DSAI, dengan paparan gambar terkini dengan pertuduhan yang baru, sebagai seorang yang sedang di cari oleh pihak kerajaan kerana terlibat dengan pengganas antara bangsa - apakah ianya benar?
Pihak lawan terus menerus memfitnah DSAI, sejak beliau disingkirkan dari kabinate oleh Tun Mahathir, penghidupan beliau sentiasa di kelilingi dengan tohmahan dan fitnah. Kes liwat 1, diselesaikan dengan penoh rasa " malu ", pertuduhan di tukar ganti, tarikh di padam dan diubah suai, tilam diusung ke sana sini, " tidak releven " menjadi senjata kepada Hakim Hacks, tempat pertuduhan masih dalam pembinaan dan akhirnya beliau di sumbat ke penjara untuk tempoh 6 tahun.
Kembali ke arena politik pada 2008, dengan penyerahan kerusi Permatang Pauh oleh DSWA beliau ( DSAI ) menang dengan cemerlang, ujud pula Liwat 2, sehingga kini masih belum selesai lagi, tapi kali ini susah sikit sebab pengalaman Liwat 1 dah ada, dan kebetulan pula hakim nya orang Melayu yang difahamkan beragama Islam. perkataan " tak releven " tidak digunakan tapi diubah suai mengikut keperluan asalkan terbukti pertuduhan liwat kepadanya.
Dunia kehakiman Malaysia sungguh menyedihkan, sistem kehakiman terpilih. Pertuduhan dan penghakiman ikut arahan kepimpinan. Apa nak jadi dengan Malaysia. Bagi mereka yang " berbaik " dengan kepimpinan semua pertuduhan boleh di jawab hanya melalui akhbar sahaja. Lihat saja bagaimana Rais Yatim yang dituduh merogok oleh Wikileaks, memadai Rais menyatakan saya tidak melakukan, di sokong oleh Tun Abdullah dan di sahkan oleh Najid, maka tutup kes. Lihat saja tohmahan kepada Najib kaitan dengan gadis Monggolia, hanya jawapan saya tak tau dan tak kenal. Kes di buang ke tong sampah. Tapi bila Wikileaks, menyebut dan menceritakan kes DSAI, semua akhbar perdana berkokok, semua pemimpin bersuara, semua betul apa yang Wikileaks laporkan. DSAI keliling negara untuk memaklumkan kepada masyarakt saya tidak bersalah, tapi tidak kepada kepimpinan negara. Terbaru, Anwar disifatkan sebagai " pengganas ", beliau dituduh mendapat sumbangan dari kerajaan Arab untuk tujuan kegananas.
Tapi DSAI tenang dan sambil memperolokkan dakwaan terbaru kerajaan pusat terhadapnya - yang beliau ada hubungan dengan "pengganas" - ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memetik dialog dari filem blockbuster Bollywood 'My Name is Khan'. "Nama saya Anwar dan saya bukan pengganas," katanya, meniru watak yang dimainkan oleh bintang terkemuka India, Shah Rukh Khan. Gaya beliau gamat disambut ketawa ribuan penyokong PKR yang menghadiri program jelajah PKR di Petaling Jaya malam tadi. Hishammuddin menyatakan demikian ketika mengulas laporan CNN yang mendakwa melihat dokumen yang mendakwa satu siasatan dijalankan oleh Arab Saudi ekoran aduan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa ada personaliti di negara itu yang membiayai Anwar. Laporan CNN itu juga mengatakan bahawa siasatan tersebut tidak menemui sebarang bukti wujudnya hubungan tersebut. Para pemimpin PKR telah menolak dakwaan tersebut sebagai satu lagi usaha untuk mencemarkan Anwar.
No comments:
Post a Comment