Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, September 12, 2010

ANAK LUAR NIKAH & BUANG BAYI

Kini terbukti Negara yang aman damai dengan sistem pemerintahan sekiuliar ini telah mendatangkan beberapa fenomena yang amat menggerunkan, selain dari apa yang ditulis terdahulu kini cuba kita perhaluskan bagaimana kejadian buang bayi, dan bayi yang lahir di daftarkan dalam keadaan " anak luar nikah " ianya ada bersamaan dengan buang bayi, tapi buang bayi adalah lebih zalim lagi, walaubagaimana pun kedua-duanya telah menjadikan satu fenomena baru di negera Malaysia yang melebelkan " Islam " adalah agama rasminya.


Baru-baru ini pihak Pemuda PAS WP ( En. Fadhil Osman - gambar ) telah menguluas titih ucapan Raja Muda Perak di mana Jabatan Pendaftaran Negera ( JPN ) menunjukan seramai 2,500 anak luar nikah direkodkan setiap bulan dengan purata 84 kes untuk setiap hari. Yang sedihnya baginda juga menyebutkan kalangan anak luar nikah berketurunan Melayu meningkat daripada 16,100 pada 2008 kepada 16,541 orang pada 2008 dan 17,303 pada 2009.

Apakah pihak pemerintah tidak dapat melihat dan berfikir secara " alquran " bagaimana untuk menghalang penyebab kejadian ini berterusan, atau apakah pemerintah berasa bangga dengan fenomena ini dan seolah-olah langsung tidak mengambil apa-apa tindakan untuk penambah baikan agar kejadian tesebut dapat di sekat dari berterusan. Salah satu penyumbang kearah lahirnya " anak luar nikah " ialah berpunca dari pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang kini sudah ditahab yang amat " merbahayakan ". Budaya " hedonisme dan candu hiburan, berpelesaran, bersekududukan, mengunjungi pusat-pusat hiburan adalah faktor penyumbang kepada terjebaknya kalangan remaja ke aktiviti perzinaan.

Apa yang menyedihkan seolah-olah pihak pemerintah langsung tidak " berminat " untuk menghalang setiap aktiviti yang menyumbang kearah " pembuangan bayi " dan " kelahiran luar nikah " ini seperti memberikan keizinan beroperasinya pusat-pusat hiburan sehingga ke subuh hari, pergaulan yang melampaui antara lelaki dan perempuan, penjualan arak, pengedaran dadah dan pusat-pusat pelacuran - dengan menggunakan nama samaran untuk memperdayakan pihak tertentu. Secara logisnya, penganjuran konsert-konsert hiburan juga turut menyumbang kepada gejala " kelahiran anak luar nikah "

Zaman ini perkara kemungkaran dan maksiat cukup mudah untuk diperolehi, seperti melalui internet dan talefon bimbit, tambahan pula penghalangnya tidak disediakan, seperti penekanan terhadap tabiah dan pendidikan agama yang longgar mungkin juga sistem pendidikan yang di gubal juga dianggap longgar dan gagal untuk membentuk peribadi dan siasiah remaja untuk menjadi muslim yang soleh dan solehah. Dengan kata lain, dapatkah negara melahirkan generasi akan datang menjadi insan yang baik dan bebas dari maksiat sedangkan generasi yang dilahirkan kini terdiri dari mereka yang jahil dan buta agama.

Semua pihak perlu memainkan peranan dalam memastikan angka kelahiran luar nikah dapat di bendung dan memastikan salah laku membuang bayi juga dapat di benteras. Cara untuk kepastian agar ianya tidak belaku atau pun berusaha untuk mengurangkan hanyalah sistem pemerintahan balik berlandaskan Alquran dan hadis. Selain itu pihak pemerintah juga perlu memiankan peranan terutama kalangan remaja kini yang hidupnya penoh dengan dunia hiburan perlu di minimakan kalau boleh di tiadakan langsung. Lihat sahaja sambutan raya semua saluran TV menyiarkan hiburan yang dapat melalaikan penontonnya.

Usaha Rais Yatim melalui KPKK amat tepat sekali dengan memastikan pengunaan internate dapat di bendung agar " pelayar " generasi muda tidak menyalah gunakan media tersebut untuk tujuan lain. Pihak kerajaan juga pelu memberian penekanan tarbiyah dan pendidikan agama untuk memastikan pelajar tahun hukum halal dan haram serta aspek yang berkaitandengan " ruhiyyah "

Selain itu sudah pastilah peranan di rumah, ibubapa juga perlu memastikan pendidikan dan pergaulan anak-anak sentiasa di awasi dan tidak memberikan kebebasan tanpa hadnya. Awasan gaya mereka berpakaian, pergaulan dan asuh mereka agar dapat meletakkan diri sebagai soerang muslim yang sebenarnya. Masyarakat juga perlmu bekerjasama dalam hal ini dan pepatah " jangan jaga tepi kain orang " ianya sudah lapuk dan perlu di buang, dan apa yang penting cara hidup bemuafakat dikalangan masyarakat amatlah pentingnya.


No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA