Yang tersengeh tu
Hanim Abdul Malik - anak kg. Gajah bikin malu kume aje
memberita tahi kucing
Sejak akhir ini kita dapati peranan penulis sudah memihak kepada siapa majikan mereka, dan mereka tidak lagi melaporkan apa yang sebenarnya, apa aktiviti yang dilakukan oleh pihak tertentu tapi mereka lebih berminat untuk memastikan kalangan yang bukan dari kumpulan mereka perlu di " nyahkan ", semua pemberita, pencari berita, penulisan upahan kini bukan lagi boleh dijadikan bahan rujukan, malahan mereka kini bertindak untuk " gaji " siapa yang bayar. Majikan perlu di berikan perlindungan.
MB Kedah naik berang, apa tidaknya laporan yang dilaporkan berkait dengan banjir semua salah, semua tidak menceritakan keadaan yang sebenar, semua yang dibuat dan tindakan yang diambil adalah dari orang BN. Tapi apakah benar mereka bertindak sedemikian? Kalau ya pun memang patut, kerana rakyat dan kerajaan Kedah membayar cukai yang diwajibkan, rakyat Kedah dan Kerajaan Kedah adalah sebahagian dari kedaulatan Malaysia, kalau diibaratkan keluarga, Kedah perlu di jaga, di susu, di suapkan, di beri layanan seperti yang lain, tapi oleh kerana kerajaan Malaysia kini bersifat " durjana " terus memejamkan mata dan tidak mau memainkan peranana sebagai " penaung " untuk negeri Kedah. Apa beza Kedah dengan Perlis, apa beza Kelantan dengan Terengganu?
Betul Kedah dan Kelantan di perintah oleh Kerajaan PR ( Pakatan Rakyat ) tapi Kedah dan Kelantan terletak dalam Malaysia, dan Perundangan Malaysia menetapkan adanya Kerajaan Negeri dan Pusat ( Malaysia ), kedua-dua kerajaan ini dipilih melalui Pilihanraya 5 tahun sekali. Jadinya menukar kerajaan adalah menjadi hak Rakyat.
Disinilah " baculnya " pemberita tersebut, kenapa tak cerita peranan kerajaan pusat terhadap kerajaan negeri - ianya termaktub dalam perlembagaan. Kenapa perlukan " publisiti " semasa memberikan bantuan, itu memang sudah menjadi kewajipan. Di samping kerajaan pusat sudah pasti kerajaan negeri juga perlu memainkan peranan untuk kebajikan rakyat mereka, kerana rakyat telah memilih mereka untuk memerintah.
Cuma " kebaculan " pemberita tadi membuakan rakyat rasa muak, bencik, loya dan entah apa lagi yang patut di berikan gelaran kepada mereka. Tindakan mereka juga menyebabkan Paduka Sultan Kedah merakamkamkan dukacita terhadap tindakan mereka. dan Paduka Sultan terus mempercayaai dan menghormati tindakan yang diambil oleh Kerajaan Kedah sebalinya merasakan dukacita terhadap kalangan pemberita tersebut.
Jadi tindakan Kerajaan Kedah untuk tidak membenarkan pemberita memasuki dewan persidangan Dewan Rakayt tetap dan kena pada masanya. Ajar mereka supaya tahu beradap, dapat ke negeri orang buat baik dan jauhkah amalan " kurang ajar " tersebut.
Patut mereka boleh berfikir sejauh mana tulisan mereka di percayai masa kini, rakyat sudah tau peranan dan mainan mereka.
No comments:
Post a Comment