Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Monday, March 14, 2011

KES LIWAT 11 - RAKYAT TERUS KELIRU

Paparan gambar-gambar di bawah adalah menunjukkan bagaimana daya fikir rakyat yang sudah hilang arah tuju, mereka di pergunakan semaksima mungkin, mereka diperdaya dengan isu yang mereka sendiri tidak mengetahuinya, kadang kala mereka dijemput untuk meramikan perhimpunan yang dirancangkan.



wanita UMNO bergaya dengan " manila kad " marahkan DSAI

Kenapa agaknya Wanita UMNO ini beria-ia benar " memaksa " DSAI untuk menyerahkan darahnya untuk di uji. Terjadinya tuntutan ini kerana ketiga-tiga bahan bukti yang membabitkan DSAI dalam kes liwat 2 telah gagal mempengaruhi pihak hakim, tuala good morning, botol air minuman, berus gigi telah di ambil secara yang tidak sah dan ianya tidak " releven " sebagai bahan bukit dalam pendakwaan. Jadi sudah tidak ada apa-apa lagi bahan yang perlu dijadikan bukti.




Wanita UMNO di zaman Mellinium

Tapi yang pelik bin ajaib, tiba-tiba wanita UMNO mengadakan perhimpunan untuk " mengarahkan " DSAI untuk menyerahkan darah, siapa wanita UMNO dalam sistem penghakiman negera, kenapa pihak luar pula yang perlu memaksa dan melobi pihak hakim untuk memastikan darah DSAI perlu diserahkan? Dalam daya fikir mereka bahawa apa yang dirancang perlu menjadi dan mereka tidak fikir bahawa perangan Allah swt adalan perancangan yang sebenar-benarnya.

Mengikut UM hari ini 14 Mac 2011, lagi ramai kalangan orang UMNO yang memaksa DSAI untuk penyerahan darah tersebut.

Mengapa mereka tidak boleh meneriam penghakiman tersebut?




Ada juga kalangan Wanita UMNO -
sebenarnya kami teperangkan dalam isu ini

Adalah lebih baik kalau benar-benar UMNO inginkan kemajuan dan kejayaan dalam kepimpinan apa salahnya memohon kepada Najib dan Rosmah untuk berterus terang dalam kes ini, kerana nama Rosmah telah pun disebut oleh salah orang saksi pendakwaan, dengan mungkin apa yang di rancang ke mahkamah ada kaitan dengan pertemuan tersebut. Alir perbicaraan jelas memperlihatkan ada yang tak kena dan mungkin ianya sama dengan alir perbicaraan kes Liwat 1 tempoh hari. Shaiful memberikan hujah yang berbeza-beza antara satu sama lain, juga turut berkelakuan sama ialah kepada beberapa orang saksi pendakwaan.

Disini jelas menjunkkan kes ini adalah satu perancangan yang " kurang " rapi oleh pihak tertentu dalam memastikan DSAI menghuni semula Sungaki Buluh.



Raut wajah mereka -
melambangkan mereka telah dipergunkan

Kenapa mereka tak tuntut pertuduhan Wikeleaks dalam isu Rais Yatim, dalam isu Najib Razak, pertuduhan yang dibuat boleh memalukan negara, tapi tidak pula di ambil tindakan oleh pihak UMNO. Disinilah melambangkan bahawa UMNO sebenarnya berkerja bukan untuk kebaikan pengurusan negara tapi lebih mementingkan kepimpinan yang ada.



Mereka mengangkat tangan bila di arahkan?

Mereka UMNO menggunakan pepatah " kuman seberang laut nampak sebaliknya gajah di depan mata tak kelihatan. Bertaubatlah dan beristigfar kepada allah dan mohon kepadanya agar dosa dan amalan yang tidak sihat sebagini dapat di ampunkan oleh Nya.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA