Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Monday, April 25, 2011

GURU - KENAPA TERUS MENENTANG KERAJAAN

Selepas Tsunami 2008 pada PRU12, semua kementerian telah memainkan peranan masing-masing untuk memastikan bagaimana Putra Jaya dapat dipertahankan. Semua pegawai telah dan di paksa untuk bersama-sama dengan Menteri masing-masing memikir, memerah otak bagaimana setiap agensi dan kakitangan kelolaan mereka dapat dan terus menyokong UMNO / BN.

Pihak Kementerian Pendidikan khususnya telah mengeluarkan pekeliling agar semua jemputan orang politik tidak dibenar ke institusi pendidikan, kementerian tidak mau institusi kelolaannya di jadikan medan untuk ahli-ahli politik mencari pengaruh, arahan ini ada kaitan dengan " gugurnya " 5 buah negeri pentadbiran BN ke tangan PR ( Selangor, Perak - seketika, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan ). Akhirnya satu demi satu arahan ini di salahgunakan, lihat sahaja di PRK DUN Tenang Johor - Pengarah Pelajaran Johor Tn. Hj. Markom Giran sendiri turun padang dan berkempen untuk memastikan kemenangan BN. Kalau Pengarah sendiri boleh memainkan peranan sudah tentu pegawai yang " tali barut " UMNO akan mengambil kesempatan untuk tujuan yang sama.
pengarahbaru
DATO' MOHD RAUHI BIN MOHD ISA, D.P.M.P.,P.M.P.,K.M.N., A.M.P., P.P.T.

Di Perak, Pengarah Perak ( gambar ) juga memberikan lampu hijau kepada sekolah untuk mengundang kalangan pemimpin yang mampu memberi peruntukan dan kemudahan asas kepada sekolah. Walaupun lantikannya cukup " muda " dengan jawatan ini tapi bersungguh-sungguh untuk memastikan kalangan guru terus di pangkuan UMNO, rupanya usaha ini ada kaitan dengan penganugerahan Dato, akhirnya usaha " melobi " ini berjaya kerajaan Perak bawah Zambry dapat meyakikan pihak istana untuk pengurniaan DPMP, hari keputraan Sultan tahun ini pada 19 April yang lepas beliau di anugerahkan DPMP - kini bergelar Dato.

Dato' Tajuddin Abd Rahman
Kg. Gajah pada 23 April yang lepas satu majlis penganugerahan kecemerlangan diadakan dengan tetamu politiknya ialah Ahli Parlimen Pasir Salak, Dato Tajuddin Abdul Rahman ( gambar ) dengan di iringi oleh Pengarah dan Pegawai Pelajaran Daerah Perak Tengah. Jemputan semuanya dari kalangan guru-guru dan kakitangan pendidik di daerah ini.
Kenapa AP ini tidak menggunakan ruang ini untuk memberikan motivasi dan kata-kata ransangan untuk pembangunan pendidikan, sedangkan Pengarah dan Pegawai Pelajaran dalam ucapannya menyentuk tentang pendidikian yang berfokuskan kepada daerah ini khususnya di Kampong Gajah. Masih banyak bantuan dan pertolongan diperlukan oleh mereka yang berkuasa. Tapi malang peluang ini tidak dipergunakan oleh beliau sebaliknya beliau mengambil kesempatan dengan menghentam kalangan guru yang tidak sehaluan dengan politik pemerintah.
Apakah dengan memarahi, memberikan contoh keadaan di Kelantan itu, kepimpinan TGNA, DSAI dapat mengubah daya fikir kalangan guru-guru ini. Atau apakah beliau lupa kini dunia sudah tidak ada sempadan, maklumat di hujung jari. Rata-rata guru yang hadir merasa keciwa dengan ucapan beliau dan ramai juga yang meninggalkan majlis. Sehinggakan ruang soal jawab tidak dapat sambutan dari hadirin.
Apa yang diucapkan oleh Dato T juga melambangkan sikap Kementerian Pelajaran dibawah kendalian Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Datuk Dr Fuad Zarkashi yang sibuk memburu guru-guru yang terlibat dengan pembangkang sebaliknya mengabaikan kebajikan guru-guru di sekolah. Sebagai contoh, dendam dari Kementerian ini ialah kaitan dengan Cikgu Maaruf Mutalib daripada Sekolah Menengah Tenang ke Sekolah Menengah Kebangsaan Pengelih Pengerang Kota Tinggi, adalah satu contoh “politik babarian” yang diulang semula di Kementerian Pelajaran.
Kenapa mereka bertindak kepada kalangan guru-guru yang tidak sehaluan dengan parti mereka? kalau di daerah Kg. Gajah ini juga terdapat kalangan guru-guru yang aktif berniaga, kadang kala meninggalkan tugasan kerana urusan perniagaan, ada juga kalangan kakitangan pejabat yang cukup aktif dengan pejabat UMNO tapi mereka tidak mampu dengan pejabat di sekolah. Tidakan tidak diambil semata-mata mereka UMNO. Terdapat juga kalangan pegawai di JPN & PPD ( Jabatan Pelajaran Negeri & Pejabat Pelajaran Daerah ) yang kini bergiat aktif meranca aktiviti YB-YB, seolah-olah meraka adalah setiausaha kepada YB-YB tersebut.
Sepatutnya Tan Sri Muhyiddin dan Dr Fuad kena turun ke padang melihat sendiri tingkah lagu pegawai dan guru-guru ini, janganlah kerana mereka penganut UMNO semua tindak buat mereka di diamkan sahaja. Jika inilah watak menteri yang menguruskan kilang yang melahirkan modal insan maka negara akan hancur kerana meritnya bukan kebolehan tetapi ketaksuban kepada Umno. Kenapa pegawai dan guru-guru sabagini tidak diambil tindakan?
Kita boleh bayangkan apakah yang akan terjadi kepada pembangunan pendidikan di negera ini jika pihak yang bertanggongjawab menjalankan tugas dengan tidak beraman dan bertangongjawab, pilih kasih, lihat saja isu pendidikan masa kini, isu lambakan guru Sains dan Metematik seramai 26,000, membawa masuk guru luar yang tidak releven dengan keperluan, isu bangunan yang belum siap, isu makmal komputer yang roboh.

3 comments:

  1. TMPT tentu tak setuju dengan senario ini.Terutama
    isu cikgu Maaruf Mutalib.Kesannya lebih ramai
    lagi gurux yang akan membenci BN!

    ReplyDelete
  2. Salam, tolong link kan akak, shukran.

    ReplyDelete
  3. Hari ini bukan semua guru boleh diperbodoh dan digertak supaya takut untuk menegakkan kebenaran dan keadilan....bukan semua guru gila duit dan pangkat hingga buta mata dan hati macam penyokong umno....

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA