Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, September 14, 2010

UMNO, GLC, DAN MASA DEPAN MELAYU DI MALAYSIA

Parlimen Malaysia kini di huni oleh 222 orang ahlinya dan parti yang memerintah adalah BN yang di anggotai oleh UMNO, MCA, MIC, dan ramai lah kerabat ikutannya, dan UMNO adalah memonopoli dari sudut bilangan ( apabila disebut UMNO sudah tentulah mereka Melayu dan apabila Melayu sudah tentu mereka penganut agama Islam ). Selain dari UMNO ada lagi ahli parti yang terdiri dari orang Melayu dari PAS 100% dan sebilangan besar ahli dari PKR dan 6 orang Bebas juga dari keturunan Melayu. Tapi yang boleh membuat dan mengubah dasar adalah dari UMNO kerana UMNO memerintah melalui kerajaan BN.

Walau pun pada PRU12, UMNO dan BN di kejutkan dengan kekurangan dan tidak dapat 2/3 majoriti tapi kelebihan masih memihak dan boleh buat apa saja yang difikirkan perlu. Kalau di campur dan tolak, UMNO masih " berkuasa " di parlimen. Jadi sudah tentu UMNO mampu untuk bertindak dan memberikan kepuasa kepada orang Melayu terutama berkaitan dengan pembangunan Islam.

Tapi apa yang berlaku sebaliknya, kekuatan yang ada di parlimen sebagai tempat membuat dasar pemerintah lebih menguntungkan pemimpin dari memberikan menafaat kepada rakyat, setiap kali dasar di ubah, pada ketika itulah akan lahir usahawan yang bertaraf " jutaan ", sebaliknya rakyat terus terpinggir. Apakah isu yang bermain di fikiran Dr M, mantan PM Malaysia yang juga pelaksana DEB - ( DEB lahir apabila berlakunya 13Mei, rusuhan kaum yang menjadi titik hitam negara), Dasar pandang Ketimur, Sistem pembelajaran dari Dasar KBSR ke PPSMI.

Dilaporkan kini Tun M, amat kecewa dengan MEB ( Model Ekonomi Baru ), apakah mungkin MEB ini ada irasan dengan DEB ( Dasar Ekonomi Baru ) Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kini dihantui mimpi ngeri atas dosa lampaunya kerana melakukan banyak kesilapan besar membohongi rakyat terutama berkaitan dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang membabitkan orang Melayu selama 22 tahun mentadbir negara. Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata Dr Mahathir kini seolah-olah diselubungi rasa amat bersalah sehingga menyebabkan beliau ketakutan disebabkan formula Model Ekonomi Baru (MEB) yang di bawa dan diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilihat lebih buruk berbanding DEB semasa zamannya. Ini kerana MEB berlandaskan acuan untuk membangunkan Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi melalui pendekatan lebih inklusif berdasarkan meritokrasi tetapi pada masa yang sama meminggirkan kepentingan golongan Bumiputera. Tetapi MEB tidak ada apa-apa kebaikan untuk Orang Melayu, malahan ianya mungkin lebih dashat dari DEB.

Kesan dasar Perdana Menteri keempat itu menurut Azan ( Ahli Parlimen - Indera Mahkota ) telah memangsakan majoriti orang Melayu dan Bumiputera kecuali segelintir golongan atasan, kroni dan elit Umno yang mengaut kekayaan secara rakus. Paling parah kata beliau ialah orang Melayu yang tinggal di luar bandar dan kawasan setinggan dalam bandar termasuk juga orang bukan Melayu yang berada dalam kelompok yang sama. Jelas Azan lagi, DEB yang bermula pada 1970 sehingga 1990 sepatutnya telah berjaya meningkatkan ekuiti ekonomi orang Melayu kepada 30 peratus sebagaimana sasaran tetapi dalam tempoh 22 tahun Dr Mahahtir menerajui negara yang mampu dicapai hanya 19 peratus sahaja.

Dengan itu apa perlunya diberikan lagi sekali khusus dalam PRU13 kekuasaan kepada BN Khususnya UMNO untuk terus menerajui negara? kerana kesilapan dan kerakusan mereka semasa memerintah amat ketera sekali. Lihat pula bagaimana GLC ( Goverment Link Company ) yang ditubuhkan adalah untuk kepentingan kerajaan tapi yang kaya raya pengerusinya yang dilantik dari kalanan pemimpinan UMNO. Jelas bagaima Sime Derby rugi, bagaimana Felda menipu peneroka, kini bagimana pula Felcra turut sama berkeadaan dan bersituasai yang sama. Yang jadi mangsa ialah rakyat bawahan.

Keistemewaan yang ada pada pemimpinan UMNO ialah bagaimana untuk " mengkayakan " diri, sanak saudara dan rakan-rakan sekeliling dan menidakkan hak rakyat. DEB akan beakhir pada 2020 dengan bermatlamatkan 30 ekuati untuk Orang Melayu, Apakah ini sudah tercapai, sudah seramai mana individu Melayu sudah mampu berdiri atas kaki sendiri dalam pembangunan negera, bagaimanakah pula terlingkupnya GLC yang bergerak untuk kepentingan orang Melayu, kita hanya mampu berdoa agar LUTH ( Lembaga urusan Tabung Haji ) tidak terjadi seperti Sime Derby, Felda dan Felcra.

Sepatutnya sebelum MEB dilancarkan pencapaian terakhir DEB setakat ini perlu dilapurkan untuk pengetahuan ramai.




No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA