Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, September 30, 2010

JUDI - HASILNYA UNTUK BAYAR GAJI PERKHIDMATAN AWAM


Sebaik sahaja, Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, menyangkal pemberian sumbangan kepada warga tua, darimana sumber kewangan tersebut. Semua pihak tertanya-tanya apakah ada muslihat di sebalik persoalan tersebut. Atau benarkan wang yang diberi dan diterima oleh warga tua ini sumber dari wang judi. Kalau benar apakah penerimanya dianggap " haram " menerima wang tersebut.

Sebenarnya hasil judi telah lama kedengaran malahan ianya menjadi sumber pendapatan tetap kerajaan, malahan " permainan " ini diberikan kelonggaran oleh pihak pemerintah, seperti apa yang berlaku semasa Pertandingn Bolasepak Piala Dunia 2010 tempoh hari. Dengan riuh rendah rakyat akhirnya permainan tersebut di batalkan.

Sekali lagi, kaitan dengan wang judi menjadi isu negera, isu sebagini sudah pasti di bawah oleh UMNO, kerana untuk mendapatkan publisiti, kerana kerajaan negeri bawah pemerintahan PR yang sanggup melakukan perkara sedemikian. PR Selangor dapat memberikan bayaran percuma untuk rakyatnya harga air, Kedah juga turut demikian dan berjaya juga mengrakyatkan ekonomi untuk kepentingan rakyat.

Lihat dan perhatikan carta di bawah, dan soalan jawab di parlimen berkaitan dengan wang Judi di Malaysia.

petikan dari Muslimin United

Soalan saya di Sidang Dewan Rakyat pada 9 Jun 2010 yang lalu berbunyi;


Tuan Loke Siew Fook (Rasah) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada hasil cukai perjudian diasingkan daripada Akaun Hasil Disatukan, mekanisme untuk menguruskan hasil judi, kegunaan hasil ini dan berapa peratuskah hasil ini disalurkan untuk menangani masalah sosial akibat daripada masalah perjudian.


JAWAPAN:


1. Untuk makluman Yang Berhormat, buat masa ini, hasil daripada aktiviti perjudian adalah dikategorikan sebagai hasil cukai kepada Kerajaan. Berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan Perkara 97 dan Akta Tatacara Kewangan 1957 (semakan) 1972 semua hasil atau terimaan yang diterima oleh Kerajaan Persekutuan hendaklah dikreditkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan. Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan adalah terdiri dari tiga akaun utama iaitu Akaun Hasil Disatukan, Akaun Amanah Disatukan dan Akaun Pinjaman Disatukan. Bagi semua hasil daripada bayaran cukai ia akan dimasukkan ke dalam Akaun Hasil Disatukan sama seperti semua hasil Kerajaan yang lain dan digunakan untuk tujuan belanja mengurus dan pembangunan negara.

2. Pada masa ini Kerajaan tidak ada memperuntukkan sejumlah peruntukan yang khusus bagi menangani masalah sosial akibat ketagihan judi. Namun Kerajaan pada setiap tahun menyediakan peruntukan dalam bajet tahunan kepada Kementerian-kementerian berkaitan bagi menjalankan aktiviti-aktiviti sosial

3. Selain dari itu Kerajaan juga sedang dalam peringkat kajian untuk mewujudkan satu kod yang khusus dalam Akaun Hasil Disatukan bagi mengakaunkan semua kutipan daripada aktiviti perjudian dan ia akan disalurkan kepada perbelanjaan yang dibenarkan oleh syariat Islam.

Saya yakin En Reezal fasih dalam Bahasa Malaysia dan boleh memahami maksud jawapan yang diberikan oleh Menteri Kewangan Malaysia, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga merupakan Presiden parti yang diwakili oleh En Reezal.

Untuk itu kita fikir-fikirlah, bagaimana wang yang kita ( kakitangan kerajaan ) terima sebagai gaji bulanan, untuk menanggung anak bini dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA