Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, March 12, 2011

GURU PERLU MEMENANGKAN UMNO DI PERAK

Di Kelantan, masih ramai kalangan pendidik yang di perhatikan oleh Jabatan Pelajarannya, dan memastikan semua gulongan pendidik ini menyertai UMNO kalau pun tidak mengisi borang keahlian.

Laporan Harakahdaily, mengaitkan situasi keadaan guru-guru di Daerah Bachok yang diwajibkan menyertai dan perlu mengisi borang keahlian UMNO. Harakahdaily juga difahman, mereka yang menyokong PAS juga diugut akan ditukarkan ke Hulu Kelantan jika terus berpendirian demikian.

Harakahdaily mendapat maklumat dari kalangan kaum pendidik yang mana mereka kini menerima pelbagai tekanan yang di kenakan selagi mereka menyokong PAS. Ceramah anjuran UMNO perlu di hadiri dan tidak perlu menghadirkan diri ke program kelolaan PAS, kelibat mereka sentiasa diperhatikan oleh orang tertentu." Apakah kami perlu di kongkong dan ditarik hidung? Apakah mereka ingat guru-guru boleh diperbodoh dan diperkudakan. Kami akan betindak dalam senyap, lapor guru tersebut kepada Harakahdaily.

Bukan sahaja di Kelantan, malahan Perak Darul Rompak juga berlaku demikian, tambahan pula di fahamkan pihak JPN Perak telah ditaklimatkan oleh MB dan secara terbuka kedua-dua pihak berbincang dan MB memohon kepada Pengarah Pelajaran untuk memastikan gulungan pendidik dapat membantu kemenengan kemenangan BN pada PRU 13 nanti. mengikut apa yang disampaikan oleh rakan-rakan " guru " kedudukan BN di Perak agak kritikal. Kepimpinan tertinggi UMNO Perak memaklumkan 18 kerusi hak DAP akan terus di kuasai oleh PR kemudian rakan kongsi PR dari PAS dan PKR sudah pasti dapat menawan paling kurang 6 kerusi dan ada 6 - 8 kerusi yang betul-betul kritikal, dan kedudukannya 50-50. Kalau betul laporan ini kedudukan Zambry amat sukar dan BN akan kalah di PRU13 nanti.

pengarahbaru

ENCIK MOHD RAUHI BIN MOHD ISA, P.M.P.,K.M.N., A.M.P., P.P.T.

Sehubungan dengan itu satu gerak gempor oleh Jabatan Pelajaran di ketuai oleh Pengarahnya ( gambar ) perlu di gerakan dengan melihat, meneliti dan akhirnya memastikan gulongan guru-guru di Perak yang condong ke PR perlu di bersihkan dengan apa cara sekali pun.


Bagi PPD Perak Tengah nama seperti Hj. Ahmad Damanhuri ( gambar atas ) dan Norashid Bidin ( gambar bawah ) adalah dua agen UMNO tegar dalam memastikan " hanyat " UMNO masih ada dan releven. sebab itu pengurusan pembangunan pendidikan di Perak Tengah sentiasa terabai kerana mereka bukan pegawai pelajaran tetapi " balacai " kepada UMNO.



Penolong PPD (Kemanusiaan)
En. Norashid bin Bidin

Setiap PPD perlu memainkan peranan dan memastikan gulongan mereka ini dikenal pasti dan di " hapuskan ". Kita ambil contioh di PPD Perak Tengah. peranan kedua-dua pegawai ( gambar ) di atas amat ketara sekali dalam urusan pembersihan ini. Kadang kala mereka bertindak lebih sudu dari kuah. Dengar sahaja ada kalangan guru yang " pro PR " yang bermasalah, mereka terus bertindak, walaupun kadang kala permassalahan itu boleh diselesaikan secara baik dan tidak perlu di panjangkan tapi bagi mereka itu lah peluang terbaik untuk menghukum guru-guru tersebut, terutama dari kalangan Guru Besar atau pun Pengetua.

Apakah agaknya kedudukan DUN & Parlimen di Perak Tengah antara yang kritikal dan kemenangan hanya 50-50? Di Parlimen Parit - DUN Belanja dan DUN Bota, di Parlimen Pasir Salak cuma DUN Kg. Gajah sahaja. Parlimen Parit YB Nasa, DUN Belanja YB Zaim, DUN Bota YB Nasaruddin, Parlimen Pasir Salak, YB Tajuddin dan DUN Kg. Gajah YB Norashikin.


Image

ADUN BELANJA
YB DATO’ HAJI MOHD ZAIM BIN ABU HASAN

Masyarakat pendidiki dan warga pendidik di Pejabat Pelajaran Daerah amat faham dan mengerti kaitan dengan campur tangan beliau dalam setiap kali pertukaran Pegawai Pelajaran Daerah, kini selepas persaraan Hj. Mokthar bulan Oktber 2010 hingga kini jawatan tersebut masih belum di isi, difahamkan beliau tidak setuju dengan perlantikan dari JPN. Teruk sekali penglibatan beliua.


Image

ADUN BOTA
YB DATO’ NASARUDIN BIN HASHIM

Beliau telah dijadikan " mangsa " politik oleh Zaim, ini kerana pendirian beliau yang tidak konsistan di mana YB ini pernah melompat sekecap dan menyertai PR akhirnya kembali ke pangkuan UMNO dengan jawatan yang lebih tinggi dari Zaim sendiri.


Image

ADUN KAMPUNG GAJAH
YB DR WAN NORASHIKIN BINTI WAN NOORDIN

Adun ini nampak bersih tapi kekuatan hanya terletak kepada mak mertuanya yang juga mantan ADUN Kg. Gajah. Hjh. Ainoon Khairiayahk, tapi kerosakan mereka mungkin disebabkan oleh wakil perhubungan mereka. Kerana kekadang tindakan wakil perhubungan mereka " melebihi " tindakan Adun itu sendiri. Tambahan pula beliau adalah orang luar, orang Grik. Ada juga kedengaran beliau mungkin di pindahkan ke kawasan Grik pada PRU nanti.

Dato' Tajuddin Abd Rahman

Dato Tajuddin - Ahli Parlimen Pasir Salak

YB Dato Tajuddin, semua orang kenal dengan stail pemerintahan beliau, siapa tak tau bagaimana beliau menggunakan kedudukan sebagai pengerusi Felcra, tambahan di Pasir Salak juga terletak satu gagasan Felcra yang besar. Tapi malang kini semakin hari semakin ramai kalangan rak yat sudah mula merasa " getik " cara dan tingkah laku berliau itu sendiri.
YB Nizar - Ahli Parlimen Parit.

beliau agak bersih tapi mainan Ketua Bahagian membuatkan beliau tertanya-tanya apakah masih ada masa depan untuk beliau.

Kenapa bagitu tegas sekali Pegawai Perhubungan di Peringkat JPN Perak, untuk menyiasat salah laku pegawai di sekolah, hanya sekadar pelaporan dengan talipon sudah cukup untuk mereka menyiasat, kenapa tidak digunakan cara muafakat kekeluargaan? Apakah JPN juga sudah dilantikan sebagai " sahabat " BN untuk memastikan PRU13 masih lagi BN dapat menguasai negeri ini?

Mereka yang menjadi tali barut UMNO perlu sedar, berapa lama lagi negera ini perlu di perlekehkan oleh kepimpinan UMNO, berapa lama segala kekayaan negera perlu dihakis oleh UMNO? berapa lama lagi diri anda di " perkudakan " oleh UMNO. Sebagai soerang yang bergelar " pendidikan " apakah daya fikri anda cukup jumud dan tidak ada lansung keterbukaan?



No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA