Hari 7 Mac 2011 ( Isnin ) ini bersama-sama dengan rakan-rakan Guru Bersar seramai 35 orang dari Daerah Batang Padang dengan diiringi Pengarah Pelajaran dan Pegawai Pelajaran Daerah rombongan di bawa melihat sendiri dari dekat keadaan sebuat sekolah yang penoh denan kesusahan dan keperitan untuk mengurus dan mentadbirnya. Sekolah yang dimaksudkan ialah Sekolah Thamsuksa Mulniti, yang beralamat di 58/1 SOI 41, Pechakasem Road. Tambun Hatyai, Amper Hatyai. Songkhla, Thailand.
Murid sekolah ini berjumlah 350 orang dengan 150 lelaki dan 200 orang perempuan. Selain dari subjek biasa di Thailand, sekolah ini juga memberikan perhatian khusus kepada pengajaran Bahasa Melayu, Pendidikan Agama Islam.
Dari beberapa sudut, kita dapat lihat keadaan sekolah ini yang juga tidak mendapat peruntukan dari kerajaan amat perlu dan memberikan perhatian kepada bagaimana untuk mendapatkan dana pembangunan dan bayaran gaji kepada tenaga sekolah tersebut. lihat kelas pembelajaran, ianya " open air " ( gambar 8 ), mereka juga " menjual " idea bagaimana cara untuk mendapatkan laluan kepada para pelajar mereka untuk di tempatkan di sekolah-sekolah di Malaysia.
Pengurusan sekolah ini boleh di katakan sama dengan sekolah persendirian yang beraliran agama di Malaysia. Bantuan amat kecil sekali. Sumbangan dari masyarakat amat diperlukan, dan pihak rombongan dapat menghulurkan sejumlah 2k untuk kegunaan pihak sekolah. Sumbangan di serahkan oleh PPD kepada Hj. Mat Yaakub bin Yusof dengan diperhatikan oleh Pengarah Pelajaran ( gambar 4 )
Walaupun dalam keadaan serba kekurangan, pihak sekolah juga dapat menyediakan kelas untuk pra persekolahan, dan perlaksanaan seperti kelas pra dan tadika di Malaysia, murid-murid cukup ceria dengan rakan-rakan mereka ( gambar 9 )

esok di SK Anuban Songkhla School
No comments:
Post a Comment