Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, October 3, 2010

HARI TERBUKA FELCRA - BERAPA BELANJA AGAKNYA

Semenjak Dato T mengetuai Felcra, rasanya sudah cukup banyak aktiviti yang di laksanakan di peringkat Kawasan dan bertapak di Felcra Seberang Perak. Pelancaran Benih padi Baru turut sama Noh Omar, majlis berbuka puasa, majlis penyampaian wang zakat, tilawah Felcra Berhad peringkat Nasional, majlis pecah tapak perumahan Generasi ke2 dan kini yang terakhir mungkin sebelum beliau meninggalkan Felcra ialah Hari Terbuka Felcra Berhad yang akan diadakan pad 5 Okt. bertempat di tapak Perumahan Generasi ke2 dengan VVIPnya Tan Sri Mahyuddin Yasin Timbalan Perdana Menteri sendiri. Kain pemidang yang melintang dan menegak telah di pamer untuk pengetahuan seluruh rakyat khususnya peneroka Felcra itu sendiri. Yang anehnya, tarikh dan tempat ada tapi masa yang tiada, apa mulihat pihak pengajor wallahualam.

Kain pemindang melintang -
terpapar gambar Muhyuddin, Zambry, Shafie Afdal dan Dato T sendiri

Pemidang bergantong, di gantong sepanjang jambatan dan
laluan dari Kg. Gajah, rumah penginapan Dato T sendiri juga tidak tercatat masa berlansungnya majlis.



Kawasan Tapak Perumahan Generasi ke2 sedang dibersihkan dan di tambak di mana difikirkan perlu -
peserta tertanya-tanya apakah wang kami digunakan ye

Berapakah harga khemah ini agaknya ye?
kalau mahal, dan kalau guna duit peserta nampaknya tak de le dividen akhir tahun
untuk belanja beli buku pesekolahan anak-anak - kenapa guna duit kami - kalau ye, harap-harap tidak.


khemah ini kecil, tapi dilengkapkan dengan penghawa dingin, siapa nak " menginap disini " berpa pula belanjanya - entahle rasanya memang tak ada dividen akhir tahun ini.
Pelan lakaran perumahan Generasi ke2

Adalah difahamkan Hari Terbuka Felcra Berhad ini melibatkan seluruh warga Felcra dari seluruh pelusuk Semenanjung Malaysia dan adalah dianggarkan sejumlah hampir 10k nyawa akan turut sama. Juga dianggarkan untuk makan mereka paling rendah pun RM10 jadi sudah tentu sejumlah RM1juta dibelanjakan untuk makan.

Kehadiran peserta dari seluruh semenanjung sudah tentu di angkut dengan bas, jika dikira sebuah bas memuatkan hanya 40 orang ini bermakna 250 buah perlu disediakan, apakah setiap peserta yang hadir perlu membayar tambang tersebut - sudah tentu tidak. Jadi kalau sebuah bas berharga RM1000, sejumlah RM250k perlu disediakan untuk sewaan bas, duit siapa pula yang di gunakan ye!

Makan dan tambang dapat dianggarkan bagitu juga dengan kain pemidang kita tahu berapa kerana jumlah yang dipasang sekitar kampong Gajah saja yang dapat dikirak, sudah pasti setiap pejabat Felcra seluruh Malaysia disediakan. Berapa agaknya belanjanya pula ya! matilah peserta tahun ini.

Cuba kita perhatikan pembinaan khemah dan penambakan kawasan perumahan tersebut. Mengikut kata pembekal pasir mereka diperlukan lebih 1000 lori pasir untuk tujuan tambakan. Itu Pasir, bagaimana pula dengan khemah yang bagitu eksklusif itu, berpa nilaiannya ya! ( nantile di tanya kawan yang membekalkannya ).

Kenapa Dato T perlu membazir, kenapa hari terbuka perlu menggunakan peruntukan kewangan yang tinggi, kenapa tidak dibuat di kawasan Dewan Felcra yang muatannya boleh menampong hampir 2000 orang dan kawasan yang luas sekeliling dewan, sudah tentu kos pembinaan khemah tidak diperlukan.

Apakah perancangan ini ada kaitan dengan kedudukan beliau sebagai pengerusi Felcra yang tamat tempoh pada pertengahan bulan ini menjadi indikator majlis. Itu beliau sahaja yang tahu, ( untuk kita berjaya suci dan bersih diri - jauhi dari tuntutan nafsu ) tapi bagi peserta sudah tentu kalau menggunakan kewangan Felcra ianya merugikan dan memungkinkan apa yang dinaytakan di atas berlaku sebenarnya iaitu dividen akhir tahun ini akan di tiadakan.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA