Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, April 26, 2011

2 JAM BERSAMA DSAI

Sehari suntuk DSAI bersama dengan rakyat Perak, dan siri jelajah Ke Cabang Kampar, Lumut dan berakhir di Markah Pas Parit untuk Cabang Parit. Adalah satu kesilapan oleh pihak Jawatankuasa Parlimen kerana penggantongan beliau untuk hadir sama ke persidangan di parlimen. Penggantongan tersebut telah di gunakan sepenuhnya oleh beliua untuk menerangkan isu-isu semasa terkini untuk rakyat jelata.

Pemilih dan peminat serta rakan PR hadir di kawasan Markas Pas Parit apabila pihak polis mengarahkan dengan kebenaran cuma majlis ceramah boleh diadakah di kawasan terkawal dan tempat asalnya adalah di rumah pemimpin PKR di Taman Universiti. Pihak keselamatan menghidu jika di kawasan ini sudah pasat para pelajar dari Universiti Teknologi Petrona, UITM, juga pelajar IKBM mudah untuk hadir. Akan menimbulkan kesedaran kepada para pelajaran. Dengan itu diarahkan cari tempat yang lain yang jauh dari kelompok pelajar tersebut.

Ketibaan DSAI di sambut oleh Ust. Baddrul Amin dengan
di kawal oleh AMK - Gerak Gempur.


Sebahagian dari anggota AMK GERGUR yang memastikan pergerakan DSAI
sentiasa terkawal dan memudahkan beliau bergerak.

Sebahagian dari kawasan sempit yang dipenuhi
oleh penyokong, peminat setia untuk PR

Di kawasan yang terhad, petugas AMK dapat mengawal, menyusun kehadiran dengan bagitu rapi dan mereka dapat duduk, mendengar ceramah dengan keadaan yang " selesa " Disamping itu di sepanjang jalan Bota - Lumut di penuhi juga hadirin dan di kawal selia oleh pihak PDRM

DSAI dalam keadaan yang serba sederhana dan tiada pengiring, dalam keadaan tidak 100% sihat beliau masih sanggup hadir dan menunaikan jemputan, dan juga dapat memberikan input-input yang berguna untuk penilaian rakyat.

DSAI diapit oleh Kpt ( B ) Usailai Ketua Cabang PKR Parit,
Dr. Manutty - Pengerusi PKR Perak,

Ust. Zul Ketua Penerangan PKR Perak dan Siti Aisyah - Puteri Serikanda PKR Nasional.


Gaya soerang pemimpin, dan Kpt. ( B ) Usailai adalah mantan YB DUN Bota pada 1999 dulu. Berd0a agar PRU13 ini rakyat boleh memberikan mandat semula kepada calon-calon PR untuk mengambil alih semula pemerintahan di Perak.

Ust. Zul - selaku ketua penerangan PKR Perak, berucap dengan fakta dan tayangan LCD dapat menarik perhatian pengunjung dan fakta yang diberikan sungguh memilukan hadirin, mereka dapat tahu lebih " detail " setiap penyelewangan yang dilakukan oleh kempimpinan UMNO masa kini.

Ust. Badrul Amin, walau pun diberikan masa cukup pendek, tapi dengan kepetahan beliau berucap dengan merujuk kepada Alquran dapat meyakinkan pendengan - khususnya kaitan dengan isu zina dan tayangan video.

Dr. Lee Bon Chai, menerangkan kaitan dengan keadaan
apa yang berlaku di PRN Sarawak

Ketua Puteri Serikandi - Siti Aisyah, ini adalah julung kali beliau menjejakkan kaki di kawasan ini, kepetahan, padat dengan isi, keselambaan cara penyampaian dapat memukau hadirin. cakap-cakap yang di dengar beliau lebih hebat dari Ketua Wanita UMNO apa tah lagi dengan Ketua Wanita Bahagian Parit seperti jarak antara langit dengan bumi, beliau adalah pemimpin yang sedang di rancanakan.

DSAI seperti biasa, ucapan beliau sentiasa di tunggu-tunggu, walau pun masa cuma ada 45 minit sahaja itu pun masa Dr. Manutty di tiadakan. Beliau mengimbau kembali kehadiran semasa menjawatan Tim Perdana Menteri hadir ke Kampong Sengat melihat sendiri pembinaan rumah PPRT, berucap di Dewan SMK Abdul Rahman yaakub, dan dewan tersergam indah itu adalah usaha beliau sendiri.

Sudah tentu isu mencedera, memalu, mengaibkan diri dan keluarga juga menjadi inti pati ucapan, hadiran mendengar dengan penoh simpati, dan sekali-sekali terdengar suara sampokan dengan " UMNO Zalim ", " kalahkan mereka " DSAI berucap dengan mengambil masa kecemasan selama 10 minit, dan majlis berakhir jam 12.10 pg.

Penulis mengambil kesempatan bergambar dengan DSAI
sebelum beliau menikmatai jamuan yang disediakan. Penulis juga teringat semasa menutut di Yayasan Anda di Jalan Hamzah pada 1974 bersama DSAI. He is very humble person.

Pengunjung menikmati makanan seperti bihon,
mee sop dan lain sebeluam dan selepas majlis diadakan.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA