Kemaman - Himpunan Rakyat - menakutkan UMNO
Poster Iklan program Pas - PR ganti UMNO
Beberapa orang petugas MPK sedang menjalankan tugas, menurunkan lambang PAS yang cukup merunsingkan pihak tertentu di Kemaman, tugasan mereka menjadi lebih mudah dengan di bangtu oleh pengawasan pihak polis dan polis tampa unifom
Kereta " pickup " digunakan untuk mengangkut bendera tersebut dan untuk simpang oleh MPK sebagai barang kes.
Apakah kini BN, khususnya di Trengganu sudah cukup bimbang dan " tidak senang " duduk dengan kemaraan dan kempuan PAS khususnya dan PR dalam menangani tuntutan rakyat. Program " gelombang " himpnan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti UMNO, yang dirancangkan pada hari ini di Dataran Tok Guru kampong Geliga Besar, Chukai telah menyiksakan batin pemerintah khususnya MB.
Ini menyebabkan, kerajaan negeri telah menggunakan pihak berkuasa tempatan, Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) dengan bantuan pihak polis bertindak mencabut hampir 500 bendera PAS yang dipasang oleh petugas parti di sekitar bandar Chukai dan di jambatan Sungai Kemaman.
Program yang bermula jam 9 pagi esok melibatkan pimpinan utama Pakatan Rakyat termasuk Mursyidul Am dan Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang serta Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
No comments:
Post a Comment