Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, September 25, 2010

BERPAKAIAN - MELAYU ISLAM DI PERSIMPANGAN JALAN

Bab 2
Khuttab pada 24 Sep. 2010

Maksud ayat 31 surat al-A'raf
" Wahai anak-anak Adam! pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat ( atau mengerjakan sembahyang ), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampaui, sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas "



gambar hiasan -
apakah ini cara terbaik berdepan dengan Alquran?


Sempurna sudah Ramadhan dan terbit pula Syawal, di bulan ini semua muslimin sudah pasti berapa bangga dan penoh taqwa kerana sudah " menang " dan dapat menunaikan tuntutan ke 3 rukun Islam. Sudah pasti kedatangan Syawal, seluruh Muslimin kaya miskin, tua muda akan berusaha untuk memakai pakaian yang cantin-cantik. Memang menjadi tuntutan Islam dan sentiasa mengajar manusia / umatnya supaya berpakaian cantik.

Oleh itu adalah menjadi satu fitnah oleh pihak orentalis barat memfitnah dan menuduh Islam menyekat penganutnya " berlawa " semata-mata kepada amalan menjaga kecantikan kerana arahan dalam menjaga aurat, menjaga aurat adalah satu tuntutan bukan menyekat. Tapi kalau kita lihat bagaimana pihak tertentu menggunakan kecantikan wanita kini dengan " menelanjangi " mereka untuk kepentingan tertentu. Pihak Kapitalis terutamanya menjadikan tubuh wanita sebagai bahan dagangan yang dipergunakan bagi mengaut keuntungan melalui iklan,program hiburan dan sebagainya. Adalah amat malang jika umat Islam turut gembira untuk " melacurkan " tubuh mereka untuk diperdangkan oleh pihak kapitalis yang tidak berhati perut.



gambar hiasan
apakah ini satu budaya " berpakain " cara baru?


Di kala dunia " tanpa sempadan " dunia " golkar " ( kana PM ), dunia " dihujung jari ". Malangnya masyarakat sudah selesa dengan trend pemakaian yang tidak menepati syariat Islam. Bagi lelaki seluar pendek dan perempuan pula dengan jean dan baju T yang jelas menonjolkan bentuk tubuh badan, baju yang sendat seperti " salut nangka " baju T dengan tangan pendek. Ini adalah bagi tanggapan mereka sebagai lambang kemodenan atau mereka sendiri sudah jahil dengan hukum agama berkaitan dengan aurat seorang muslim itu?

APAKAH INI LAMBANG KEMODENAN?

Kita juga terpanggil bagaimana kalangan umat Islam di negar barat di sekat dengan berbagai-bagai undang untuk mereka menggunakan purdah. Kepimpinan Barat melebalkan berpakaian " purdah " merbahaya sebaliknya " telanjang bulat " adalah lambang kemajuan dan kejayaan. Adakah teori ini yang dijadikan ikuttan oleh kaum Muslimin masa kini?

Khuttab ini juga menyeru agar kaum muslimin di semua peringkat - sama ada mereka pemimpin, pengikut, peneraju negera dan sebagainya disisi Allah kita semua adalah sama dan malaikat Raqib 'Atid berada di mana-mana untuk mencatat dan merekodkan setiap amalan baik dan jahat kita. Jadilah pemimpin, bapa, suami, abang yang prihatin untuk menegur cara berpakaian anak, isteri dan orang di bawah tanggungan kita.

Jumpa di bab3

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA