untuk tujuan tersebut di makbulkan oleh Allah hendakknya. Insyallah

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA