Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, October 5, 2010

PKR - SISTEM 1 ANGGOTA 1 UNDI - APA UNTUNGNYA

Pemilihan 2010, untuk PKR telah menampakan bagaimana ahli telah memainkan peranan untuk kepentingan parti, walau pun percubaan sulung ini banyak menimbulkan " permasalahan ", seperti apa yang dilaporkan, ada cabang yang tak cukup kertas undi, ada cabang yang bergadung sesama sendiri, ada juga cabang yang membaling kerusi kalangan mereka. Itu adalah situasai di bilik persidangan.

Apa yang lebih penting ialah bagaimana kemudahan " 1 Anggota 1 Undi " ini dapat kefahaman dan diterjemah kepada ahli dan adakah cara seperti Pilihanraya keloaan SPR ini dapat memperkasakan PKR itu sendiri. Persoalan ini cukup subjektif. Kita lihat apa yang berlaku di Cabang Kuala Selangor, Ketua Cabang yang juga Menteri Besar Selangor walau pun mendapat majoriti untuk menerajui semula cabang ini tapi beliau ditentang; TS Khalid mendapat 727 undi di ikuti oleh En. Kamil 348, En. Mazli 122 dan undi rosak sejumlah 202. Apakah undi rosak ini melambangkan pemilih tidak beminat untuk mengundi atau pun tidak berminat dengan semua calun yang bertanding?




keputusan pencalunan setakat 3 Okt. 2010

Sistem ini juga memperlihatkan bahawa seorang ketua kerajaan tidak semestinya di terima oleh semua ahli. Ini membuktikan agar ketua yang tepilih itu perlu memperbaiki diri dan muhasabah bahawa masih ada ahli yang tidak memihak kepadanya.

Kalau kita ambil contoh pula PKR di Cabang Pasir Salak, dimana Sdr. Mustaffa Kamil yang juga naib presiden dan calun Timbalan 2010 ini juga tersungkur di cabang sendiri, apakah keterbukaan pemilihan ini memberikan ruang kepada ahli untuk menilai dan membuat reputasi kepada calun dengan " sebebas-bebasnya " ? apakah ahli menilai pemimpin dari semua aspek " cara penghidupan " harian calun yang bertanding?

Bagitu juga, kalau kita perhatikan keputusan pencalunan berakhir pad 3 Okt. menampakan semua jawatan penting dipertandingkan, Zaid walaui mencapat 3 pecalunan untuk Presiden. Ini diumumkan sendiri oleh beliau dalam Sinar Harian cetakan 3 Okt. Parti yang setahun jagong ini sudah menampakkan keterbukaannya cuma apakah kata-kata beliau tempoh hari " dalam PKR Presiden tidak ada kuasa " akan memberi sedikit " advantage " kepada kempen beliau dan sepatutnya beliau memberikan ruang dan penerangan kepada ahli apakah " tohmahan " itu benar.




Mustaffa Kamil -
kini dapat restu dari PERKASA untuk Timbalan


"Saya harap semua anggota PKR memilih Mustaffa Kamil Ayub sebagai timbalan presiden. Beliau daripada ABIM (Angkatan Beliau Islam Malaysia), (beliau) ada agenda Islam," kata Arman Azha (kiri). Beliau juga mendakwa, sebanyak 35 peratus NGO Melayu dengan keanggotaan 300,000 orang itu turut merupakan anggota PKR. Dalam persaingan merebut jawatan nombor dua parti itu, Mustafa merupakan salah seorang yang menawarkan diri bertanding, di samping Azmin dan Penyelaras Pakatan Datuk Zaid Ibrahim.


Apa yang berlaku telah berlaku sepanjang MATC ini telah di klasifikasi oleh oleh Setiausaha agung - YB Shaifuddin Nasation kepada 3 katergori dan beliau tidak menafikan adanya unsur luaran yang turut menyumbang kepada kekecohan dan ketidaklancaran perjalanan MATC itu. " Tiga kelompok sebagai punca masalah iaitu orang luar bukan ahli, ejen provokasi iaitu ahli yang tidak terlibat dalam proses mesyuarat tetapi bertindak liar dan gelagat segelintir ahli parti sendiri " kata beliau.

Walau apa pun, sistem yang baru ini perlu juga ada garis panduan untuk memastikan apa yang dirancang tidak menggangu gugat kestabilan parti. Rakyat memerhatikan apa yang sedang berlaku dalam PKR kini. Boleh dikatakan memang benar ahli-ahli PKR amat sayang pada parti tapi mungkinkah juga ada ahli-ahli seperti kata pepatah " musang berbulu ayam " yang akan merosakkan kestabilan parti. Harus diberikan perhatian.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA