PKR Perak terus di landa malang
Ketua Cabang Tanjung Malim bersama Pengerusi MPN Perak
Kini Muhammad Nur Manuty adalah Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Perak, dan juga bertindak sebagai Ketua Penerangan PKR Pusat sedang berusaha untuk memberbaikai keadaan huru hara PKR peringkat negeri Perak.
Untuk makluman, beliau semasa kalah dengan 13 - 10 kepada mantan pengerusi iaitu Sdr. Mustaffa Kamil Ayub dalam pemiliahan di peringkat Ketua-ketua Cabang dan keputusan kemenangan Sdr. Mustaffa diumumkan sendiri oleh Dr. Masnor yang mewakili PKR Pusat juga Naib Presiden parti. Tapi keputusan yang memihak kepada Sdr. Mustaffa ini tidak mendapat perakuan dari ibupejabat dan khususnya dari Timbalan Presiden.
Lantas yang demikian, di war-warkan pihak yang anti kepada Sdr. Mustaffa, kononnya PKR Perak sedang dalam proses perpecahan, tidak sebaloh antara satu sama lain, ada cabang yang tidak menyokong, tidak akan memberikan kerjasama dan entah apa lagi tohmahan yang diberikan dan ianya di terima pakai oleh pihak Presiden dan Ketua Umum.
Lantas yang demikian, satu perjumpaan di atur oleh pihak Damansara yang melibatkan Ketua, Timbalan, Naib ketua yang dipilih, ketua wanita dan ketua AMK Cabang serta di moderat oleh YB Fauziah yang juga AP Kuantan juga merangkap Naib Presiden. Satu konsensus diambil dan menyerahkan kepada Damansara untuk memilih siapa yang layak untuk menjadi pengerusi. Semua pihak sudah menyangkakan, Sdr. Mustaffa tidak akandi pilih kerana yang berkuasa di Damansara ialah YB. Azmin. Apakah DSAI kini sudah terlanjur langkah dalam perjuangan besama PKR
Kini Dr. Muhammad Nur Manuty, dilantik Pengerusi, Biro Pemahaman Dan Pemantapan Agama (BiPPA), PKR, juga dilantik sebagai Pengerusi baru MPN Perak telah mempermainkan Ketua Cabang PKR Tanjung Malim. Belum panas lagi kerusi MPN mainan politik telah dilakukan, dan malam ini perjumpaan dengan 5 wakil cabang akan diadakan di Pejabat PKR Ipoh.
Di Tanjung Malim, beliau menidakkan hak Major (B) Kamal Badri ketua Cabang sebaliknya hanya berjumpa dengan wakil cabang sahaja. Kini Tanjong Malim mula menidakkan style dan perangani Muhammad Nor. Apakah cabang lain yang 13 akan hadir malam ini di Ipoh belum tahu lagi.
Kekecohan terus melanda PKR, lepas satu-satu Ahli Parlimennya meninggalkan parti dan yang terakhir ialah Gobalakrisnan.
Melalui persaalan sabagini apa mampu PKR meneruskan wawasan dan perjuangan parti dan bergerak bersama PAS dan DAP atau apakah PKR akan menjadi liabliti kepada parti gabongan yang lain. Kita tunggu dah lihat apa yang akan terjadi.
No comments:
Post a Comment