'Jangan salahkan mereka yang undi Pakatan'
PRN Sarawak yang ke 10 telah meninggalkan kesan yang sungguh significan kepada proses piliharanya di negara ini. Walau pun kemenangan masih memihak kepada BN dengan majoriti 2/3 tapi hakikatnya teserlah kini bagimana pengundi sudah mula melihat ada ruang-ruang tertentu untuk beralih selera.
Kawasan bandar majoriti terdiri dari kaum Cina telah menolak mentah-mentah calun dari BN, dengan kemenangan 12 kerusi oleh DAP jelas memberikan tamparan kepada pihak BN khususnya PM yang sedang berkira-kira untuk PRU 13. Undi majoriti juga jauh meninggalkan BN oleh PR, sebaliknya peningkatan kepada PR berbanding dengan BN. Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ( gambar ) juga menyelar cadangan dari Utusan Malaysia oleh Timbalan Ketua Pengarangnya Datuk Zaini Hassan dan di sokong oleh PERKASA dengan gerakan "1Melayu, 1Bumi" yang dicadangkan bagi beliau cadangan ini cukup tidak baik dan mengharapkan agar ianya tidak menjadi kenyataan.
"Saya harap ia tidak berlaku....Jika kita laksanakan juga, akan terdapat sistem dua parti dalam politik...jika satu dikuasai oleh Melayu dan satu lagi oleh Cina, ia akan membawa mala petaka kepada negara," katanya dipetik Bernama selepas melancarkan Perdana Global Peace Foundation dan Jelajah Keamanan 2011 di Kuala Lumpur hari ini.

Kritikan dan pandangan yang negatif ini telah menyebabkan ada pro dan kontranya. Bagi ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno ( MKT ) Datuk Saifuddin Abdullah ( gambar ) menyeru rakan-rakannya dalam BN supaya henti melabelkan penyokong pembangkang sebagai golongan yang tidak tahu bersyukur atau berterima kasih. Saifuddin yang juga timbalan menteri pengajian tinggi berkata BN sebaliknya mesti menghormati hak pengundi. “Dengan segala hormatnya, saya minta rakan-rakan di BN jangan menyalahkan atau menuduh mereka yang tidak undi kita sebagai tidak tahu bersyukur. “Dalam demokrasi, kita mesti hormat hak pengundi untuk memilih mana-mana parti yang disukai mereka. Nanti kita nak jumpa merka lagi dalam pilihan raya akan datang. “Kalau mereka tempelak kita, apa macam?” soalnya dalam satu kenyataan.
Apakah kenyataan YB ini sudah mula memperlihatkan kematangan dalam kempimpinan UMNO itu sendiri? Kenyataan ini tidak menyebelahi dari kumpulan yang ramai. Atau apakah beliau sudah mula sedar bahawa UMNO / BN kini memang sudah hilang kredibilti dalam kepimpinan dan beransur-ansur mula di lupai.
Bagi PR, sudah menampakan keyakinan dengan sokongan orang di Sarawak, baik di bandar mau pun di luar bandar. Kepimpinan PR mulai merasa adanya laluan untuk terus dan berusaha memberikan keyakinan kepada meraka khusus untuk PRU 13. Sarawak bukan lagi " simpanan tetap UMNO "

No comments:
Post a Comment