Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, February 6, 2011

PEKAN BARU - BUKIT TINGGI

Lawatan ke Pekan Baru / Bukit Tinggi di Sumatra pada 5 - 9 Februari 2011 dengan penglibatan 22 orang Guru Besar, pegawai di JPN dan PPD. Lawatan " mengurangkan tekanan kerja " bertujuan melihat dari dekat sebuah wilayah Riau, di Indonesia di Pulau Besar Sumatra yang telah diberikan kuasa otonomi untuk pengurusannya. Pekan Baru adalah kota raya Riau. YM Rosli bin Zainal adalah Gobernor putra Riau jadi yang melaksanaka pemerintahan masa kini.

Sebahagian dari peserta rombongan sempat bergambar beramai-ramai di LCCT sementara menunggu penerbangan dengan AK507 Air Asia.

Lapangan Terbang Sultan Sharif Kassim sebagai pintu masuk ke Riau ( Pekan Baru ) mengikut jalan udara dan Air Asia menetapkan 3 kali seminggu penerbangan dari LCCT KL ke lapangan terbang ini seminggu.



Hotel Pangeran yang terletak di Jalan Jeneral Sudirman adalah tempat penginapan ahli rombongan semasa berada di Pekan Baru. Hotel bertaraf 4 bintang ini cukup selesa dan memberikan " pulangan " yang memuaskan untuk setiap pengunjung.

Tarap penghidupan masyarakat di sini sederhana, dan seperti juga lain-lain bandar dan pekan di Indonessia. Pada dasarnya penduduk tempat juga menyatakan kehairanan mengapa Pekan Baru ini dijadikan pilihan untuk di lawati, sedang kawasan pelancongan tidak ada dan fizikal kawasan bandar juga baru ada menunjukkan " pembangunan " nya. Walaubagaiman pun jika sesorang itu berminat untuk melihat sendiri bagaimana pula kehebagtan Bukit Tinggi, Pekan Baru perlu di lawatai, ini disebabkan Lapangan terbat untuk Bukit Tinggi ialah di Pekan Baru.

Jalan Utama di Pekan Baru ialah Jalan General Sudirman, dan dengan itu sudah tentu jalan ini menjadi " jalan " penghubung utama dan disinilah letakannya kantor ( pejabat ) utama untuk Pekan Baru.

Pejabat Pengadilan Tinggi Pekan Baru

YDP MGB Perak, Tn.Hj. Arshad bin Mohammad sempat bergambar di depan pejabat Pengadilan Tinggi, Pekan Baru.

Ibupejabat Bank Nasional Indonesia, sebagai pusat kewangan untuk Republik Indonesia juga terletak di jalan ini dan ianya juga berhampiran dengan hotel penginapan.


Pejabat Perusahan Daerah Air Minum, Titra Siak


Pejabat Partai Demokrasi Indonesia, Perjuangan Provensi Riau.

Pejabat Riau Airlines


Salah satu penggangkutan awam yang digunakan oleh masyarakat di Pekan Baru.


Papan Iklan perkahwinan

Papan iklan perkahwinan ini amat kreatif sekali, ianya dibuat dari bunga kertas dan disusuna mengikut kehendak penggunanya, selain dari iklan perkahwinan ianya juga disusun mengikut mengikut apa sahaja yang ingin di iklan, seperti hari lahir, sambutan acara-acara lain.

Pada keseluruhan lawatan ianya membosankan dan cuma esok dan lusa iaitu pada 7 - 8 rombongan akan berada di Bukit Tinggi pula, mengikut maklumat ianya lebih indah dari apa yang ada di Pekan Baru.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA