Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Monday, November 15, 2010

TAK SANGGUP KALAH PI MAIN JAUH



Kalau kita perhati dan halusi, memang tak sepatutnya Zaid mengeluarkan ancam kepada PKR, beliau sepatutnya sedar PKR telah ditubuhkan dengan rintangan dan liku yang amat dahsyat, perjaungan jalanan yang dimain, ramai kalangan mereka yang perlu menginap di penjara, ada yang di Sungi Buluh ada juga di Kemunting, boleh dibilang kalangan mereka yang " berehat " di penjara. Tapi kenapa dan mengapa Zaid lakukan sedemikian. Apakah beliau tidak sedar hakikat beliau adalah pendatang baru yang cukup muda usianya. kalau dibandingkan dengan seorang bayi Zaid baru berjalan jatuh dengan PKR - memang sepatutnya DSAI rasa terkilan.

Tapi bagi DSAI, kemampuan, kepetahan, pengelaman di Parlimen, pengalaman sebagai menteri telah diberikan kepercayaan untuk beliau bertanding di Hulu Selangor atas tiket PKR. Memang ada ahli PKR yang senior kecil hati. Bukan itu saja, DSAI selaku penasihat PKR pula sanggup memberi ruang kepada beliau untuk menerajui WP - bertindak sebagai Pengerusi. Bukankan itu satu pengorbanan dari PKR khusus dari DSAI itu sendiri? Ini lah kelemahan yang di milik oleh DSAI.

Kenapa DZ bagitu " kurang ajar " bagaimana terlintas di benak hatinya " mengarahkan " DSAI dan Sdr. AA untuk keluar meninggalkan PKR, apakah beliau sudah di rasuk oleh syaitan yang sanggup mengeluarkan ayat tersebut. Atau adakah DZ pada waktu itu sudah hilang akal? Beliau seorang sahaja yang tahu.

Sepatutnya DZ sedar dalam UMNO pun beliau di jemput, dilantik sebagai senator dan diberikan kepercayaan dan dilantik sebagai menteri. Apabila usahanya tidak diterima beliau tinggalkan UMNO, rapat dan akhirnya menyertai PKR. Perjuangan menuntut keadilan ni berduri dan penuh liku. Kita perlukan pejuang yang tahan diuji, bukan sekadar bercakap dikerusi empuk tapi juga yang sanggup bergelumang dengan hanyir peluh rakyat marhaen.

"Itu pendapat peribadinya (Zaid). Jika ada konsensus daripada kepimpinan yang saya harus berundur saya akan patuhinya tetapi saya tidak pernah mendengar perkara seumpama itu,” kata Anwar apabila diminta mengulas bidasan Zaid pada sidang medianya hari ini. Kita rasa kagum dengan DSAI dalam menangani setiap isu yang menimpanya, sudah DSAI bakal diasak dengan pelbagai tohmahan lagi selepas kenyataannya ini tapi adakah tohmahan tohmahan ini pernah sunyi bagi susuk bernama Anwar ini?

Bagi DZ beliau memang berhasrat untuk tidak bersama PKR lagi, dan akhirnya hari ini secara rasmi melahirkan hasratnya untuk berundur dari parti itu. "Memang benar saya akan meninggalkan parti itu tetapi saya belum menyerahkan borang rasmi lagi,” tulis Zaid di blognya petang ini

Katanya, “semuanya akan dijelaskan” apabila beliau mengeluarkan kenyataannya pada Jumaat ini.
Zaid dalam portal berita miliknya - Free Malaysia Today berkata beliau telah bersedia meninggalkan parti itu kerana sudah meluat dengan pemimpinnya.

“Saya tidak mahu terus bersekongkol dengan perkara buruk atau yang tidak betul dalam parti supaya orang yang tertpilih itu akan dilantik mengisi jawatan tertinggi.

“Saya benci untuk mengalah kerana akan dilabel sebagai orang yang mudah berputus asa. Saya lebih rela (ketua umum PKR) Anwar (Ibrahim) pecat saya.



Bagi AA pula tindakan DZ ini melambangkan betapa rendahnya nilai budi beliau, dan mungkin perkiraannya untuk bersama-sama PKR untuk meruntukan PKR, apakah memang ada niat beliau untuk kearah tersebut. Bidasan terbaru ini ada kaitan dengan keputusan Zaid untuk meninggalkan parti itu.

Berucap pada penyokongnya di sebuah ceramah di Shah Alam, Azmin berkata zaid tidak boleh dibiarkan “merosakkan perjuangan reformasi”.

“Jangan benarkan calon yang baru menyertai parti setahun lalu cuba merosakkan perjuangan 12 tahun kita,” Azmin dilaporkan berkata.

Tanpa menamakan Zaid dalam bidasannya, Azmin berkata pemimpin berkenaan tidak pernah menyertai protes jalanan dan belum pernah ditangkap dan justeru, tidak akan memahami apa erti reformasi sebenar.

Kita berdoa moga-moga DZ akan menubuhkan sebuah parti baru untuk mengisi masa lapangnya dan biarlah dia belajar selok belok bagaimana sebuah parti ditubuh, dirancana, diisikan dengan aktiviti seterusnya mendapatkan kepercayaan daripada ahli. Di doakan beliau bejaya, dan meninggalkan PKR adalah keputusan yang tepat dan terbaik.


No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA