BUKU YANG DI IGAUI UMNO / BN
cabutan teks dari buku " jingga " tersebut.
Pakatan Rakyat telah mempamerkan rekod pentadbiran yang meniupkan semangat keadilan sosial dan persuadaraan rakyat untuk menjamin kemakmuran bersama. Prinsip asas yang dijunjung dari Dasar Bersama telah dihadam dan dihiudpkan melalui pelbagai dasar pro-rakyat yang telah dijalankan selama ini.
Fokus utama Pakatan Rakyat dalam tempoh setahun akan datang adalah menyemarakkan lagi pendekatan pro-rakyat atas landasan keutuhan sistem pentadbiran yang demokratik untuk memberi peluang kepada rakyat menilai sendiri keikhlasan dan keberkesanan Pakatan Rakyat sebagai sebuah kerajaan.
Ini akan dilakukan melalui pengenalan langkah-langkah spesifik yang tertakluk di bawah bidang kuasa kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat dan akan diperjuangkan di peringkat nasional oleh pimpinan dan aktivis Pakatan Rakyat.
Rekod pembelaan rakyat yang dicapai oleh negeri-negeri Pakatan Rakyat iaitu Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor tidak dapat di tandingi oleh lawan. Pentadbiran Pakatan Rakyat diakui bebas rasuah, telus, berjiwa rakyat lagi berkebajikan dan berjaya meningkatkan hasil negeri berdasarkan laporan-laporan rasmi dari Jabatan Audit Negara dan pemantau bebas.
Bidang-bidang yang akan diberikan tumpuan khusus dalam usaha menterjemahkan Dasar Bersama adalah seperti berikut:
Membebaskan Institusi Negara
Merakamkan pentingnya institusi-institusi penting negara yang bebas dan berintegiriti, Pakatan Rakyat komited untuk;
- Meneruskan konsep pentadbiran yang kompeten, bertanggungjawab dan telus seperti yang telah diamalakan di negeri-negeri Pakatan Rakyat, sebagai gambaran sebuah pentadbiran yang membebaskan instiusi-institusi penting negra dari cengkaman campur tangan politik
- Mewujudkan Majlis pakar-pakar ( coucil of experts ) dalam isu-isu utama negara seperti ekonomi, politik dan sosial untuk merangka dan mengemaskini dasar sedia ada agar bertepatan dan mujarab menangani kemelut negara dan masyarakat
- Mewujudkan Jawatankausa Parlimen yang memantau fungsi dan keberkesanan Kementerian-kementerian dengan penerbitan laporan Jawatankuasa Parlimen setiap enam bulan sekali.
- Memperhebatkan proses pendidikan politik melibatkan golongan sasaran yang lebih besar mengenai peri penting keutuhan institusi-institusi penting negara yang berintegriti, dengan kerjasama NGO dan masyarat sivil / madani.
- Istiaqamah dalam kempen dan gerak kerja politik untuk memberi tekanan kepada pentadibaran sedia ada agar membebaskan insitisi-institusi penting negara dari campur tangan politik.
akan datang Isu:
No comments:
Post a Comment