Pergeseran antara Zaid Ibrahim dan Azmin Ali kini sampai ke tahap yang boleh membimbangkan keadaan PKR itu sendiri, pendemokrasian politik yang di cadangkan oleh Zaid pada PKR mungkinkah ianya memakan diri sendiri? bagi Zaid, tidak timbul masalah " kesetiaan " dalam parti, memang tidak dinafikan penglibatan Azmin di peringkat awal penubuhan parti Keadilan kemudian Keadilan Rakyat. Memang tidak dinafikan keserasiaan Azmin dengan DSAI, kerana kedua-dua mereka telah lama bersama, bersama dalam keadaan susah dan senang, bersama naik dan turun mahkamah. Penglibatan jangka pendek ini - selepas meletakan jawatan sebagai Tim. Menteri di JPM seterusnya menyertai PKR, dan merencanakan apa yang berlaku pada hari ini. Tidaklah boleh dibandingkan dengan penglibatan Azmin sudah tentulah ianya jauh seperti " langit dan bumi " Ini ikrar beliau " jawatan timbalan presiden PKR bukanlah satu kedudukan penting baginya. Sekiranya beliau tewas, beliau tidak akan mengambil tindakan keluar parti "
Kita " respect " apa yang diucapkan oleh Zaid, di mana beliau lebih mementingkan peranan yang boleh dimainkannya, berbanding jawatan itu sendiri.
“Saya tidak pernah meletakkan cita-cita untuk menjadi perdana menteri, atau (menjawat) apa-apa (kedudukan). Kalau saya hendak main politik sepak terajang (ball politics), lebih baik saya berada dalam Umno.
“Saya tidak pernah meletakkan cita-cita untuk menjadi perdana menteri, atau (menjawat) apa-apa (kedudukan). Kalau saya hendak main politik sepak terajang (ball politics), lebih baik saya berada dalam Umno.
“Saya lebih gembira dengan politik idea, isu, tentang kejujuran dan amalan (pentadbiran) yang baik untuk negara ini kerana ia akan membawa kita lebih jauh. Tapi disebabkan politik kita belum mencapai tahap (kematangan politik) seperti itu, jadi kita tidak dapat mencapai demokrasi (yang diingini).
Zaid & Azmin - siapa pilihan anda?
Zaid & Azmin - siapa pilihan anda?
Katanya proses kematangan itu mungkin mengambil masa sehingga 50 tahun dan akan tercapai sekiranya parti sentiasa konsisten dengan budaya yang dikatakan telah tertanam sejak 12 tahun lalu. “Jika saya menjadi sebahagian kecil daripada (usaha ini), saya sudah mencapai tujuan saya. Saya tidak akan berhenti hanya disebabkan saya tidak mendapat jawatan tertentu, sebab saya sudah lalui semua itu. “Saya juga tidak akan berhenti menjelaskan isu-isu ini jika (penjelasan) itu akan menyebabkan saya akan kehilangan jawatan
tertentu. Saya pernah lepaskan jawatan yang lebih tinggi daripada timbalan presiden PKR.
tertentu. Saya pernah lepaskan jawatan yang lebih tinggi daripada timbalan presiden PKR.
“Jika saya harus menjadi mangsa dalam proses ini, saya akan terimalah,” kata bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.
No comments:
Post a Comment