Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Monday, February 7, 2011

PKR - PARTI KIAN ROBOH

Kelulusan Pindaan Perlembagaan PKR 2009 dan dilaksanakan pada 2010 dengan memberikan kuasa kepada semua ahli untuk menentukan pucuk pimpinan telah meninggalkan kesan yang sungguh mendukacitakan. Walau pun pada awalnya sistem " 1 anggota 1 undi " menampakkan ketelusan dalam pengurusan dan pentadbiran parti khusus dalam pemilihan kepimpinan tapi " politik " tetap politik, mainan, tipu muslihat, salah guna kuasa, memang menjadi amalan.

Hj. Osman - dulu menyerahkan kepimpinan cabang Pasir Salak kepada Sdr. Mus.
tapi masa kini rebut semula - siapa galakan? Apakahkah beliau menjadi " barua " orang tertentu di Damansara?


Senerio dari Cabang Pasir Salak sendiri memperlihatkan bagaiman pucuk pimpinan terus tidak memperindahkah keperluan dan desakan ahli untuk penambaikan dalam pengurusan tersebut. Dari awal sudah kelihatan ada dalang di Damansara yang ingin melihat akan kedudukan Mustaffa Kamil Ayub di " tendang " dari persada kepimpinan PKR.

Sejarah membuktikan Hj. Osman mantan ketua cabang, sudah letih dan kesihatan kurang mengizinkan untuk beliau memikul dan di bebani dengan tanggongjawab untuk menerajui Pasir Salak, kebetulan Sdr. Mustaffa Kamil selaku timbalan di amanahkan untuk menerajui Cabang Pasir Salak. Juga selaku Naib Presiden beliau diberikan kepercayaan dan amanah oleh pucuk pimpinan untuk memimpin PKR Perak.

Sdr. Mus. teruskan perjuangan mu,
isnyaallah akan tiba masa untuk sdr. menuai kejayaan.


Sebenarnya pemilihan pucuk pimpinan PKR 2010 memberikan impak yang cukup " memualkan ", semua pihak letih dengan apa yang ditunjukkan. Semua bantahan kaitan dengan proses pemilihan dari setiap cabang tidak diendahkan, ianya termasuk dari Cabang Pasir Salak. Borang pencalunan Hj. Osman tidak lengkap dan Jawatankuasa JPP, mengesahkan ianya perlu di tolak, tapi pihak Damansara menerima dan mengesahkan Hj. Osman " dibenarkan " untuk bertanding. cadangan dan bantahan dari cabang adalah untuk menjaga nama baik parti malang ianya tidak mendapat layanan.

Kenapa PKR " meneruskan " pergolakan dalam parti, tidakkah mereka merasakan apa yang terjadi kini sudah mempelihatkan seakan-akan PKR " parti kian runtuh & roboh " sebagaimana yang di nyatakan oleh TPM itu seolah-olah benar. Kini sudah 11 orang wakila rakyat dari PKR yang meninggalkan PKR - sama dari DUN mau pun MP, dan yang Terakhir YB Gobla. Selain dari AP dan DUN kepimpinan di peringkat Cabang mau pun negeri juga ramai yang meninggalkan parti dan yang terakhir pucuk pimpinan di Sabah.

PKR perlu rasa runsing atas apa yang berlaku dan tidaklah meletakkan setiap perlakuan tersebut hanya menyalahkan kepada individu tertentu sahaja juga ada kaitan dengan apa yang berlaku dalam kepimpinan? Jika " peninggalan " mereka ada kaitan dengan kepimpinan perlu muhasabah diri. Juga jangan runsingkan rakan " kongsi " yang lain.

Lihat saja apa yang dilakukan oleh SU A YB Saifuddin Nasation, surat diutus tanpa mendapat " laluan " dari presiden mau pun Ketua Umum. Surat juga di tandatangani " dengan tanpa di baca ". Apakah mereka bertindak tidak mengikut undang-undang tubuh parti atau sengaja ingin merosakkan image parti atau ingin " menyingkirkan " sdr. Mustaffa dari kepimpinan PKR?

PKR perlu melihat bagaimana rakan gagasan sedang menempa nama baik untuk meneruskan cita-cita di PRU13 nanti. Bagaimana PAS dan DAP dapat meneruskan " keintiman " mereka. Kalau kita ambil contoh bagaimana PAS yang kini " ditekan " dan dibelasah oleh UMNO di Tenang ( waktu itu ) dan mungkin kini juga akan berlaku di Merlimau. Bagi DAP pula sudah agak berjaya dengan menarik lebih ramai pengundi kaum Cina untuk PR, tapi PKR meneruskan kecelaruan dalam kepimpinan. Krisis demi krisis ini sudah tentu meninggalkan kesan yang buruk kepada perjuangan PR untuk ke Putra Jaya. Bukan sahaja, rakan gabungan merasakan kerisauan malahan ahli-ahli di agar umbi juga bertindak sedemikian rupa.

Kini Ketua Umum juga sedang bermain dengan masalah, kenapa tindakan dari YB Saifuddin boleh di nafikan dan perlu di perbincangkan semula, apakah kuasa SUA lebih besar dari keperluan yang ada pada organisasi, apakah YB SUA mengirimkan surat tunjuk sebab itu tidak mendapat restu dari kepimpinan kerana yang dipecat ialah bekas Naib Presiden dan kini Pengerusi Biro Latihan dan AJK biro politik. Atau apakah memang benar kini Sdr. Mustaffa sudah tidak lagi diperlukan oleh PKR itu sendiri?

Atau apakah kini kedudukan dan kemampuan YB SUA sudah mula tercalar khususnya semasa menguruskan pemilihan 2010, beliau di kritik hebat dan adakah kini masanya beliau mengambil " tindakan " untuk membalas dendam kepada setiap pengkiritnya? Khususnnya kepada Sdr. Mustaffa Kamil. Beliau kini mula di curigai oleh kawan dan lawan, atau apakah beliau perlu " menjaga " kedudukan Anwar dan Azmin sahaja?

Surat tunjuk sebab yang di " tanda tangani " oleh beliau adalah senaskah surat yang bertimbun untuk di tangani dan adakah beliau terlepas pandang kepada surat untuk Sdr. Mustafa Kamil tersebut, bukankah Mustaffa Kamil bekas SUA PKR, bekas Naib Presiden, bekas Pengerusi MPN Perak dan bekas calon timbalan presiden, sepatutnya surat dan tindakan untuk beliau perlu diambil cara berhemah dan surat juga perlu diasingkan dari surat-surat yang, jadi alasan
" terlepas " padang oleh SUA juga menampakkan bagaimana SUA kini sudah tidak lagi menampakkan ketelitian dalam tugasnya.

coretan di Pekan Baru, Sumatra.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA