Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, April 30, 2011

PADERI KUTUK TAYANGAN VIDEO LUCAH

PETALING JAYA: Pemimpin Gereja Katolik telah mengutuk satu tayangan klip video seks yang dikatakan melibatkan Anwar Ibrahim di TV3.
Paderi Paul Tan, yang juga Presiden Persidangan Paderi Katolik Malaysia, mengecam langkah penayangan itu sebagai satu “penghinaan tidak dapat dimaafkan.”

Semalam, stesen TV kerajaan telah menayangkan satu klip video pendek yang juga disebut sebagai video bahagian kedua yang menunjukkan pertemuan di antara ketua pembangkang dengan seorang pelacur.

“Daripada mula lagi, satu sikap permisif (tidak berakhlak) telah ditunjukkan pihak berkuasa dalam cerita lucah ini,” kata Tan, yang juga Ketua Paderi Melaka-Johor.

“Sekarang kerana sifat tidak berakhlak ini telah menyebabkan berlakunya penghinaan : menayangkan bahan yang keji dan dahsyat di dalam TV awam kepada penonton yang terdiri daripada wanita dan kanak-kanak.

“Ini ialah satu penghinaan tidak dapat dimaafkan kerana kelemahan pihak berkuasa yang tidak bertindak tegas dalam menghalang benda-benda seperti ini menjadi satu kesalahan serius.

“Tidak ada seorang pun di dalam hatinya yang tidak terdetik merasa kesal terhadap penayangan video tidak berakhlak ini kepada tontonan kanak-kanak” dia menambah.

Tan mendesak pihak berkuasa bertindak dengan pantas dan membawa orang yang melakukan kesalahan menayangkan video seks itu dibawa ke muka pengadilan sebelum “melahirkan lebih banyak kejahatan.” “Sikap tidak berakhlak ini, menyebabkan terjadinya penyumbang kepada perbuatan-perbuatan tidak bermoral yang dapat kita lihat hari ini.


“Penguatkuasa undang-undang dan moral tidak boleh memandang ringan terhadap kejahatan biadab ini. Mereka mesti bertindak atau masyarakat akan menanggung risiko yang serius,” dia mengingatkan.

Tayangan video seks bahagian kedua telah dikeluarkan walaupun video bahagian pertama masih dibincangkan, yang telah dikeluarkankan bulan lepas.

Anwar, yang sedang menghadapi satu pertuduhan liwat, telah menolak video itu sebagai satu lagi cubaan oleh pesaing-pesaing politiknya menghina dirinya.

Isterinya yang juga Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail juga telah menafikan suaminya adalah lelaki di dalam video itu.


No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA