Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, March 13, 2011

PERPADUAN - APAKAH ASAS PENGUKUHAN YANG DIPERLUKAN?


Buku Jingga - UBAH SEKARANG SELAMATKAN MALAYSIA - Dasar bersama Pakatan Rakyat ( Gagasan PKR, PAS dan DAP ) jelas telah menyaringkan keperluan perpaduan dan keadilan sosial dalam masyarakat di Malaysia. Antara 6 intipadi dalam urusan ini cuba kita lihatkan kepada: 1- Menggubal Akta Perhubungan kaum bagi menjamin kerukunan dan kerhamonian rakyat serta tiadanya lagi diskriminasi antara kaum. 2- Memupuk budaya Malaysia berasaskan nilai moral dan citra unggul yang boleh diterima semua kaum. Ini memerlukan sikap terbuka terhadap keperlbagain budaya yang dianuti pelbagai kaum dan puak di Malaysia. Pakatan Rakyat akan melakukan semua ini dengan mengambil kira sejarah dan evolusi negara ini.

Tapi bagi UMNO perpaduan adalah satu proses untuk mengembalikan keperdayaan rakyat terhadap parti mereka bukan ke arah " perpaduan " sebenarnya. Apakah yang berlaku kepada kepimpinan PAS zaman Tun Razak dulu masih lagi menjadi igauan kepimpinan PAS, kerana seperti TGNA, TGHHD masih hidup bagaimana PAS di teranjang keluar oleh UMNO selepas mereka dapat mengembalikan suara rakyat, perpaduan diperlukan semasa kejadian 13Mei 1969.i

Sejarah bagaimana UMNO memecah belahkan PAS masih dalam ingatan, bagaimana ujudnya HAMIM, BERJASA di Kelantan satu ketika dulu. Jadi atas kesimpulan itu bolehkah dipercayai lagi keikhlas UMNO itu?

Kalau diperhatikan " penjajaan perpaduan " ini di kuatkan oleh UMNO sebaliknya, bagi pihak PAS tak ada apa-apa reaksi nampaknya. PAS telah memutuskan dan perlu di patuhi dengan keputusan muktamar-muktamar yang telah lepas iaitu TIADA penggabungan atau perpaduan denganUMNO akan diwujudkan. Ini telah dipersetujui dari peringkat pemimpin atasan hinggalah kepada ahli bawahan PAS.

Bagaimana pun semua pihak masih memainkan peranan ke arah Perpaduan ini, ianya jelas dengan tulisan satu artikel oleh Saudara Mior Kamarul Shahid dalam BH atas tajuk “Roh Perpaduan Melayu” Rupa-rupanya ada roh benda yang bernama perpaduan ni ye!

Tapi kekuatan kepada perpaduan adalah perlu teguh kepada Kefahaman Keislaman, kerana bagi PAS perpaduan antara PAS dan UMNO hanya akan zahir jika UMNO dapat menukar arah perjuangannya. Ini dijelaskan olehTok Guru Nik Aziz dan dah banyak kali bercakap dan " menegaskan bahawa UMNO ni kalau nak bergabung dengan PAS maka WAJIB UMNO tukar dasar partinya daripada sekular kepada Islam ". Kalau dasar parti UMNO itu Islam maka baru boleh bergabung dengan PAS. Kalau selagi dasar UMNO sekular dan perjuangan hanya untuk bangsa Melayu maka TAK BOLEH BERGABUNG.

Kenapa agaknya penggabungan antara UMNO dan PAS amat sukar di laksanakan? sedangkan orang UMNO tu Melayu dan PAS juga Melayu, Habis kalau dah sebangsa tak kan tak boleh bergabung? Rata-rata orang UMNO adalah orang Melayu dan orang PAS juga Melayu, walaupun ramai juga orang Cina Islam dan India Islam menjadi ahli PAS. Tapi ahli-ahli UMNO di Sabah sudah ada yang bukan Melayu dan sudah tentu tidak Islam.

Tapi di Malaysia ni apabila disebut sahaja orang Melayu maka ia adalah Islam! Betul ke? Betul ke orang Melayu ini Islam? Apakah kekuatan KeIslaman ini terletak kepada MELAYU sahaja sedang yang dituntut oleh Islam di abaikan, ada kalangan orang Melayu yang dikatakan Islam tidak solat 5 waktu sehari semalam, minum arak, berjudi, berzina, jadi bapa ayam dan macam-macam lagi perkara maksiat yang dilakukan sebagai rutin harian mereka. Apakah mereka ini PENGANUT ISLAM?

Penganut dan mereka yang menjiwai sudah tentu tahu kaitan dengan dosa dan pahala, sudah tahu bahawa amalan rasuah, kronisma serta menzalimi dan menindas bangsa sendiri dan bangsa-bangsa yang lain ADALAH DI LARANG ( HARAM ) Penganut Islam berciri-cirikan mereka yang menurut perintah, pengamal kepada hukum yang di wajibkan seperti menunaikan solat 5 waktu sehari semalam,menjauhkan diri dari perbuatan maksiat serta tidak mengamalkan cara hidup maksiat, rasuah dan sebagainya. Orang Islam juga perwatakannya lemah lembut, merendah diri dan jika menjadi pemimpin adil kepada semua kaum.

Kalau boleh kita ambil contoh apa yang dilaksanakan sepanjang pemerintahan TGNA selama hampir 20 tahun di Kelantan, beliau melaksanakan sistem pemerintahan yang dituntut oleh Islam dengan bertemakan " Membangun Bersama Islam ". Kita lihat tiada setitik rasuah pun yang berlaku malah kerajaan PAS Kelantan berlaku adil lagi kepada semua kaum, bangsa dan agama. Berapa kali SPRM cuba nak menyiasat kononnya ada berlaku rasuah dalam Kerajaan PAS di Kelantan tetapi tidak berjaya. Ini barulah “Islam Adil Untuk Semua”. Dari sudut ketirisan ianya di sahkan oleh Lembaga Odit Negera sendiri, Kelantan bersih dari rasuah dan ketirisan tersebut.

Kalau kita perhatikan, " Keislaman " kita ( orang melayu ) adalah Islam baka atau keterunan, dan apabila lahir saja dari kandungan ibu yang Melayu terus kelahiran tersebut di sah sebagai penganut Islam, dan ia tidak seperti bangsa lain India, Cina yang perlu " melafazkan " akad dari sama ada kadi mau pun tom Imam yang mengislamkan mereka, dan mereka perlu berakad dengan mengucap 2 kalimah syahadah, contoh seperti kalau kita melaksanakan tuntutan Islam yang lain, jika jual beli ada akad, nikah kahwin ada akad, bayar zakat ada akad, maka di mana akad orang Melayu masuk Islam?. Apakah sekadar laungan azan atau qamat di telingan bayi yang baru lahir itu sahaja? hatta anak yang dilahirkan melalui proses termengandung pun kalau dilahirkan ianya Islam.

Dari sudut pemahaman Islam, benarkan semua orang Melayu faham dan menjadi penganut kepada Islam, atau apakah " baka " menjadi perantaran kepada kemestian setiap Melayu itu Islam? kalau di ikutkan baka, kalau baka baik insyaalah lahirlah zuriat yang baik tapi bagaiman kalau baka dari yang tak baik, contohnya kelahiran mereka dari proses " termengandung ?" apakah baka ini baik?

Cuba lihat berapa ramai orang Melayu, muka Melayu bercakap Bahasa Melayu tapi ugama Kristian atau Hindu dan ada sebahagiannya pula tak berugama atau tak percaya pada wujudnya tuhan (Atheis). Di Pulau Bali orang Melayu rata-ratanya beragama Hindu. Jual mee ayam, sate atau bakso pakai songkok dan berkain pelikat lagi tapi ugamanya Hindu. Maka di mana nak diletakkan kedudukan ayat yang mengatakan orang Melayu itu mesti beragama Islam dan orang Islam itu Melayu.

Mungkinkah alasan tersebut yang menyebabkan PAS memaksa UMNO untuk mengubah cara hidup untuk bergabung atas dasar " Perpaduan " Mungkinkah sebab-sebab tersebut juga yang menghalang perpaduan yang diimpikan oleh UMNO. PAS dari peringkat tertinggi hingga ke akar umbi sebulat suara mengatakan tidak boleh selagi UMNO tak ubah dasarnya kepada Islam. Memang benar bukan semua Melayu itu Islam dan Penganut Islam tak semestinya Melayu.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA