Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, April 24, 2011

KEJAYAAN SELANGOR - MENGHANTUI NAJIB



Najib ( gambar ) - kini amat sukar untuk menentukan apakah PRU 13 akan diadakan pada masa terdekat PRN Sarawak telah mengejudkan beliau, tidak diduga sokongan pengundi Cina tidak memihak kepada BN, sebaliknya undian majoriti kepada PR meningkat dan mengatasi BN itu sendiri. KM Taib juga memberikan satu petunjuk " kedegilan " untuk tidak bersedia meninggalkan kerusi KM tersebut.

Selain dari Sarawak, Najib juga selaku Ketua perhubungan UMNO Selangor dengan Noh Omar selaku timbalannya masih terkial-kial mencari formula bagaimana kerajaan pimpinan Tan Sri Khalid ( gambar ) dapat di " rampas " seperti apa yang berjaya dilakukan di Perak tempoh hari. Bukan setakat Selangor, malahan negeri lain bawah pimpinan PR - Pulau Pinang, Kedah dan kelantan juga telah memberikan mimpi ngeri untuk Najib membubarkan parlimen dan Dun untuk PRU13.

Untuk Selangor, tak sampai 4 tahun memerintah, Pakatan Rakyat telah menampakkan kejayaan gemilang di dalam membantu golongan yang miskon dan tidak bermampuan di Selangor. Kejayaan ini JAUH LEBIH besar berbanding UMNO yang memerintah lebih 50 tahun.

Sebagai contoh Kerajaan Selangor berjaya melaksanakan 10 program pembangunan dalam dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dari tahun 2008 sehingga 2010.

Antara kejayaan adalah seramai 27,000 orang menerima bantuan Tabung Warisan Anak Selangor ( Tawas ) dengan perbelanjaan lebih RM 2 juta.

Satu Pusat Dialisis Rakyat juga telah dibuka di Sementa, Taman Medan, Hulu Klang, Ampang dan Jalan Kebun, manakala sebanyak 500 buah rumah ibadah bukan Islam juga menerima sebanyak RM7.35 juta sejak tahun 2008.

Sebanyak 60 peratus dari 236 ribu warga emas mendaftar di bawah Skim Mesra Usia Emas dan seramai 16,000 orang sudah mendapat bantuan tersebut.

Kerajaan Negeri juga mewujudkan program pemeriksaan Mammogram percuma untuk kesihatan kaum wanita dan seramai 3,000 orang sudah menggunakannya bagi mengesan tanda-tanda awal kanser payudara.

Kerajaan Negeri juga sudah berjaya menyelesaikan 23 projek perumahan terbengkalai yang melibatkan 9,000 unit rumah dan tujuh projek melibatkan hampir 4,000 unit rumah sedang diselesaikan.

“Dalam isu perumahan Bukit Botak yang gagal diselesaikan kerajaan terdahulu juga sudah berjaya diselesaikan dan memberi faedah kepada 1,400 orang peneroka bandar,” katanya.

Sebanyak 350 buah rumah sudah dibina untuk golongan fakir miskin dan 400 buah rumah lagi masih dibaiki di bawah Program Kerajaan Prihatin.

Kerajaan Negeri juga memperuntukkan 3 juta kepada lebih 700 orang rakyat miskin untuk pelbagai kegiatan.

Sekolah Agama Rakyat (SAR), sekolah Cina dan sekolah Tamil sudah menerima agihan RM16 juta setiap tahun, manakala gaji guru KAFA turut dinaikkan kepada RM1,300 setiap bulan.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA