Kita tidak menafikan peranan kakitangan awam berpegang kepada " to respect the goverment of the day ". Tapi bagaimana kakitangan yang berkhidmat di bawah negeri-negeri yang di perintahkan oleh Pakatan Rakyat? Apakah mereka bersedia untuk beralih fahaman? Contoh apa peranan penghulu, mereka berkerajaankan yang mana? Pusat atau negeri?

Guru dilatih untuk berfikir, fikir dan nilai apa yang dibuat dan diubapkan oleh pemimpin, ianya juga termaktub dalam FPK ( Falsafah Pendidikan Kebangsaan ). Insan yang seimbang dan harmonis memiliki dan menghayati ilmu pengetahuan, berakhlak mulia, mempunyai kepercayaan dan keyakinan yang teguh kepada Tuhan, mempunyai fikiran dan jiwa yang tenteram, berbudaya penyayang, tubuh badan yang sihat dan cergas serta dapat bekerjaama denan orang lain . Insan yang seimbang dan harmonis ini memiliki kesedaran dan prihatin tentang tugas dan tanggungjawab,. Ia memiliki ketahanan diri untuk menghadapi segala cabaran hdiup dan sentisas beikttiar untuk mengatas pelbagai masalah.
Kini Wak Markom Giran selaku pengarah pelajaran dengan cara sengaja telah menukarkan jawatannya sebagai Pengarah kempen Barisan Nasional dengan gaji dibayar atas nama Pengarah Pelajaran Johor. Apakah beliau sendiri menodai FPK? Atau apakah kini wak sudah berminat untuk menjadi ahli politik? Jika benar, bersara dan letaklah jawatan dan masuk Umno serta terus meminta diri untuk dicalonkan dalam pilihanraya akan datang. Sudah hilangkah pertimbangan wak sehingga membiar diri menjadi hamba politik yang hilang harga diri sebagai Pengarah Pendidikan yang sepatutnya lebih menumpukan hal-hal berkaitan pelajaran demi untuk rakyat di Johor.
Beliau dirakamkan berkempen dalam nada 'memaksa' guru kaunselor sehingga tersasul dan sehingga sanggup menyanyi di atas pentas dan meminta guru kaunselor jangan tergigil-gigil melaksanakan tugas di luar amanah diberikan rakyat. Wak sudah hilang harga diri dan beliau juga memalukan rakan-rakan pengarah yang lain

Bagaimanapun, Abdul Aziz (kiri) berkata, "adalah tidak salah" untuk kakitangan awam menjayakan dasar atau program kerajaan negeri. "Baik Pakatan Rakyat atau BN, pegawai kerajaan perlu setia kepada kerajaan negeri, tidak kira parti mana (yang mentadbir negeri)," kata Abdul Aziz kepada Malaysiakini.
Sumber: singalautmetro.blogspot.com
No comments:
Post a Comment