Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Monday, October 4, 2010

DUN GALAS - SIAPA TIPU SIAPA



antara Ku Li & Muhyuddin - whose kill who

Ku Li - Tengku Razaleigh adalah nama besar dalam politik Malaysia, beliau adalah anak keturunan istana yang dapat menyelam aspirasi rakyat, kejayaan beliau dalam politik memang teserlah dengan menjawat jawatan Menteri Kewangan dan berjaya mengepali UMNO untuk membina PWTC yang tesergam tinggi di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur. Selain itu, beliau juga adalah pengasas Parti Melayu Semangat 46, apabila UMNO di haramkan pendaftaran nya pada 1987 tempoh hari, beliau juga hampir berjaya menewaskan Tun Mahathir dalam pemilihan Presiden, dan beliau ketinggalan hanya 43 undi sahaja.

Sejarah di Gua Musang, Pas sendiri mengakui memang sukar untuk menembusi kubu kuat UMNO di bawah pimpinan Tengku Li, beliau " memerintah " sejak 36 tahun ( mulai 1974 ), walau pun PAS dah memerintah Kelantan hampir 20 tahun hanyalah pada PRU12 satu dari tiga kerusi DUN dapat dimenangi oleh PAS dengan Majoriti 646 undi. Parlimen Gua Musang di anggotai DUN Menggiri, Paloh dan Galas.

PRK di Galas ini adalah yang ke13 selepas PRU12, pada keseluruhannya PRK ini UMNO / BN hanya menang 3, di Sarawak ( Batang Ai ) dan N. Sembilan ( Bagan Pinang ), Selangor ( Ulu Selangor ) Dun Galas adalah yang kedua untuk Kelantan selepas Manik Urai.

Yang menariknya kali ini, TPM sudah tidak berminta untuk mengetuai angkatan perang di medan Galas dan beliau bersedia untuk menyerahkan kepada Tengku Li, bukan setakat Pengarah PRK malahan untuk bertanding pun mereka bersedia untuk memberikan laluan tersebut. Apa sudah jadi dengan UMNO?

Tengku Li, pada dasar dan nyatanya telah besama-sama PAS dalam isu royalti, juga bersedia untuk bersemuka di mahkamah berkaitan dengan " rakusnya " kepimpinan UMNO dal hal petronas ini, beliau adalah antara manusia yang bertanggongjawab untuk menyediakan garis panduan untuk pengurusan dan pentadbiran minyak di Malaysia. Apakah Tengku Li dapat menangkis isu minyak yang akan di bawah oleh PAS dan PR dalam ceramah mereka nanti?

Disinilah tersepitnya Ku Li - " sekirany Razaleigh bekempen untuk UMNO di Galas bermakna beliau berkempen untuk parti yang menafikan hak untuk rakyat Kelantan sedang sebelun ini beliau berada di pihak yang menuntut hak itu " " sejak akhir-akhir ini beliau juga sering mengkritik UMNO itu sendiri walau pun beliau adalah Ketua Bahagaian di Gua Musang " - Siasah 3-9 Oktober 2010

Atas alasan itu, TGNA, berpendapat ini adalah cara UMNO untuk menyinkirkan Tengku Li dari politik tanah air, kerana Tengku Li sudah di ibarat " quran buruk " oleh UMNO. Nak guna tak boleh nak buang tak boleh. Ini jelas dengan sokongan yang diterima oleh Muhyiddin, antara mereka yang memberkan sokongan padu isu tersebut ialah Hisyamuddin, Saifuddin, Puad Zarkashi malahan Dr. Awang Adik sendiri amat bersetuju dengan cadangan bos no. 2
mereka ini. Kalau nak tunjukan anak jantan lebih baik letakkan Najib atau Muhyiddin sendiri di Galas - cadangan dari Kamaruddin Jaafar AP Tumpat.

Walaubagaimana pun yang resah dan gelisah ialah UMNO itu sendiri, kekalahan jika menjadi kenyataan akan menamatkan riwayat UMNO seterusnya di Kelantan. juga apakah Pemimpin besar ( Ku Li ) ini sanggup duduk di kerusi pembangkang kelak jika beliau menang, apakah masih ada tempat lagi untuk Ku Li dalam UMNO jika beliau tewas kelak ? itu sendiri mau fikirlah wahai Tengku Razaleigh.


1 comment:

  1. Awas Tengku! Satu negara sedang menanti keputusan anda. Tempat anda bukanlah selayaknya di DUN Galas. Tempat anda adalah sebagai Perdana Menteri UMNO dan sebagai penyelamat UMNO yang hampir karam oleh tangan-tangan pemimpin baru yang terlalu korupsi, rasuah, kronisma, khianat, pecah amanah dan tiada langsung integriti terhadap diri dan masyarakat. Mereka asyik menipu rakyat yang semakin menderita dan tertekan. Inikah balasan terhadap orang yang memilih anda (pemimpin UMNO) untuk berbakti dengan amanah terhadap rakyat? Ya Allah! hancurkan para petualang negara ni dengan cara yang paling hina dina, sepertimana engkau menghancurkan keturunan Firaun dan Tentera Abrahah sebelum ini. Amin

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA