Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, February 1, 2011

BLOGGER BFRAVEHEART - CUKUP KURANG AJAR

Sungguh mengejutkan apabila terbaca laporan para sahabat di laman facebook yang mengatakan seorang Exco Blogger Pembela Negara (BPN) dari Pahang yang dikenali sebagai Bravaheart (foto) kini semakin kurang ajar dan biadap.

Malah, jika dilihat kepada perkataan yang dibuat pada artikel-artikel terakhirnya setakat ini ternyata sikap blogger terbabit semakin mencemar dan sungguh memalukan. Terbaru, dalam posting dilaman blognya beliau dengan jelas mengatakan pemimpin Pakatan Rakyat iaitu Tuan Guru Nik Aziz (PAS), Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR) dan Lim Guan Eng (DAP) sebagai setan (Syaitan). Dalam posting terbarunya hari ini (28 Jan) beliau menulis dengan tajuk "3 Setan Berceramah Malam Ini" bagi menggambarkan ketiga-tiga pimpinan Pakatan Rakyat itu.

Tergamak beliau mengatakan ulamak seperti Tuan Guru Nik Aziz sebagai "setan", gara ketaksubannya untuk mengampu UMNO BN. Sungguh memalukan melihat kelibat beliau mutakhir ini. Blogger terbabit seolah-olah sudah "tidak waras" lagi sebenarnya.

Mungkin dek kerana melihat seorang lagi rakan karibnya iaitu Blogger "Aku Yang Gambi" dijemput Illahi agaknya awal bulan lalu. Sangkaan kita, blogger seperti ini akan insaf atas apa yang berlaku kepada teman seperjuangan beliau itu. Rupa-rupanya dia masih terus berkhayal di alam sendiri. Sedangkan sebelum ini beliau merintih simpati mengharapkan pembelaan daripada puak-puak UMNO di Pahang ini.

Beliau merayu nasibnya tidak diendahkan oleh Unit Media Baru UMNO Pahang pimpinan oleh si Shamsuddin Nawawi (Dato' Sam) iaitu Setiausaha Politik kepada MB Pahang. Kini, nampaknya Braveheart sudah menemui rentak biar pun agak sumbang. Beliau mungkin sudah mendapat perhatian dan habuan daripada UMNO BN, lantaran itulah kini semakin menjadi-jadi pula perangainya.

ARTIKEL INI DARI
www.pahangdaily.blogspot.com

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA