Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Monday, September 13, 2010

BERTADARUS ALQURAN - DI MANA SILAPNYA GENERASI MUDA KINI


Ramadhan al-Mubarak datang dan pergi, perlakuan ini setiap tahun mendatang, sudah pasti kalangan mereka yang mencintainya terus menunggu dengan penoh ghairah, kerana di bulan ini terlalu banyak keistimewaannya. yang paling hebat ialah Malam Lailatul Qadar, malam yang terbaik di antara- malam-malam yang lain, tapi malangnya masih ada juga umat yang menidakan kepentingan kehadiaran Lailatul Qadar tersebut.


Sama ada Muslim atau bukan Muslim, kehadiran bulan penuh berkat ini saban tahun memberikan kesan tersendiri dalam konteks hidup masing-masing. Sementara umat Islam yang taat berlumba-lumba merebut peluang meningkatkan ubudiyah dengan melipatgandakan amal ibadat, para peniaga pula tanpa mengira agama dan bangsa mengambil kesempatan bulan ini untuk kepentingan mereka.

Sepanjang bulan Ramadhan, aktiviti yang perlu di laksanakan selain dari menahan lapar dan dahaga di siang hari, kita juga dituntut untuk mengaji - bertadarus. Tapi kenapa agaknya suasana di masjid dan surau tidak bagitu ghairah selepas sunat tarawih tidak banyak surau dan masjid yang menjalankan aktiviti tersebut. Kenapa Ya? di mana gulongan muda ketika itu, kalau ada pun, majoriti yang hadir ialah gulongan tua dan gulongan muda walaupun bertarawih tapi balik selepas rakaat ke lapan, sedang kan ramai gulongan " lanjunt usia " sanggup menunaikan sampai ke rakaat ke 20 dan di selesaikan dengan sunat witir.

Bertadarus al-Quran menjadi antara agenda tetap di bulan mulia ini. Namun sebagaimana yang dinyatakan penyertaan anggota masyarakat di seluruh negara dalam menghidupkan majlis itu amat tidak memberangsangkan. Fenomena paling menyedihkan ialah apabila majlis-majlis yang diadakan hampir tidak ada langsung disertai golongan muda. Kebanyakan masjid dan surau yang menganjurkan majlis tadarus al-Quran hanya dibarisi kalangan berusia separuh abad ke atas. Bayangkan, andaikata fenomena ini berterusan dan gagal diperbetulkan, apakah nasib yang bakal menimpa amalan tradisi itu dalam dekad-dekad mendatang?

Tapi apa yang menyedikan bulan baik ini dijadikan medan perlumbaan mencari keuntungan ekonomi. Pelbagai juadah dan produk dipasarkan. Keadaan terdesak umat Islam, sama ada terhadap keperluan berpuasa atau pun persiapan menghadapi Idulfitri, dimanipulasi sepenuhnya oleh para peniaga untuk melariskan jualan masing-masing. Kalangan umat yang siangnya berpuasa malam pula menghabiskan masa di warung-warung dengan berbual-bual kosong dan balik ke rumah sebelum sunat sahor.

Apakah budaya, berkaroeka, budaya berkujung ke kelab-kelab, budaya berhibur ini akan diteruskan oleh generasi kini, dan kalau kita bayangkan apakah yang terjadi pada masa akan datang jika gulongan muda ini menjadi dewasa, moga-moga pihak tertentuk dapat menjalankan aktiviti dan perancangan yang lebih utama untuk memastikan gulongan muda ini dapat bersama-sama di majlis tadarus sepanjang bulan Ramadhan.

Apakah gulongan muda kini sudah lupa, di mana Alquran itu di turunkan pada Ramadhan melalui nabi Muhammad SAW? apakah mereka lupa keberkatan bersedakah, apakah mereka juga lupa untuk menunaikan fitrah? fenomena ini perlu diberikan perhatian sewajarnya. Atau apakah gulongan muda turut tidak mengetahui akan adanya Lailtul Qadar, dan apakah yang dikatakan Laitul Qadar.

Walaubagaimana pun tidak dinafikan sepanjang Ramadhan suasana sangat kondusif untuk beribadat, kita nampak dengan jelas umat Islam meningkat secara mendadak di bulan itu dalam menyempurnakan beberapa ibadat khusus. Tidak akan dapat dilihat sebegitu berduyun umat Islam menuju ke masjid atau surau di sepanjang tahun melainkan di bulan Ramadhan. Selain bertarawih di malam hari, masjid juga menjadi tumpuan di siang hari dan petang, tapi malang sampai sahaja hari pertama Syawal, budaya yang dipupuk sepanjang Ramadhan turut menurun dan akhirnya keadaan di masjid balik ke asal.


Penghayatan majlis tadarus al-Quran yang sebegitu tidak popular di kalangan rakyat negara ini adalah suatu yang memalukan dan tidak konsisten dengan peranan kita selaku tuan rumah acara tahunan itu. Sesuatu mesti dilakukan bagi memperbetulkan keadaan ini. Sebab-musabab mengapa majlis tadarus al-Quran gagal menarik penyertaan anak-anak muda mesti diperhalusi. Jika ia tidak menarik, jadikan ia menarik. Jika diperlukan publisiti, lakukanlah.


Mungkinkah kerana aktiviti harian menjadi punca mereka tidak beminat atau apakah memang terdapat ramai gulongan muda remaja pada masa ini sudah " buta " alquran dan dengan sebab sedemikian mereka tidak berminat untuk membacanya? kalau teori ini benar maka pihak tertentu seperti jawatankuasa masjid perlu mencari jalan penyelesaian, kelas mengaji alquaran perlu diadakankan, paksaan perlu di gunakan untuk tujuan tersebut.


Gulongan ibubapa / penjaga juga perlu memainkan peranan dalam memastikan penglibatan anak-anak mereka di majlis tersebut. Selain dari pihak berkuasa. Jika kita sanggup berbelanja besar mempromosi acara hiburan, sukan dan seumpamanya bagi menarik penyertaan anak-anak muda, apakah kita tidak ada pakar dan peruntukan bagi mempromosi penghayatan al-Quran kepada generasi pelapis negara kita?


Sangat mengaibkan sekiranya kita tergamak mengakui negara kita tidak ada kemampuan dan keupayaan tersebut.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA