Dalam erti kata lain, apakah benar kepimpinan dalam UMNO kini sentiasa berusaha untuk memastikan hak dan ketuanan Melayu itu terjamin? Atau apakah mereka ( pemimpin UMNO ) buat kata pepatah " says but not done - cakap tak serupa bikin " Meraka cakap nak jaga kepentingan Melayu, tapi sebuah pulau di Pulau Pangkor terjual kepada .... Tapak KTM di Woodlands - hak Melayu di tukarkan ganti kepada Singapura, Perancangan pembangunan di Kampong Baru, itu lah sahaja hak Melayu di tengah bandaraya yang akan dibangunkan apakah pasti ianya akan di miliki oleh Melayu - tunggu dan lihat saja apa yang akan terjadi nanti.
Bolehlah diandaikan demikian " Apabila pemimpin UMNO bercakap soal ketuanan Melayu, sama seperti kalau seorang isteri pemimpin UMNO menyeru wanita semua kena dan perlu menutup aurat, kerana ini adalah arahan Allah. Analogi yang layak di pakai, dalam erti kata yang lain cakap tidak serupa bikin.
Kesan PRU 2008 memang memberikan satu tamparan kepada kepemimpin UMNO, mereka seolah-olah orang kena sawan semua tindakan dan keputusan yang diambil tidak mengena dan tidak menyebelahi UMNO. Berbagai formula yang dicari untuk menyembuhkan penyakit. Sudah banyak doktor pakar datang merawat sudah banyak tok bomoh membaca jampi, namun penyakit ini tidak juga sembuh malahan semakin parah.
Akhirnya kebuntuan yang dihadapi dapat juga diatasi, KETUANAN MELAYU di jadikan jampi serampah terakhir untuk memastikan UMNO masih releven di Malaysia. Dengan muka tidak malu pemimpin UMNO mula menunjukkan UMNO juara Melayu dan Pakatan Rakyat tidak bela Melayu. Dakwaaan, hanya UMNO yang boleh menegak ketuanan Melayu.
Mereka menggunakan semua media, elektronik, media cetak semua isu di pusing-pusingkan untuk mengelabui mata rakyat, khususnya Orang Melayu. Seolah-olah UMNO sahaja yang berkepentingan dengan orang Melayu. Media ini akan pusing isu ini seolah-olah UMNO sahaja yang mempertahankan ketuanan Melayu sehingga rakyat yang menganggap UMNO begitu suci dan tidak boleh diganggu. Apakah benar UMNO menggunakankan " KETUANAN MELAYU " untuk memastikan Melayu bahagia atau pun sebaliknya. Dalilnya sudah lebih separuh abad UMNO diberi peluang untuk menjagai hak Melayu akhirnya satu persatu tergadai. Bukan kah ini semua angkara UMNO?
Kaitan dengan taraf penghidupan orang Melayu, apaFaktanya ketuanan Melayu UMNO telah merugikan orang Melayu, bukan mengangkat mertabat Melayu di negara ini.
Ketuanan Melayu UMNO menjadikan taraf hidup orang apakah Melayu kini semakin meningkat taraf hidupnya atau pun sebaliknya. Di sahkan di parlimen pada 2007, bahawa sejumlah 600,000 rakyat dinegara ini hidup dibawah aras kemiskinan iaitu berpendapatan kurang dari RM800. Statistik kaji selidik pendapatan isi rumah yang dilakukan menunjukkan hampir 90% daripada mereka yang berada di bawah paras kemiskinan adalah orang Melayu. Kita lihat di negeri manakah yang ramai Melayu di bawah paras kemiskinan tersebut, lihat sahaja Terengganu walau pun negeri ini pengeluar minyak di samping Sabah tetapi rakyatnya yang di monopoli oleh Melayu hidup dalam kemiskinan terutama di Terengganu. Di Kelantan juga demikian mengapa perlu ditangguhkan sejumlah 118 projek di sekat sejak RM6 tahun 1991. Kenapa UMNO Kuala Lumpur perlu menyekat projek untuk Kelantan, bukankah Kelantan, rakyatnya terdiri dari orang Melayu?
Lain-lain contoh yang boleh dikaitkan dengan " KECURANGAN " UMNO, contohnya seperti apa yang berlaku kepada penduduk setinggah di Kampong Plentong Tengah, Pasir Gudang. Mereka sudah tinggal 30 tahun dan menjadi penyokong tegar UMNO. Sewaktu mereka dihalau batang hidung pemimpin UMNO laangsung tidak nampak. Begitu juga di Kampong Berempang Ampang zaman UMNO berkuasa. Ini semua kawasan tegar menyokong UMNO. Sewaktu berhadapan dengan pemaju ialah anggota PAS, PKR, DAP dan NGO sehingga ada yang merengkok dalam lokap. Mana perginya pemimpin UMNO yang hendak mengegakkan ketuanan Melayu ketika penyokong mereka di halau?
Ketuanan Melayu UMNO meneyebabkan orang Melayu ketinggalan kebelakang. Diskriminasi sesama bangsa hanya kerana berlainan ideolgi akhirnya telah menempatkan bangsa merempat dibumi sendiri. Kita tidak pernah dengar bagaimana pemimpin kaum lain yang menindas kaum sesama bangsa kerana berlainan ideologi. Tetapi ini belaku kepada pemimpin UMNO akhirnya peratus kemiskinan di kalangan bumiputra meningkat. Seperti yang pernah dinyatakan oleh bekas timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Dato Zainal Osman, Cina 0.6%, India 2.9%, Melayu 8.3%.
Persempadana semula pada 2003, memang cukup menyedihkan, persempadanan ini sseolah-olah untuk menidakkan keujudan PAS, kerana persempadanan ini tidak melibatkan Kelantan dan Terengganu yang dimonopoli oleh orang Melayu. Mereka UMNO sanggup menggadaik dan mengorbankan kepentingan agama dan bangsa sendiri demi kuasa dan politik. Akibat pesempadanan ini selepas pilihanraya umum ke 11 yang diadakan pada 21 mac 2004, kerusi Melayu tinggal hanya 54.33%. SPR dengan arahan BN enggan menambah kerusi majoriti Melayu, khuatir kedudukan politik mereka terancam. Walaupun pertambahan pengundi di Kelantan 24%, Terangganu 21.76% dan Kedah 17.4%. Malangnya kerusi Parlimen di negeri tersebut tidak bertambah.
Saham untuk Melayu juga lesap dari RM52 bilion diperuntukan pada 1984 - 2005 kini hanya tinggal RM2 bilion sahaja. Sedangkan orang Melayu masih seperti di takuk lama. Bagaimana pula dengan saham di BERNAS, saham ini juga dijual kepada syarikat Wan Tak Co. Ltd. yang berpangkalan di Hongkong sebanyak 31.36%, bukan majoriti pengusaha sawah di Malaysia adalah orang Melayu dan penyokong TEGAR UMNO? gitu apa yang lebih penting dalam penghidupan UMNO bangsa atau diri sendiri?
Salah laku kita boleh ambil iktibar dari tindakan Datuk Anuar Musa yang berjaya melesapkan wang PPRT dan ianya ditipu oleh Ooi Kee Siang, siapa menteri waktu itu. Datuk Anuar Musa adalah menteri dari UMNO. Bagitu juga dengan apa yang berlaku dengan Mohd. Taib yang terperangkat di Australia dengan bungkusan wang yang banyak, duit siapa?
Salah laku kita boleh ambil iktibar dari tindakan Datuk Anuar Musa yang berjaya melesapkan wang PPRT dan ianya ditipu oleh Ooi Kee Siang, siapa menteri waktu itu. Datuk Anuar Musa adalah menteri dari UMNO. Bagitu juga dengan apa yang berlaku dengan Mohd. Taib yang terperangkat di Australia dengan bungkusan wang yang banyak, duit siapa?
Akhir-akhir ini, pendidikan di jadikan sumber ekonomi UMNO, di banyakkan IPTS, di ubah dasar pendidikan dari KBSR ke PPSMI. Dasar PPSMI telah mendapat bantahan dari berpuluh orang professor dan pakar pendidik. Tap demi untuk memberi projek kepada kroni, biarlah bahasa hancur dan RM6 bilion wang negara hangus. Sedangkan berapa lama usaha untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan dan bahasa ilmu telah hancur bekecai. Malahan pemimpin tetap melemparkan tuduhan kepada penuang bahasa sebagai pelampau. Jika bahasa sendiri pun UMNO tidak boleh pertahankan, apa yang hendak di harapkan untuk menegashkan satu bangsa yang lebih gagah.
Akhirnya itu adalah beberapa contoh di mana UMNO mronenggunakan " ketuanan " Melayu untuk mengauk sebanyak mungkin harta di Malaysia untuk poket diri, anak, dan sahabat handar dan kroni.
Akhirnya itu adalah beberapa contoh di mana UMNO mronenggunakan " ketuanan " Melayu untuk mengauk sebanyak mungkin harta di Malaysia untuk poket diri, anak, dan sahabat handar dan kroni.
No comments:
Post a Comment