Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, April 3, 2011

ISU VIDEO - MUFTI & PROFESSOR RAMAI YANG KAKI BODEK


Video DSAI kini mula menjadi panas dan sudah hampir mengelegak, apa tidaknya semua pihak telah memberikan pandangan dan tegoran untuk kebaikan sebuah Negara yang mengamalkan " Islam " sebagai ugama terasnya. Semua pihak dari peringkat bawahan hingga ke peringkat tertinggi dari peringkat yang tak tau apa-apa hingga kepada pihak yang memegang tampok agama.

Pengikut parti masing-masing mempertahankan hak masing-masing, tanya orang UMNO, sah itu Anwar, baik di peringkat ahli biasa hingga ke Perdana Menteri, tapi lain pula kepada orang PR, mereka tidak mengesahkan tapi inginkan penjelasan, siapa mereka Datok T, kenapa KPN membuat keputusan memutuskan " ketulinan " rakaman VCD tersebut, rakyat ingin tahu siapakah yang sebenarnya gambar dalam rakaman tersebut. Persoalannya cukup jelas, tapi jawatan " merewang-rewang "



KPN kini menjadi serangan semua pihak

Menakjubkan lagi membingungkan – itulah mungkin rumusan paling sesuai untuk menggambarkan reaksi rakyat berikutan kenyataan separuh masak Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang mengumumkan video seks lucah yang dikaitkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah 'tulen'.

Persoalannya: Betul ke Anwar adalah pelaku dalam video itu? Malangnya, Ketua Polis Negara tidak memberi jawapan.

Jawapan beliau adalah penting kerana ia menjadi paksi kepada segala isu ini – benarkah Anwar dirakam mengadakan hubungan sumbang dengan seorang pelacur di sebuah hotel pada 21 Februari lalu? Malah Ismail (kiri) membayangkan hasil siasatan akan diserahkan kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail untuk tindakan susulan dalam tempoh terdekat.


NONE
Apa kata Karpal Singh ( gambar ), tayangkan saja video seks Carcosa di Parlimen kerana ia mempunyai imuniti untuk melindungi ahli parlimen daripada sebarang liabiliti jenayah, mendedahkan video itu untuk tatapan umum merupakan kesalahan mengikut Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun, katanya, jika ditayangkan di dalam Parlimen akan memberi imuniti kepada ahli parlimen daripada sebarang liabiliti jenayah atau lain-lainnya. Perkara dini juga pernah dilakukan pada 1992 berhubung video seks DP Vijandran.

Bagi seorang ahli pendidik pula Porf. Dr. Tajuddin bin Mohd. Rasdi dari UITM juga amat kesal dengan sikap dan " tutup mulut " sebilangan besar para ulama, mufti dan para cendikiawan dalam isu video ini. Beliau juga berkata para alim ulama cukup segera dalam isu Hari Kekasih, Penahanan Kitab Injil dalam Bahasa Melayu serta Penggunaan Perkataan Allah tapi sebaliknya tidak pula kepada isu videe ini. Para Cendikiawan, ramai antara mereka yang bersifat menggampu kepada parti pemerintah semata-mata untuk menjaga kepentingan KPI walau pun ia tidak melambangkan kecemerlangan akademik. Kenapa tak ramai kalangan prof di IPTA atau IPTS berani bertindak seperti Prof Aziz Bari dari UIAM? (harakah bil.1628 )

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA