Bab 3 ( akhir )
Khuttab pada 24 Sep. 2010
Khuttab pada 24 Sep. 2010
Sekolah Harapan, Rumah Harapan adalah satu idea dari KM Melaka dan pada asas penubuhanya telah menerima 6 pelajar dari seluruh negara dan mereka ini akan dibekalkan dengan budaya hidup sebagai seorang " manusia " yang mengerti tentang baik buruknya apabila " ketelanjuran " berlaku. Tapi bagaimana sekolah ini berfungsi dengan baik kerana perbezaan antara pendekatan orang Muslim dan " non muslima ?"
Berbalik kepada Khuttab minggu lalu, khatib memaklumkan " pendedahan aurat memberi sumbangan besar dalam mukadimah zina, sebagaimana yang kita maklum, antara amalan untuk menjauhi zina lah menjaga mata serta menjuai perkara yang boleh menimbulkan syahwat"
Faktor ini di kuatkan dengan satu kajian oleh UKM pada 2009 sepanjang 6 bulan dengan penglibatan hampir 600 responden di pusat-pusat pemulihan akhlak seluruh negera. hasilnya mereka yang temu bual kalangan remaja berusaha 15 - 20 mengesahkan " menonton bahan lucah " memberi 60% respond kepada ketelancuran tersebut.
Untuk itu kata Imam Al-Ghazali penambahan ilmu agama:
1- yang menambahkan rasa takut kepada Allah
2- yang dapat membuka mata hati untuk menampakkan keaiban diri sendiri
3- yang dapat menambahkan cara untuk menambah amalan beribadat
4- yang dapat mengurangkan rasa tamak kepada dunia
5- yang rasa cintakan akhirat
6- yang dapat membuka mata hati kepada perkara yang boleh membinasakan ilmu yang ada
7- yang jelas kelihatan tipu daya syaitan dalam merosakan kita sepanjang masa
Kita juga melalui Jabatan Pendaftaran Negara ( JPN ) dilaporkan masa kini dari 2000 - 2008 sejumlah purata 84 orang bayi zina dengan jumlah 257,000 dalam jangka masa tersebut. Tapi apakah dengan melaksanakan Pendidkikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial ( PKRS ) dalam kurikulum dapat mengatasi masalah ini, kalau di ambil contoh toeri ini dilaksanakandi united Kingdom, yang berjaya ialah mengurangkan pelajar mengandung tapi " berzina " masih berleluasan. Untuk itu teori ini boleh menghidupkan budaya zina cara selamat dan terhormat , sebaliknya yang salah ialah mengadung akibat tidak pandai berzina. ia ibarat mengajar pelajar cara mencuri dan menyamun dengan betul dan ikhlas.
Bagitu juga dengan Sekolah Harapan, Rumah Harapan ini, mungkin kegiatan penzinaan akan meningkat dan lahirlah anak-anak zina, kita bimbang masa terdekat sekolah ini akan tumbuh seperti pesatnya pertumbuhan kelab-kelab malam, atau pesatnya penambahan pusat-pusat pengajian tinggi.
Akibat dari tindakan yang tidak mau kembali kepada sistem Islam dan masih mengagungkan fahaman sekuler ini wang rakyat yang menjadi mangsa, banyak wang digunakan untuk merawat mereka yang terlibat dengan salah laku sosial ini. Pengidap HIV/AIDS ini cukup mencemaskan 70% dari pengidap berjumlah 87,710 orang mereka adalah dari kaum kita MELAYU.
Ayuh pemerintah, kembalikan ke jalan Allah, tutuplah pintu-pintu penggalak zina seperti kelam malam, hiburan yang melalaikan, rancangan TV dan majallah yang menjuruskan daya fikir dan daya ingat manusia untuk ke arah zina. Kuat kuasakan hukum yang telah termaktub dalam Alquran. pasti penyelesaikan tercapai.
No comments:
Post a Comment