Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, February 12, 2011

1M, TERUS CELARU

Budaya politik di Malaysia kini - " Malaysia negara membangun " setiap pemimpin yang memimpin amat perlu sekali mencipta slogan kepimpinannya, untuk itu 1Malaysia boleh dilihat sebagai satu bentuk simbol dan slogan politik buat Najib sebagai PM k6 Malaysia.

Pada asasnya 1Malaysia sebagai " ubat " untuk masyarakat majmuk yang sentiasan ' dahagakan ' perpaduan, dan 1Malaysia adalah " panadol " yang mustajab untuk pembentukan perpaduan yang diimpikan. Tapi jika tioriti ini di ambil kira untuk pembentukan perpaduan, ianya juga sudah menyerupai keperluan negara-negara lain didunia untuk tujuan yang sama, sudah tentu asas cengkaman Model Barat ini juga menjadi ikutan kita di Malaysia. Untuk itu model klasik barat yang diperkenalkan oleh Furnival merujuk kepada setiap negara yang rakyat nya terdiri dari pelbagai budaya, bahasa dan agama secara hakikatnya akan berkonflik antara satu sama lain. Untuk mengatasinya satu kuasa luar perlu hadir untuk " mendisiplinkan " mereka. Siapakah mereka kalau bukan kononialisme. Tapi bagi Malaysia setelah baliknya penjajah ke negara asal mereka, UMNO / BN telah mengambil alih tugas ini, tapi UMNO / BN gagal untuk mentadbir negara sedang mereka hanya melakukan perubahan kepada kulit bukan isinya. Masalah perpaduan bangsa masih lagi ujud di Malaysia.

1Malaysia adalah simbol dan slogan politik dan ianya tidak menjanjikan apa-apa perubahan radikal dalam pentadbiran negara, 1M juga tidak sekali-kali menghakis struktur asas Perlembagaan Malaysia yang menjamin kedudukan istemawa orang Melayu, kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi dan sudah tentu kedudukan raja-raja Melayu. Untuk itu sama ada masyarakat Melayu atau bukan Melayu juga menjadi lebih keliru. Masyarakat Melayu sendiri pun turut keliru kerana dari segi amalan - ambil contoh dasar liberalisasi ekonomi - mengapa pihak kerajaan bersedia untuk menamatkan khidmat kementerian yang dikhususkan menjaga dan bertanggongjawab melahir dan membina keusahawan orang melayu?

Sudah tentu ianya boleh melahirkan rasa kekeliruan yang besar dan bukan satu transformasi di kalangan masyarakat Malaysia. Asas pekiraan ini 1M merupakan sesuatu yang lompang dan tempang kerana ia mempunyai kontradiksi dalaman yang tersendiri.

PM juga mengaggapkan 1M telah melangkah satu langkap ke hadapan untuk merealisasikan Wawasan 2020 serta mampu mencapai Malaysia ke Negara Maju, 1M juga sebagai penunjuk haluan kepada pembinaan " Bangsa Malaysia ". Matlamat ada tapi penghurai kearah untuk pencapaian tersebut masih kabur, kekaburan ini di jelaskan dalam satu majlis perbincangan tentang " Bangsa Malaysia, Perpaduan Nasional, Integrasi & Assimilasi " pihak dari UMNO juga keliru untuk memberikan penerangan yang tepat ke arah mana sebenarnya 1M nak pergi. Untuk itu huraian Gagasan 1M masih kabur di kalangan masyarakat kelas sederhana dan bawah.

Ambil sahaja slogan " teras-teras perpaduan " dengan " nilai-nilai aspirasi ". Hubungkait antara dua komponen ini tidak dihuraikan secara yang baik dan mudah difahami. Misalnya, apakah yang dimaksudkan dengan ' penerimaan ' antara kaum? sudah pasti kalau ada yang ' menerima ' mesti pula ada yang sanggup memberi. Disini tak jelas, sekiranya tidak jelas di bimbangi ia akan menjurus kepada usaha yang boleh ditafsirkan oleh sesetangah pihak sebagai lebih besifat ' assimilasi " dan bukan ' integrasi ' Bagi gulongan bukan Melayu amat sensitif kepada usaha-usaha yang dilihat mempunyai unsur-unsur ' assimilasi '.

Najib juga memperlihatkan kontradiksi antara ucapan dan tindakan, ini jelas 1M tidak akan menghakis ketuanan Melayu, perlembagaan negara, kedudukan agama islam, tapi dasar yang dilaksananakan sebaliknya. Dasar liberalisasi ekonomi menidakan kelahiran usahawan Melayu terutama usahawan kecil dan sederhana. Jadi konsep 1M dari sudut ini bloeh dilihat sebagai satu bentuk liberalisasi politik ia itu ada kesakamaan politik yang tidak bersifat perkauman.

Contoh kes penggunaan Allah dalam Majalah Herald, mahkamah meluluskan dan pihak gereja memberikan reaksi " ini satu keputusan yang baik dan ianya selari dengan semangat 1M " ( ini bermakna 1M merupakan anak kunci pembukaan kotak Pandora Politik Malaysia. Ini bermakna 1M telah menyanggah perkara 3 ( 1 ) Perlembangaan Malaysia yang memperuntukan Agama Islam adalah Agama Rasmi ), isu ini juga ada kaitan dengan Model Ekonomi Baru ( MEB ) juga menyanggah perkara 153 Perlembangaan Malaysia.

" Kelahiran Gagasan 1M yang tidak berlandas sumber-sumber Islam muktabar ( alquran & Sunnah ) ianya mempunyai kontradiksi dalam yang agak jelas. Terkandung di dalam percanggahan yang serius antara tiori dan praktik. Iakan merugikan semua pihak dan sekirnya tidak di tangani secara yang betul ia boleh menyumbang kepad ketidakstabilan politik " - Riduan Mohamad Nor - Teori Domino: PRU13 BN Tumbang.

Selagi kehidupan masyarakat majmuk coba difahami berdadarkan Modea kionflik tajaan Barat dan bukan Modeal Harmoni tajaan islam, maka samalah yang dihadapai oleh masyarakat tidak akan dapat diselesaikan secara berkesan. Kita ambil contoh bagaimana PAS dalam Pakatan Rakyat dapat menerima pakai Model Harmoni dalam gerak kerja politiknya. Dasar Bersama yang dipersetujui oleh Pakatan Rakyat memperlihatkan betapa DAP bersedia untuk menerima peruntukan-peruntukan yang ada dalam Perlembangaan Malaysia seadanya.

Apa yang menjadi cita-cita murni Pakatan Rakyat ialah dalam memprakitkan peruntukan-peruntukan yang ada dalam Perlembangaan Malaysia, ianya bebas dari unsur-unsur rausah dan penyalagunaan kuasa yang sebahagian besarnya dicetuskan oleh semangat perkauman yang melampau. UMNO / BN di bawah pimpinan Najib dengan dasar-dasarnya boleh dikatakan sedang menghakis dan merongkai struktur asas Perlembagaan itu sendiri.


CARIKAN IDEA DARI
TEORI DOMINO:
PRU13 BN TUMBANG: WAN ABD. RAHMAN WAN ABD. LATIF


No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA